7 Doa Boleh Diamalkan Ketika Ramadan

Terdapat tujuh jenis doa yang boleh kita amalkan ketika menyambut kedatangan Ramadan dan sepanjang tempohnya nanti.

BERBAKI lebih kurang seminggu sahaja lagi untuk kita menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia. Semestinya terdapat banyak persediaan yang perlu kita lakukan.

Sebelum ini, artikel Quran Pro Academy menyenaraikan 10 jenis persediaan yang boleh kita buat daripada sudut hati, mental dan fizikal dalam menyambut Ramadan.

Kali ini pula, kami kongsikan senarai tujuh jenis doa yang boleh diamalkan ketika menjelangnya Ramadan serta sepanjang tempohnya nanti.

Mari kita hayati satu demi satu doa di bawah ini untuk dijadikan panduan.

7 doa boleh diamalkan ketika Ramadan

1. Doa menyambut kedatangan Ramadan

اَللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلاً

Terjemahannya: “Ya Allah, selamatkan diriku kerana bulan Ramadan, dan selamat bulan Ramadan bagiku daripada segala kekurangan dan ambillah amalan di bulan Ramadan daripadaku dalam keadaan diterima,”

(Hadis riwayat at-Tabrani, 913)

2. Doa melihat anak bulan Ramadan

Daripada Talhah bin Ubaidillah, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

كَانَ إِذَا رَأَىْ الهِلَالَ قَالَ اللَّهُمَّ أَهْلِلْهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ

Terjemahannya: “Apabila baginda SAW melihat anak bulan, baginda SAW akan membaca doa yang bermaksud: Ya Allah keluarkanlah anak bulan ini dengan keberkatan dan keimanan, serta berikanlah keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhanmu (anak bulan) ialah Allah SWT,”

(Hadis riwayat al-Tirmizi, 3,373)

3. Doa sebelum berbuka puasa

Daripada Abdullah bin ‘Amr berkata bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka beliau bersabda:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي

Terjemahannya: “Ya Allah Ya Tuhan kami, aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang mana meliputi semua perkara agar Engkau ampunkan aku,”

(Hadis riwayat Ibn Majah (1,753), Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadis ini adalah hasan)

4. Doa ketika berbuka puasa

Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):

ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

Terjemahannya: “Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala insya-Allah,”

(Hadis riwayat Abu Daud (2,357), Syeikh al-Arna’outh mengatakan sanad hadis ini adalah hasan)

5. Doa paling disukai Rasulullah SAW

Daripada Anas RA, beliau berkata:

كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Terjemahannya: “Doa Nabi SAW yang paling sering diucapkan ialah: (اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) yang membawa makna “Ya Allah, Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka,”

(Hadis riwayat al-Bukhari (6,389) dan Muslim (7,016))

6. Doa malam Lailatul Qadar

Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan?” Nabi SAW bersabda:

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

Terjemahannya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku,”

(Hadis riwayat al-Tirmizi (3,513), Ibn Majah (3,850) dan Ahmad (25,384). Imam al-Tirmizi menilai hadis ini sebagai hasan sahih, manakala Syeikh Syuaib al-Arna’outh menghukum sanad hadis ini sebagai sahih dan perawi-perawinya adalah thiqah iaitu dipercayai)

7. Doa pada waktu paling mustajab, iaitu sebelum berbuka puasa

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ

Terjemahannya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak,”

(Hadis riwayat Ibn Majah (1,753). Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadis ini adalah hasan)

Dapat sesuatu? Jom amalkan.

 

 

 

Sumber rujukan:

  1. Irsyad Al-Hadith Siri ke-78: Doa Nabi SAW Ketika Melihat Anak Bulan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Irsyad Al-Hadith Siri ke-195: Doa Berbuka Puasa, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
  3. Al-Kafi #856: Doa Yang Kerap Dibaca Oleh Nabi SAW, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
  4. Irsyad Al-Hadith Siri ke-204: Doa Malam Al-Qadar, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
  5. Irsyad Al-Hadith Siri ke-196: Doa Orang Berpuasa Mustajab, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Suka Artikel Ini?

Facebook
WhatsApp
Telegram

4 thoughts on “7 Doa Boleh Diamalkan Ketika Ramadan”

  1. Terima kasih atas ingatan doa2 tersebut. Banyak perkara yg saya pelajari dari group ini.Tak rugi Saya berinteraksi dlm wasapp Quranic pro Academy. Terima kasih.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *