Siapa Saya
Nama saya Muhammad Afnan bin Mohammad Nasaruddin.
Berumur 26 tahun. Mungkin saya ni baya anak ibu-ibu ayah-ayah semua.
Minat saya adalah untuk bantu mereka yang minat dan nak menghafal Al-Quran terutamanya surah-surah amalan.
Of course saya juga suka nak bantu mereka yang nak dilatih dan diasah tajwidnya. Bagi saya hafazan tanpa tajwid adalah tidak patut. Tajwid is number one.
Saya juga seperti ibu-ibu ayah-ayah dulu, susah nak ingat bila menghafal, atau dah ingat, lepas itu lupa balik. Sampai saya mengalami stress yang teramat masa di maahad tahfiz dulu.
Sedih bila saya teringat balik. Ia kenangan yang indah.
Ibu-ibu ayah-ayah,
Saya berumur 14 tahun ketika itu. Atas minat sendiri, saya minta pada abi dan ummi saya untuk masuk ke Madrasatul Quran, Kubang Bujuk, Terengganu.
Sebelum itu belajar di Sekolah Agama Menengah Tinggi, Kuala Kubu Bharu.
Alhamdulillah abi dan ummi setuju. Kawan-kawan dan guru-guru di sekolah semua terkejut. Tiba-tiba nak berhenti. Ada juga guru yang tak setuju dengan tindakan saya. Tapi tak apa, saya teruskan.
Tibalah saya di madrasah pertama saya. Masuk-masuk je, saat abi ummi tinggalkan saya di madrasah, terus saya masuk tandas, air mata ini tak tahan, menangis lah kat tandas. Huhu. Sedih sebab tak pernah tinggalkan rumah dan keluarga.
Demi minat dan impian, saya teruskan. Saya semangat pada mulanya. Sebelum masuk ke kelas hafazan, saya masuk kelas yang dipanggil sebagai ‘Nazirah’.
Maksudnya kelas untuk mantapkan tajwid dan bacaan sebelum masuk ke kelas hafazan. Ia tapisan yang baik. Kualiti dijaga.
Semua pelajar perlu lalui proses itu, termasuk saya. Selepas seminggu, saya berjaya meloloskan diri saya untuk masuk ke kelas hafazan melalui ujian lisan dengan guru.
Alhamdulillah, happy dan rasa tak sabar nak mula menghafal, rasa teruja sangat.
Tiba lah waktu first time menghafal, pada mulanya, saya hanya mampu hafal ‘suku’ mukasurat sahaja, dalam 3 baris. Sedangkan paling minimum mestilah satu mukasurat.
Kalau tidak, kena denda. Samada berdiri sepanjang kelas, atau kena ‘zapp’. Kena rotan. Adushh!
Waktu itu saya stress sepanjang 1 bulan pertama. Struggle nak dapat 1 mukasurat. Struggle is real okey. Hihi.
Saya pun perhati macam mana senior-senior menghafal, macam-macam cara, ada yang pejam mata, ada yang senyap ja gerak sikit-sikit mulut tup tup dah ingat, ada yang baca sekuat hati, dan pelbagai cara lagi.
Jeles betul tengok. Mudah betul mereka dapat. Kadang dapat 2 mukasurat, kadang lebih. Geram je bila aku nak macam itu. Detik saya dalam hati.
Saya pun nekad nak tanya pada senior-senior, macam mana teknik menghafal yang betul dan mudah ingat.
Dipendekkan cerita, akhirnya saya jumpa teknik yang sesuai dengan diri saya dan berjaya menghafal 1 mukasurat yang pertama dalam hidup saya. Tempoh menghafal diantara maghrib ke isya’.
Perasaannya ya Allah, bahagia sangat! Bila kita dah tahu teknik dan trick menghafal dengan betul dan sesuai dengan diri.
Sampailah satu saat, saya mampu hafal 5 mukasurat sekaligus, dengan teknik-teknik yang proven membantu saya. Ia boleh dilakukan semua orang kalau tahu cara. Tidak ada yang perlu dibanggakan.
Menghafal ini perlu ada teknik yang sesuai dengan diri. Tak perlu ikut-ikut, cuba dulu, kalau sesuai teruskan, kalau tak sesuai cari lagi sampai jumpa teknik yang sesuai dengan diri sendiri.
Jadi,
Disebabkan itu, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak berkaitan teknik menghafal dengan sesiapa sahaja, dengan harapan ia membantu. Teknik ini sesuai untuk semua lapisan umur.
Insya-Allah, berdasarkan pengalaman yang ada, saya akan bantu dan sebarkan sebaik mungkin.
Ibu-ibu ayah-ayah,
Saya sebenarnya dah pun kongsikan sebahagian teknik dan taktik untuk ibu-ibu ayah-ayah juga amalkan dan dapat menghafal Al-Quran dengan mudah, berkesan dan sistematik.
Boleh scroll down dalam profile saya ini, baca satu persatu.
Insya-Allah, saya akan tambah lagi dan sharing lagi dari masa ke semasa.