“Panjang Pendek Main Langgar”, Batal Ke Solat Jika Baca Al-Fatihah Tanpa Tajwid?

Antara yang menjadi persoalan ramai adalah tentang status solat sama ada batal atau tidak jika baca Al-Fatihah tanpa tajwid.

“PANJANG pendek bacaan ayat Al-Quran tu takpe je kot. Tak betul sangat pun ok. Janji baca, sudah,”

Pernah dengar ayat macam di atas ini? Berat untuk diakui, tapi inilah realiti yang dihadapi oleh sesetengah guru mengaji al-Quran sepanjang mereka menyampaikan ilmu kepada pelajar.

Ada segelintir orang awam dipercayai tersilap faham bahawa jika membaca al-Quran, tajwid tidak berapa tepat pun tidak mengapa, asalkan niat baik untuk membacanya juga sudah dikira pahala.

Tidak kurang juga, ada yang berpendapat cara sebutan huruf al-Quran bagi orang Melayu agak sukar sebab ‘lidahnya’ jauh berbeza dengan ‘lidah orang Arab’ yang memang sudah ‘sebati’ dengan mereka.

Cuma jika tajwid di luar solat pun dipandang ringan, macam mana pula status solat kita kalau Al-Fatihah dibaca dengan salah tajwidnya? Dan apakah benar jika tajwid Al-Fatihah salah, maka solat pun terbatal?

Baca Al-Fatihah sampai batal solat, ini kata mufti

Merujuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, surah Al-Fatihah perlulah dibaca dengan bacaan yang betul lagi sahih dengan meraikan bacaan dengan baris, tajwid dan makhrajnya yang tepat.

Kata mufti, kesalahan dalam tajwid seperti bacaan mad (panjang pendek), ghunnah (dengung) ataupun kesilapan lain tidaklah sampai membatalkan solat.

Namun perlulah diperbaiki bacaan tersebut dari semasa ke semasa melalui usaha berguru dengan mereka yang berkelayakan dan berkaliber dalam ilmu tajwid.

Perkara ini selari dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Muzammil ayat keempat:

وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلًا 

Firman ini membawa maksud: Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan.

Memetik mufti, Al-Sheikh Al-Tantawi Rahimahullah di dalam tafsirnya al-Wasit menyebutkan yang dimaksudkan dengan وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلًا itu adalah membaca dengan suara yang merdu, dengan khusyu’ dan tadabbur serta beriltizam dengan bacaan yang sempurna lagi sahih dengan melihat kepada makhraj-makhraj hurufnya, waqafnya, hukum mad, izhar, ikhfa’ dan sebagainya.

BACA JUGA: Hukum Baca Al-Quran Dalam Telefon Pintar, Samakah Macam Mushaf?

Berubah makna bacaan boleh batalkan solat?

Walau bagaimanapun, mufti turut memperincikan jenis-jenis kesalahan tajwid yang ada keadaannya dibimbangi boleh membatalkan solat.

Jelas mufti, solat seseorang itu boleh terbatal jika ayat al-Quran dibaca dengan salah sehingga boleh mengubah makna dan terjemahannya.

Sebagai contoh, jika anda membaca kalimah  أَنْعَمْتُ (an’amtu) dengan dhommah (baris hadapan) dengan sengaja, sedangkan bacaan yang sebetulnya adalah أَنْعَمْتَ  (an’amta) dengan fathah (baris atas), maka batal solatnya.

Namun sekiranya terlupa, maka perlulah diulangi bacaan tersebut.

Difahamkan dua keadaan kesalahan bacaan yang berkait dengan hukum-hakam tajwid di dalam ilmu tajwid, iaitu Lahn al-Khafiy dan Lahn al-Jaliy.

Lahn al-Khafiy merujuk kepada kesalahan yang tersembunyi, manakala Lahn al-Jaliy merujuk kepada kesalahan yang jelas seperti berubah huruf, baris serta makna ayat tersebut dan kesalahan jenis ini boleh membatalkan solat.

Jadi, macam mana cara nak jaga panjang pendek bacaan ketika dalam & luar solat?

Jawapannya, ada di sini! Kami di Quran Pro Academy (QPA) berbesar hati ingin mengajak anda semua untuk menyertai Seminar Cara Mudah Kuasai Panjang Pendek yang akan disampaikan oleh salah seorang tenaga pengajar kami, Ustaz Izran Saaban.

Untuk maklumkan, Ustaz Izran akan kupaskan beberapa isu panjang pendek bacaan al-Quran seperti di bawah:-

  • Berapakah kumpulan harakat mad dalam al-Quran?
  • Mengapakah ada huruf mad yang tidak dibaca walaupun ia ditulis?
  • Apakah yang terdapat di sebalik tanda mad?
  • Harakat mad yang manakah menerima tanda mad?
  • Adakah setiap mad mesti diletakkan tanda mad?
  • Bagaimanakah keadaan huruf mad yang tidak menerima tanda mad?
  • Bolehkah tanda mad terdapat di atas bukan huruf mad?

Seminar ini akan berlangsung secara online pada 27 Januari ini (Sabtu) dari 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari menerusi aplikasi ZOOM Online & Youtube Live dan menariknya, penyertaannya PERCUMA sahaja!

Jadi jangan lepaskan peluang, mari sama-sama belajar dan menambah baik kualiti bacaan ayat al-Quran anda dengan mendaftar seminar DI PAUTAN INI sekarang!

Jangan lupa juga untuk ikuti kami melalui Facebook, Instagram, TikTok, Youtube dan Telegram bagi mengetahui segala informasi dan kelas-kelas terkini yang lain.

Quran Pro Academy, ketenangan bermula di sini!

Sumber rujukan: Al-Kafi #489: Adakah Batal Solat Jika Membaca Al-Fatihah Tanpa Tajwid, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Suka Artikel Ini?

Facebook
WhatsApp
Telegram

2 thoughts on ““Panjang Pendek Main Langgar”, Batal Ke Solat Jika Baca Al-Fatihah Tanpa Tajwid?”

  1. Rozaina binti Abd Razak

    Sy xdpt ikuti sminar pd27.1 krn mghadiri mjlis knduri kwin,sy btul2 tkiln.Sy juga tlps utk daftr kls dmna tarikh akhir pndaftaran pkul 11 smlm.Sy agk klut sb mjlis tu d KL dn sy tinggal d Trg.lnsyaAllah smoga sy masih ada pluang d msa akn dtg

    1. Terima kasih kerana bersemangat mahu ikuti program kami. Tak mengapa puan. Ada banyak program lain. Akan datang ni adalah Circle Ramadan, boleh rujuk di Facebook kami =)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *