Adakah Wujud Amalan Khusus Malam Nisfu Syaaban?

MALAM ini umat Islam akan menyambut kedatangan malam nisfu Syaaban, menandakan kita sudah berada di pertengahan bulan Syaaban sebelum tibanya Ramadan nanti.

Persoalan biasa yang kerap timbul setiap tahun adalah mengenai amalan ibadah yang dilakukan pada malam nisfu Syaaban, apakah benar memang wujud ibadah khusus atau pun tidak.

Menelusuri penulisan Mufti Wilayah Persekutuan, kita dituntut untuk memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT kerana padanya terdapat keampunan serta penerimaan yang khusus bagi yang memohon ampun serta berdoa kepada-Nya.

Justeru Imam al-Syafie RA mengatakan bahawa sesungguhnya berdoa pada malam nisfu Syaaban adalah mustajab.

Ia juga sejajar dengan beberapa firman Allah SWT yang menunjukkan bahawa Dia adalah Maha Pengampun, contohnya seperti yang disebut dalam Surah Nuh ayat ke-10:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا

Terjemahannya: “Sehingga aku berkata kepada mereka, ‘Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun’,”

Pendapat ulama’ tentang kelebihan malam nisfu Syaaban

Seperti yang ditulis mufti, kelebihan malam nisfu Syaaban difahamkan turut dirakamkan dalam pendapat beberapa ulama’, antaranya Imam al-Syafie RA.

Kata Imam al-Syafie RA dalam Al-Um (1:264):

“Doa mustajab adalah pada lima (5) malam, iaitu malam Jumaat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban,”

Dalam masa sama, Ibnu Rajab RA juga turut menyebutkan dalam Lathaif al-Ma’arif (247):

“Berkaitan malam nisfu Syaaban, pada zaman dahulu para tabi’in daripada penduduk al-Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir, dan beberapa para tabi’in yang lain memuliakannya (malam tersebut) dan mereka bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu,”

Jadi, apakah wujud amalan khusus malam nisfu Syaaban?

Menurut mufti, difahamkan tiada sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu Syaaban.

Namun dalam masa yang sama, kita sebaliknya haruslah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam ini dengan membuat amalan sebanyak mungkin seperti membaca al-Quran, solat sunat, berzikir dan seumpamanya.

Walau bagaimanapun, adalah ditegaskan bahawa semua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai amalan sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan, kerana semuanya adalah bersifat umum.

Justeru, mufti menegaskan sekali lagi bahawa amalan khusus yang disabitkan daripada Nabi Muhammad SAW pada malam nisfu Syaaban adalah tidak wujud.

Sebagai kesimpulan, kelebihan malam nisfu Syaaban adalah sabit berdasarkan hadis-hadis yang dinyatakan (dalam artikel asal mufti) iaitu berkenaan Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Syaaban dan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya.

Namun dalam masa yang sama, jelas mufti, tidak ada amalan yang khusus pada malam nisfu Syaaban melainkan amalan-amalan yang bersifat umum.

“Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam melaksanakan ibadah serta memelihara kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak mempunyai asal di dalam agama,” memetik kata akhir mufti.

Bersedia menyambut Ramadan bersama Quran Pro Academy

Ramadan pun sudah tidak lama, justeru Quran Pro Academy ingin mengajak kepada pembaca untuk turut serta menjalani ibadah berpuasa bersama-sama dengan kami melalui program Circle Ramadan.

Bukan dijalankan sebagai kelas, sebaliknya Circle Ramadan merupakan program pengisian santai secara online yang berlangsung seharian sepanjang Ramadan tanpa mengganggu rutin ibadah anda sendiri.

Padat dengan pelbagai ilmu, Circle Ramadan menampilkan enam segmen khas iaitu Bicara Fiqh, Sembang Tajwid, MyQuran Routine, Wasihat Zohor, Halwa Ramadan dan Cinta Tajwid yang bermula seawal 7 pagi sehingga 11 malam.

Menariknya, Circle Ramadan yang anda ikuti ini bukan semata-mata dipenuhi dengan pengisian sahaja.

Tapi anda juga berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah menarik bernilai sehingga RM18,000 sebagai galakan untuk meraikan Ramadan penuh bermakna bersama Quran Pro Academy.

Jadi jangan lepaskan peluang. Pastikan Ramadan kali ini menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya dengan menyertai kami dalam Circle Ramadan pada 29 Februari ini. Jom daftar borang menunggu DI SINI sekarang!

Sumber rujukan: Irsyad Al-Hadith Siri ke-70: Kelebihan Malam Nisfu Syaaban, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Suka Artikel Ini?

Facebook
WhatsApp
Telegram

2 thoughts on “Adakah Wujud Amalan Khusus Malam Nisfu Syaaban?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *