Teknik ‘Touch & Go’ Hafalan

“Aku dah jumpa cara yang sesuai dengan diri aku, mudah rupanya menghafal ini. Syukur terima kasih ya Allah”

Happy, bahagia, rasa lebih bersemangat dan macam-macam rasa lagi lepas dah berjaya capai target hafalan for the first time.

Bagaimana saya jumpa teknik yang membantu saya ini?

Begini ceritanya,

Masa di Madrasatul Quran Kubang Bujuk dulu, saya ada ceritakan yang saya sangat susah nak dapat hafal satu mukasurat, kan.

Saya ingat lagi sampai saya duduk termenung kat tangga, tembus pandangan saya, otak melilau dan runsing, pening memikirkan cara untuk dapatkan juga hafal satu mukasurat.

Yalah, itu paling minimum, kalau tak dapat, pasti ada ‘hadiah’ saya terima dari ustaz.

Ahh sakit! Pedih tu kena zass kat belakang badan. Siapa yang rela kan. Huhu.

Satu ketika, saya teringat pesan senior, dia pernah kata menghafal ini mula-mula ja kita struggle, lama-lama kita akan dapat rentak. Masa dah dapat itu nanti, laju ja dia pergi. Berdesup. Silap-silap boleh dua ke tiga mukasurat sekali hafal.

Yang penting terus usaha dan usaha cari rentak itu.

Ibu-ibu ayah-ayah,

Setiap hari dalam tempoh sebulan, saya mengeluh. Dah banyak cara saya cuba. Sampai tidur tak cukup, bangun awal pagi, nak cuba pulun juga menghafal.

Tetapi hasilnya tetap sama. Saya masih tak dapat nak hantar satu mukasurat hafalan baru setiap hari. Hanya suku atau separuh mukasurat saja.

Sampailah..

Satu hari itu, kawan saya tegur, mungkin dia perasan saya struggle.

Kawan saya ini dah habis 30 juzuk, dia just masuk untuk ambil ‘syahadah’.

Syahadah ini istilah yang diguna pakai untuk mereka yang kena baca 30 juzuk dalam tempoh satu hari sahaja. Baca dari pagi sampailah malam.

Baca secara hafalan di hadapan 3 orang guru. Kesalahan pula tidak boleh lebih daripada 15 kesalahan.

Jika lebih dikira tak lulus. Bukan kaleng-kaleng ya mereka ini. Ada sistem dan training untuk bolehkan mereka capai ke tahap itu.

Nama kawan saya itu, Abdullah.

Dia tegur saya, dia tanya kenapa ini?

Saya cakap saya stress tak dapat capai target hafalan. Itu tak kira yang ulangan hafalan lagi, double stress jadinya.

Dia kata, dia ada cara, cuba step begini begini begini. Saya pun cuba punya cuba, dan adjust sesuaikan dengan diri saya.

Akhirnya, saya dapat. Syukur sangat. Alhamdulillah!

Mudah rupanya menghafal. Teknik ini simple tetapi padu, bagi saya.

Betullah, apa-apa perkara pun kita kena cuba ‘keep it simple’. Jangan sesekali rumitkan.

Ibu-Ibu ayah-ayah,

Ini teknik dan step by step yang saya sendiri amalkan. Saya namakan ia sebagai teknik ‘Touch & Go’ :

.

STEP 1 : Fasa Persediaan Sebelum Menghafal.

Letakkan target hafalan. Contoh 5 ayat sahaja.

Baca banyak kali 5 ayat itu sampai bibir dan otak dah terbiasa. Sampai jadi familiar ayat itu.

Baca tengok Al-Quran ya. Baca sampai lancar dan tiada langsung kesalahan tajwid boleh berlaku. Kualiti perlu dijaga. Tajwid wajib.

Saya syorkan bacalah pada waktu petang. Lepas asar.

.

STEP 2 : Fasa Menghafal Teknik ‘Touch & Go’.

Dah selesai step 1 tadi kan? Apa lagi jom mula menghafal.

Ingat, tadi kita nak hafal 5 ayat kan?

Baik, mula-mula hafal ayat 1 dahulu.

Ketika ini insya-Allah akan jadi lebih mudah sebab kita dah baca banyak-banyak kali lepas asar tadi. Step 1 penting, jangan skip.

Sebenarnya masa kita buat step 1 tadi, kita sedang install ayat-ayat itu dalam kepala.

Baik. Mulakan hafal ayat 1.

Baca, tutup, baca tak tengok Al-Quran, buka balik, baca, ulang-ulang sampai dapat hafal. Ok selesai ayat yang pertama. Alhamdulillah.

Pastikan lancar, selagi tak lancar, jangan pindah kepada ayat kedua.

Ok katakan ayat 1 dah betul-betul hafal, mula hafal ayat ke 2 pula.

Bila dah dapat ayat 2, cantumkan ayat 1 dan ayat 2. Cuba baca tak tengok Al-Quran.

Ulang-ulang sampai lancar ayat 1 dan ayat 2. Minimum ulang 10x.

Ok selesai ayat 1 dan ayat 2.

Baiklah. Next, ini trick yang sebenarnya.

Terus hafal ayat yang ke 3, ulang-ulang sampai dapat. Bila dah dapat ayat ke 3,

Cantumkan ayat 2 dan ayat 3 sahaja.

Ayat 1 tadi? Tinggalkan! Biarkan ia. Abaikan dulu.

Terus buat begitu, cantum ayat 3 dan 4, kemudian ayat 1 dan 2 tadi kita tinggal.

Lepas itu hafal ayat 5 dan cantumkan ayat 4 dan ayat 5 pula, ayat 1, 2 dan 3 tadi kita tinggal.

Maka selesailah 5 ayat yang kita nak hafal tadi.

Done. Tutup Al-Quran. As simple as that.

Baik. Persoalannya dah ingat betul ke 5 ayat tadi?

Jawapannya, tak ingat. Hihi.

Kalau ingat pun samar-samar sahaja. Kalau kita cuba baca semula, mesti dalam keadaan ingat tak ingat.

Ibu-ibu ayah-ayah,

Jangan risau, sebenarnya kita tak lupa pun 5 ayat tadi, cuma otak kita letih ja. At least ia dah ada dalam kepala. Cuma ia berterabur saja. Macam puzzle.

Cukup, kita tidur dan rehat secukupnya. Cadangan saya, cari bacaan syeikh-syeikh yang kita minat, cuba dengar tang ayat yang kita hafal tadi.

Pasang ja waktu tidur. Biarkan sampai esok pagi.

Atau nak senang, rakam bacaan sendiri. Kemudian dengar balik ulang-ulang sebelum tidur.

Ingat, ayat-ayat itu dah ada dalam kepala, cuma ia berterabur sahaja. Bagaimana dan bila nak susun? Ayuh ke step ketiga.

Ohya, tempoh menghafal yang dicadangkan diantara maghrib ke isyak ya. Lepas isyak tak digalakkan. Time otak kita rehat.

.

STEP 3 : Fasa Susun Dan Perkemas Hafalan.

Bangun esok paginya, lancarkan balik apa yang kita hafal semalam. Better bangun sebelum subuh. Time ini otak laju dan fresh.

Cantum puzzle hafalan semalam dan perkemaskan betul-betul.

Waktu ni, insya-Allah memang senang kita nak dapat hafal keseluruhannya, sebab kita dah ‘hafal’ dah semalam. Walaupun semalam kita hafal sekali lalu ja.

Just panaskan semula, susun atur dan ikat kemas-kemas. Kemudian hantar pada guru untuk disemak.

Itulah dia teknik ‘Touch & Go’.

.

3 step simple inilah yang saya amalkan, sampailah saya khatam.

Dengan follow step by step ini, saya mula dapat rentak hafal 1 mukasurat setiap hari, kadang itu lebih, boleh pergi sampai 5 mukasurat. Tanpa rasa stress, sebab dah ada sistem. Just follow saja.

Tak perlu rasa pening-pening. Cuba follow dulu 3 step ini. Insya-Allah boleh buat dan pasti akan rasa keberkesanannya.

Berbeza dengan kalau kita hentam kromo main hafal terus tanpa ada teknik dan sistem. Betul?

Teknik ini dah dibuktikan oleh saya sendiri. Sampai masa saya turunkan teknik ini pada para pembaca ibu-ibu ayah-ayah yang dikasihi semua. No more secret.

Sebenarnya ada banyak lagi teknik. Insya-Allah kalau saya rajin menulis, saya share. Letih juga menulis panjang-panjang. Hihi.

Kalau permintaan tinggi, saya kongsikan. Baru semangat sikit.

Begitulah. Moga ada manfaatnya. Saya doakan semua dapat mulakan menghafal dan tambah koleksi hafalan. Sikit-sikit pun okey, dari tak ada langsung.

Dah tahu buat terus ya. Ilmu tanpa amal, sia-sia.

Barakallahufikum.

Afnan Nasaruddin,
Doakan Saya, Maafkan Saya

Suka Artikel Ini?

Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *