Boleh Ke Baca Quran Tapi Tak Tutup Aurat?

Apakah hukum baca al-Quran dalam keadaan tak tutup aurat? Contohnya, tak pakai tudung bagi wanita atau pakai seluar pendek bagi lelaki. Boleh ke?

MUNGKIN dulu kita terfikir kalau nak mengaji, yang lelaki kena pakai songkok dan yang perempuan kena pakai telekung. Macam pergi kelas mengaji kat surau masa zaman kanak-kanak dulu, kan?

Bila dah dewasa ni pula terfikir dalam kepala, kalau nak mengaji al-Quran memang wajib tutup aurat sama macam nak solat ke? Ke ada hukum lain yang dah ditetapkan syara’?

Baca Quran tapi aurat tak tutup, ini kata mufti

Merujuk Mufti Wilayah Persekutuan, hukum asal membaca al-Quran dalam keadaan tak tutup aurat adalah harus. Kata mufti, ia sebab tak terdapat mana-mana ayat al-Quran atau hadis yang menyatakannya.

Namun! Mufti sebaliknya menegaskan bahawa antara adab dalam membaca al-Quran yang dituntut ke atas kita adalah menutup aurat secara sempurna, sebagaimana yang ditegaskan oleh para ulama’.

Kata mufti, Al-Hakim Al-Tirmidzi ada menyebut dalam kitab Nawadir al-Usul bahawa antara cara menghormati dan mengagungkan al-Quran adalah: أَن تتلبس لَهُ كَمَا تتلبس للدخول على الْأَمِير لِأَنَّك مناج.

Ia membawa maksud: ‘Hendaklah kamu berpakaian seperti mana kamu berpakaian ketika ingin bertemu seorang raja untuk meminta sesuatu permintaan’.

Dalam pandangan sama, Al-Hakim Al-Tirmidzi menyebutkan juga: وكان أبو العالية إذا قرأ اعتم ولبس وارتدى واستقبل القبلة.

Ia bermaksud ‘Diceritakan bahawa Abul ‘Aliyah sewaktu ingin membaca al-Quran, beliau akan mengenakan serban dan pakaian yang indah dan akan menghadap kiblat’.

Jadi mufti menyimpulkan bahawa hukum membaca al-Quran dalam keadaan tak tutup aurat asalnya adalah harus. Namun atas dasar adab, maka seharusnya perlulah kita menutup aurat secara sempurna seperti yang diamalkan oleh salafussoleh dan para ulama’.

Jelas? Dapat sesuatu?

Dah tahu hukum kan, jom tambah ilmu lagi?

Alang-alang dah dapat satu ilmu baharu tentang hukum, apa kata anda yang baca artikel ni tambah satu lagi ilmu tentang tajwid bacaan al-Quran tu sendiri. Boleh?

Kali ni, kita belajar tentang panjang dan pendek bacaan al-Quran pula.

Kami di Quran Pro Academy (QPA) nak mengajak anda untuk sertai Seminar Cara Mudah Kuasai Panjang Pendek pada Sabtu minggu ni.

Disampaikan oleh salah seorang tenaga pengajar kami, Ustaz Izran Saaban, ada beberapa ilmu baharu yang anda akan pelajari khususnya tentang isu panjang pendek bacaan al-Quran, antaranya:

  • Berapa kumpulan harakat mad yang ada dalam al-Quran?
  • Kenapa ada huruf mad yang tak dibaca, walaupun ia ditulis?
  • Apa yang ada di sebalik tanda mad tu?
  • Harakat mad yang mana satu terima tanda mad?
  • Adakah setiap mad mesti akan diletakkan tanda mad?
  • Macam mana pulak keadaan huruf mad yang tak terima tanda mad?
  • Boleh ke tanda mad ni ada kat atas huruf bukan mad?

Seminar ini akan berlangsung secara online pada 27 Januari ini (Sabtu) dari 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari menerusi aplikasi ZOOM Online & Youtube Live dan menariknya, penyertaan PERCUMA je!

Walau bagaimanapun, pendaftaran sudah pun ditutup. Tapi tak mengapa. Ada banyak lagi kelas lain yang bakal mendatang nanti!

Jangan lupa juga untuk ikuti kami melalui Facebook, Instagram, TikTok, Youtube dan Telegram bagi mengetahui segala informasi dan kelas-kelas terkini yang lain.

Quran Pro Academy, ketenangan bermula di sini!

Sumber rujukan: Al-Kafi 835: Hukum Membaca Quran Tanpa Menutup Aurat, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Suka Artikel Ini?

Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *