Kenali Tujuh Bacaan ‘Rare’ Dalam Al-Quran

TERDAPAT tujuh jenis bacaan unik atau dianggap ‘rare‘ di dalam Al-Quran, di mana ia melibatkan cara dan teknik pembacaan ayat-ayat Al-Quran yang agak berbeza berbanding kebiasaannya.

Dalam masa sama, kini kita sedang berada dalam bulan Ramadan yang sangat sinonim dengan amalan membaca Al-Quran sama ada secara bersendirian atau bertadarus.

Jadi, alang-alang niat di hati mahu khatam Al-Quran Ramadan ini, apa kata kita ulang kaji dan ambil tahu tentang tujuh jenis bacaan rare di dalam Al-Quran seperti yang dijelaskan di bawah.

Tujuh bacaan rare dalam Al-Quran

1. Isymam

Tanda yang berbentuk seperti berlian atau diamond di atas huruf mim (م) dikenali sebagai isymam, iaitu isyarat muncung seperti mana yang berada dalam Surah Yusuf ayat ke-11.

Ketika membunyikan dengung pada huruf nun (ن) bersabdu, kita perlu memuncungkan dua bibir mulut (tanpa suara) sebagai isyarat kepada baris hadapan.

Ia dibaca isymam kerana perkataan tersebut berasal daripada kalimah لَا تَأْمَنَّا (terdapat huruf nun (ن) berbaris hadapan) sebelum berlakunya idgham. Wajah yang kedua pula adalah dengan roum.

2. Tashil

Tanda bulat hitam di atas huruf alif (ا) adalah simbol kepada bacaan tashil, iaitu menyebut sebutan di antara huruf hamzah (ء) dan baris atas.

Ia bermaksud menyebut huruf hamzah (ء) secara tidak sempurna dan bacaannya samar.

Bacaan tashil ini boleh dijumpai dalam Surah Fussilat ayat ke-44.

3. Naqal

Naqal adalah memindahkan baris bawah huruf hamzah (ء) kepada huruf lam (ل) mati sebelumnya, atau boleh juga dinamakan sebagai hukum iltiqa’ sakinain.

Bacaan naqal ini terdapat dalam Surah Al-Hujurat ayat ke-11.

4. Imalah

Tanda seperti bentuk ‘diamond‘ di bawah huruf ro (ر) adalah simbol kepada bacaan yang dipanggil imalah, bermaksud condong iaitu bacaan antara bacaan baris atas dan bawah.

Cara bacaannya adalah membunyikan huruf ro (ر) dengan mencondongkan bunyi baris atas lebih hampir kepada bunyi baris bawah. Seakan sebutan ‘ray’ pada perkataan ‘x-ray’.

Bacaan imalah ini terdapat dalam Surah Hud ayat ke-41.

5. Saktah

Saktah bermaksud berhenti atau memutuskan suara seketika dengan kadar dua (2) harakat tanpa mengambil nafas yang baharu, serta dengan niat menyambungkan semula bacaan tersebut dengan nafas yang sama.

Huruf sin (س) kecil ialah sebagai simbol atau tanda kepada saktah.

Bacaan saktah ini terdapat di beberapa tempat di dalam Al-Quran iaitu:

Surah Yaasin ayat ke-52

Surah Al-Qiyamah ayat ke-27

Surah Al-Muthoffifin ayat ke-14

Surah Al-Kahfi ayat 1-2

Surah Al-Haqqah ayat 28-29

6. Ibdal

Cara bacaan pada perkataan ini dinamakan ibdal, iaitu dengan menukarkan hamzah (ء) mati kepada huruf ya (ي) mad ketika ingin memulakan bacaan padanya.

Bacaan ibdal ini boleh ditemui dalam Surah Al-Ahqaf ayat ke-4.

7. Bacaan huruf sin (س) atau sod (ص)

Perkataan yang ditanda ini hendaklah dibaca dengan huruf sin (س) sahaja:

Surah Al-Baqarah ayat 245

Surah Al-A’raf ayat 69

Manakala perkataan yang ditanda seperti di bawah ini pula boleh dibaca dengan dua (2) wajah, iaitu sama ada dengan huruf sod (ص) atau sin (س):

Surah At-Thuur ayat 37

 

Dapat sesuatu? Jom ‘share’ artikel ini untuk bacaan bersama.

Jom muat turun Nota Lengkap Makhraj & Sifat Huruf secara PERCUMA dalam laman web ini.

Mahukan perkongsian ilmu tajwid & pengisian ilmiah dari al-Quran lebih banyak secara santai dan percuma setiap hari, jom ke Telegram kami.

Perkongsian oleh QuranPro Academy

 

 

Sumber: Tujuh Bacaan ‘Rare’ Di Dalam Al-Quran, QuranPro Academy

Suka Artikel Ini?

Facebook
WhatsApp
Telegram

3 thoughts on “Kenali Tujuh Bacaan ‘Rare’ Dalam Al-Quran”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *