Tentang Quran Pro Academy

QURANIC PRO ACADEMY atau dikenali sebagai QURAN PRO ACADEMY (QPA) telah ditubuhkan pada 2018. Penubuhannya secara rasmi pada 26 ogos 2019 juga membuktikan bahawa pembelajaran Al-Quran melalui talian dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian bagi membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu Al-Quran dalam kalangan orang yang sudah berumur.

Sehingga kini QPA masih mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional dan golongan celik Al-Quran yang mampu memimpin masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu Al-Quran dengan lebih mendalam dengan menekankan kualiti bacaan Al-Quran yang sampai sanadnya sehingga Rasulullah S.A.W.

Sejak penubuhannya, iaitu bermula dengan satu kelas sahaja pada tahun 2018 iaitu ‘Kelas Combo’ di mana kelas ini merupakan kelas utama di Quran Pro Academy sehinggalah QPA mengalami pertumbuhan populasi pelajar daripada hanya memiliki 80 orang pelajar pada 2018, kini meningkat kepada lebih daripada 400 pelajar termasuk kemasukan pelajar antarabangsa dari negara-negara China, Brunei, Ireland, Australia, Arab Saudi serta Singapura.

Sehingga kini, secara terkumpul sudah 12,000 pelajar pernah bersama dengan QPA yang mendaftar pelbagai kelas dan seminar yang kami anjurkan.

0
Orang Pelajar
0
Guru Al-Quran Al Hafiz & Al Hafizah
0
Jam Sesi ZOOM / Sebulan

Carta Organisasi