10 Tips Bersedia Hadapi Ramadan Daripada Segi Hati, Mental & Fizikal

Terdapat beberapa tips yang perlu kita hadamkan sebagai usaha bersedia hadapi bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

PEJAM celik pejam celik, kira-kira tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan Ramadan.

Sebagai bulan yang paling mulia, sudah tentu kita akan berusaha perbaiki diri sehabis baik demi menjalaninya dengan penuh bersemangat, betul?

Jika memandang sebentar ke situasi umum seperti bersukan, sebelum mula beraksi, kebiasaannya atlet akan bersiap siaga dengan latihan sama ada fizikal mahupun mental.

Sebab apa? Kerana tubuh badan dan mental mereka bersedia untuk beraksi pada acara yang sebenar, sekali gus memburu kejayaan di kemuncaknya iaitu bergelar juara.

Begitu juga dengan kita. Dalam masa menghitung hari menyambut Ramadan, kita juga perlu bersiap siaga dalam beberapa aspek terutamanya bab ibadah.

Barulah Ramadan yang tiba itu akan disambut dengan penuh bersedia, bersemangat, ‘bertenaga’ dan seumpamanya.

10 tips bersedia hadapi Ramadan

Terdapat beberapa cara untuk kita menyambut Ramadan agar kedatangannya akan memberikan rahmat dan keberkatan buat kita.

Menariknya, artikel Quran Pro Academy kali ini akan menghuraikan tips persediaan hadapi Ramadan daripada tiga aspek utama iaitu bersedia daripada sudut hati, mental dan juga fizikal.

Bersedia daripada sudut hati

1. Bertaubat – Ibarat ‘reset’ semula diri, alangkah bagusnya kalau kita melangkah masuk ke dalam bulan Ramadan yang mulia dalam keadaan jiwa yang sudah bersih daripada dosa. Mudah-mudahan Allah menerima taubat kita semua. Ameen.

2. Perbaiki niat – Setiap perbuatan yang kita buat mesti perlu didahului dengan niat, lebih-lebih lagi berkaitan amalan ibadah. Perbaiki niat kita untuk Ramadan ini, agar amalan puasa pada tahun ini menjadi yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

3. Berdoa – Berdoa juga boleh menjadi antara amalan utama sebagai persiapan kita menyambut kedatangan Ramadan. Ketika tempoh yang semakin memuncak ini, gunakan masa sebaiknya untuk berdoa kepada Allah supaya usaha persediaan ke Ramadan dipermudahkan oleh-Nya.

Bersedia daripada sudut mental

1. Kawal tingkah laku, elak buat perkara negatif – Sudah hampir setahun lamanya kita tidak lari daripada terbuat perkara negatif, sama ada sengaja atau sebaliknya. Jadi gunakan tempoh dua minggu ini untuk latih mental supaya dapat mengawal kehendak dan tingkah laku yang menjurus ke arah sedemikian.

2. Setting semula ‘mind set’ Kalau tadi kita ‘reset‘ jiwa, kali ini kita cuba ‘reset‘ semula mental. Bukanlah mudah untuk kita menghadapi Ramadan dengan pelbagai cabaran seperti lapar, dahaga, tidak berbuat dosa & maksiat dan sebagainya. Bila mental kuat, Insya-Allah fizikal juga akan kuat.

Bersedia daripada sudut fizikal

1. Berpuasa lebih awal – Gunakan kesempatan yang ada untuk berlatih berpuasa sunat supaya perut kita ‘terbiasa’ dengan keadaan lapar dalam tempoh yang lama. Boleh jadi perut pun tidak akan ‘terkejut’ dengan perubahan waktu makan ketika Ramadan nanti.

2. Jangan membazir – Antara amalan yang disukai syaitan adalah membazir. Mulakan berlatih untuk kurangkan pembaziran makanan agar ketika Ramadan kelak, kita tidak terbeli juadah berbuka puasa berlebih-lebihan namun tidak habis dijamah, akhirnya dibuang begitu saja nanti.

3. Jaga waktu tidur – Jika selama ini kita sudah terbiasa tidur lewat, maka hari ini bolehlah mulakan untuk tidur lebih awal supaya mampu untuk bangun lebih cepat berbanding kebiasaannya. Lagi bagus kalau dapat bangun awal, bolehlah dirikan qiamullail sekali.

4. Jaga kesihatan – Bukan mudah untuk kekal bertenaga sepanjang tempoh berpuasa. Jadi mulai hari ini kita perlulah jaga kesihatan masing-masing supaya tubuh badan dan mental bersedia sepenuhnya. Kalau badan sakit, agak sukar untuk kita berpuasa dengan bertenaga nanti.

5. Rancang rutin harian – Ini perkara paling penting, iaitu berkenaan pengurusan masa. Mungkin selama ini kita tidak ada rutin yang begitu tersusun. Jadi bersempena Ramadan menjelang ini, bolehlah kita mula mengatur rutin harian dan ibadah dengan lebih terancang. Seimbang urusan dunia, seimbang juga urusan akhirat.

Jalani rutin harian ketika Ramadan dengan lebih bermanfaat

Justeru, kami di Quran Pro Academy ingin mengajak anda untuk bersama-sama kami menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dengan pelbagai pengisian kerohanian dari pagi hingga ke malam dalam program Circle Ramadan.

Untuk makluman, Circle Ramadan bukanlah kelas, sebaliknya adalah slot pengisian santai yang disampaikan secara online melalui audio, video dan juga siaran langsung (live) merangkumi enam jenis segmen berbeza.

Pendek kata di kala sedang menjalani rutin harian berpuasa dan mengamalkan ibadah masing-masing, anda juga boleh ‘sambil-sambil’ mendengar pengisian segmen-segmen berkenaan pada waktu itu. Kata kuncinya, ‘sambil-sambil’.

Jika terlepas waktu segmen yang ditetapkan, tidak perlu risau. Setiap segmen ada rakamannya tersendiri yang anda boleh mainkan semula pada bila-bila masa yang anda lapang.

Jadi untuk ikuti info lebih lanjut mengenai Circle Ramadan & pendaftaran, anda boleh KLIK DI PAUTAN INI sekarang!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / TheAsianParent / Perkim

Suka Artikel Ini?

Facebook
WhatsApp
Telegram

2 thoughts on “10 Tips Bersedia Hadapi Ramadan Daripada Segi Hati, Mental & Fizikal”

  1. Zizah Binti Zakaria

    Syukran di atas info lengkap perkongsian menuju Ramadhan …Boleh kita jadikan panduan utk amalan …
    Dan boleh dijadikan amalan bg pengisian di bulan Ramadhan …inn syaa Allah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *