“Berpuasa, tapi..” Baru Perasan, Ramadan Selalu Terasa ‘Kosong’ Gara-gara 6 Benda Ni

“Berpuasa, tapi..” Baru Perasan, Ramadan Selama Ni Terasa ‘Kosong’ Gara-gara 6 Benda Ni

RAMADAN. Sebut je nama bulan Islam ni automatik melintas dalam kepala, ibadah berpuasa ke atas umat Islam. Betul?

Macam yang kita faham, selain menjalani ibadah berpuasa, ada banyak lagi amalan lain yang boleh kita buat untuk melipat gandakan ganjaran kebaikan di sisi-Nya.

Membaca dan mentadabbur al-Quran, solat sunat tarawih, qiamullail, bersedekah, menziarahi saudara dan sebagainya, semuanya adalah antara amalan yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan sepanjang Ramadan.

Ramadan terasa kosong, macam ‘sepintas lalu’ je

Tapi perasan tak, kadang-kadang sepanjang kita berpuasa, rupa-rupanya ada benda yang ‘tak lengkap’ hingga menjadikan Ramadan kita seakan hanya ‘sepintas lalu’ je?

Contohnya, jom tengok enam situasi di bawah:

1) Berpuasa, tapi tak gunakan masa lapang yang ada untuk tambah ilmu, contohnya fiqh.

2) Berpuasa, tapi telinga masih ralit dengar lagu-lagu hiburan berbanding perkara-perkara kebaikan yang mendatangkan manfaat untuk hati dan minda.

3) Berpuasa, tapi ‘habiskan’ waktu tengah hari dengan tidur. Faham, berpuasa memang penat. Tapi adakah kita begitu ‘selemah-lemah kejadian’ sehingga terpaksa tidur berjam-jam lamanya ketika tengah hari sampai ke petang?

4) Berpuasa, tapi apabila tiba waktu petang diri terlalu sibuk di bazar, dapur hinggalah ke meja makan sampai terlupa untuk buat amalan sedikit sementara bersiap untuk berbuka.

5) Berpuasa, tapi adakalanya terlupa atau tak sempat untuk membaca surah-surah amalan dek kerana sibuk dengan urusan lain.

6) Berpuasa dan rajin baca al-Quran, tapi masih takda inisiatif nak perbaiki tahap bacaan. Kefahaman tajwid kita – ketika Ramadan – nampaknya sama je macam bulan sebelum-sebelum ini. Tak rasa rugi ke?

Jadi apa nak buat? Ramadan dah dekat ni

Rasa rugi kan kalau kita berpuasa penuh seharian + 30 hari sebulan, tapi tak sedar rupanya masih ada banyak kelompongan dalam diri yang kena diperbaiki lagi?

Tenang..Quran Pro Academy ada solusinya iaitu program Circle Ramadan yang bakal berlangsung sepanjang Ramadan ini.

Padat dengan aktiviti ibadah dan pengisian rohani seharian yang bermanfaat, Circle Ramadan boleh membantu memberikan solusi kepada keenam-enam situasi yang disebut tadi.

Jadi apa caranya bagi ‘mengisi’ semula Ramadan yang terasa kosong selama ini? Jom kita lihat enam solusi yang dibawakan dalam Circle Ramadan:

1) Nak tambah ilmu fiqh?

Quran Pro Academy boleh bantu anda melalui program Bicara Fiqh yang akan mengupas permasalahan-permasalahan yang sering berlaku dalam bulan Ramadan.

2) Nak ganti hiburan di telinga dengan audio yang bermanfaat?

Quran Pro Academy boleh bantu anda perdengarkan rakaman audio Sembang Tajwid untuk anda belajar tajwid secara santai dan praktikal, pada bila-bila masa serta di mana jua.

3) Nak manfaatkan waktu tengah hari sebab rasa rugi tidur lama sangat?

Quran Pro Academy ada bawakan slot pengisian Wasihat (wasiat + nasihat) Zohor setiap hari. Mungkin boleh ganti waktu tidur yang lama tu dengan pengisian rohani macam ni?

4) Nak manfaatkan waktu petang sehingga berbuka dengan amalan bermanfaat?

Quran Pro Academy ada anjurkan slot Halwa Ramadan pada setiap petang sebagai inisiatif untuk mendalami profil Ramadan itu sendiri.

5) Nak baca surah-surah amalan dengan lebih teratur pada waktunya?

Quran Pro Academy ada bawakan slot khas My Quran Routine iaitu bacaan Surah Al-Waqiah & Surah Al-Mulk pada setiap hari untuk anda ikuti bersama.

6) Nak tambah ilmu tajwid supaya Ramadan kali ini menjadi lebih baik daripada tahun lepas? 

Quran Pro Academy ada anjurkan Cinta Tajwid yang dibawakan oleh dua asatizah bagi mengupas beberapa konteks ilmu tajwid yang lebih eksklusif.

Menariknya, Circle Ramadan yang anda ikuti ni bukan semata-mata dipenuhi dengan pengisian saja.

Tapi anda juga berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah menarik bernilai sehingga RM18,000 sebagai galakan untuk meraikan Ramadan bersama Quran Pro Academy!

Jadi jangan lepaskan peluang. Pastikan Ramadan kali ini menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya dengan menyertai kami dalam Circle Ramadan pada 29 Februari ini. Jom daftar borang menunggu DI SINI sekarang!

Suka Artikel Ini?

Facebook
WhatsApp
Telegram

12 thoughts on ““Berpuasa, tapi..” Baru Perasan, Ramadan Selalu Terasa ‘Kosong’ Gara-gara 6 Benda Ni”

    1. Utk akhirat , walaupun percuma kita patut infaq kerana pelaburan nya Allah janjikan pulangan hingga 700 kali ganda. Mana nak dapat pulangan banyak mcm tu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *