Apakah hukum baca al-Quran melalui aplikasi di dalam telefon pintar? Adakah tarafnya sama macam kita membaca daripada mushaf?
PADA zaman serba moden hari ini, semuanya sudah di hujung jari kan. Bermacam-macam urusan boleh dibuat melalui aplikasi dalam telefon pintar saja.
Namun terfikir juga, macam mana pula dengan perkara melibatkan ibadah atau amalan harian seperti membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan seumpamanya?
Terdapat banyak aplikasi berkonsepkan al-Quran atas talian atau online yang telah dicipta oleh banyak pihak, bertujuan bagi memudahkan pengguna untuk membacanya secara lebih optimis.
Hukum baca al-Quran melalui aplikasi telefon pintar, ini kata mufti
Walau bagaimanapun, apakah hukum meletakkan aplikasi al-Quran sebegitu di dalam telefon pintar kita? Adakah tarafnya sama dengan mushaf al-Quran?
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat dua keadaan yang dibahaskan daripada sudut syara’ berkenaan penggunaan aplikasi al-Quran di dalam telefon pintar.
Pertama, aplikasi al-Quran yang menyediakan paparan ayat dan boleh memperdengarkan bacaan qari. Aplikasi jenis ini adalah baik dan ia dianggap satu bentuk kemudahan untuk mendekatkan diri dengan al-Quran.
Bagaimanapun, keadaannya berbeza ke atas jenis aplikasi kedua, iaitu yang menjadikan ayat-ayat al-Quran sebagai nada dering (ringtone) dan nada dering pemanggil (caller ringtone).
Difahamkan, pihak mufti berkecenderungan menyatakan bahawa aplikasi yang kedua ini tidak dibenarkan dalam syara’.
Hal tersebut kerana bacaan ayat al-Quran yang dimainkan (play) akan jadi tergantung dan tidak sempurna (jika dihentikan sebelum berakhir bacaannya).
Pendek kata, pengguna akan mengangkat panggilan namun dalam masa sama, ayat al-Quran sebagai nada dering ‘terputus’ di tengah-tengah ayat.
BACA JUGA: Baca Quran Ikut Tajwid, Tapi Tak Tahu Makna Buat Apa?
Selain itu, ada juga kemungkinan bahawa nada dering itu akan berbunyi ketika pengguna sedang berada di dalam tandas, sekali gus akan menjadi satu bentuk penghinaan terhadap al-Quran itu sendiri.
Merujuk mufti, al-Quran itu sifatnya adalah dibaca, difahami, diamalkan dan diambil pengajaran daripadanya. Bukan tujuannya untuk menjadi ‘alat peringatan’ panggilan manusia menerusi peranti pintar.
Dalam pada itu, mufti juga turut membahaskan mengenai hukum membaca ayat-ayat suci al-Quran daripada telefon pintar dan bukannya mushaf.
Kata mufti, hukumnya adalah harus. Namun berkenaan sama ada perlu berwuduk ataupun tidak ketika mahu membacanya di skrin telefon pintar, mufti berpendapat ia adalah sunat.
Hal tersebut kerana aplikasi al-Quran pada telefon pintar bukanlah hanya al-Quran semata-mata, tetapi ia adalah sebahagian yang dimasukkan dengan perisian al-Quran.
Belajar Al-Quran secara onlineĀ
Selepas membaca hujah mufti itu tadi, mungkin anda terfikir untuk belajar mengaji al-Quran secara online juga, betul?
Justeru, kami di Quran Pro Academy (QPA) berbesar hati ingin mengajak anda semua untuk menyertai kelas-kelas al-Quran kami yang dijalankan secara online dari semasa ke semasa.
Apa yang menariknya tentang kami di QPA, barisan tenaga pengajar yang ditampilkan adalah terdiri daripada mereka yang berkelulusan dalam bidang al-Quran dari pelbagai institusi sama ada dalam mahupun luar negara!
Selain itu, sesi pengajiannya pula adalah berkonsepkan mesra pelajar dan santai. Jangan risau, guru-guru kami tidak akan mengangkat rotan jika anda tersalah baca!
Jadi jangan lepaskan peluang, ikuti kami melalui Facebook, Instagram, TikTok, Youtube dan Telegram bagi mengetahui informasi dan kelas-kelas terkini SEKARANG!
Quran Pro Academy, ketenangan bermula di sini.
Sumber rujukan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (1) / (2)
7 thoughts on “Hukum Baca Al-Quran Dalam Telefon Pintar, Samakah Macam Mushaf?”
Merungkai kekeliruan
Saya tidah setuju. Di Mekah & Madinah tidak ada langsung mushaf (ada terjemahan). Hanya Al-Quran yg original disediakan. Malah hampir semua masjid dan surau di Malaysia juga dipenuhi Al-Quran sebenar. Satu lagi bantahan sy, utk sentuh Al-Quran WAJIB ada wuduq dan suci daripada hadas besar. Sedangkan mushaf tidak WAJIB berwuduq.
Pt 172, Hadapan Makam Raja Abdullah,
Kampung Padang Halban,
16400 Melor,
Kota Bharu,
Kelantan
Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah….Saya dapat belajar membaca Al- Quran dan tajwid Online tanpa rasa ragu- ragu lagi serta tenang.Aamiin
tqsm….usaha yang sangat mulia
ya suka
Alhamdulillah..penjelasan yg bermanafaat