Testimoni Pelajar

Antara testimoni dari pelajar yang mengikuti program dan kelas kami.

Ikhlas dari hati saya rasa sangat bersyukur dan mendapat manfaat dalam kelas combo ogos yg bru habis baru2 ni. Allah buka jalan untuk cari keredhaanNya. Moga saya terus istiqomah.Selepas saya khatam Quran 1995, ini first time saya berguru semula. Sebelum ni saya baca sendiri dan ikut tadarus Quran bila kelapangan😍Dalam kelas ini ada 3 guru, ustaz nan, ustaz man dan ustazah diya.Sesi Ustazah Diya saya paling suka dan selesa sebab saya x berapa rasa malu. Hihi.Manfaat terbesar yg dpt dari kelas ni, jiwa saya tenang dengan Al Quran n cita2 saya nak jadi penghafal AlQuran biarpun saya rasa saya sudah semakin tua. in syaAllah belum terlambat kan.InsyaAllah sy akan sambung lagi kelas bulan september ini., sbb sy dapat mengikuti bacaan yang betul dari segi tajuid n sebagainya. Dan paling pnting ada guru memandu sayaSaya akan cuba cari rakan n sahabat dan komen saya kelas ini adalah bekalan untuk kita meningkatan kualiti bacaan Al Quran❤
Zaharah Mat Jusoh
Alhamdulillah happy dan rsa enjoy ja bljr mengaji. Tak rasa terpaksa. Mmg sronok dan xsabar stiap kali kelas.Sesi tasmi' live. Dlm xsedar, blh mnghafal byk ayat. Rsa bgga dgn diri sndiri. Sebelum live, kna bt preparation yg rapi n kita akn buat dlm xsdar. Mksudnya, sy akn baca dlm solat, baca msa masak, baca masa nak tido. Jd benda tu bg sy 1 benda yg sgt best dan melatih diri utk jd yg terbaik.Kesan n mnfaat sy dpt ialah kesedaran baca AQ dgn tajwid dan tartil adlh lbh smpurna dan lbh seronok bbnding sekadar baca tanpa bljar tajwid. Wlopon sy tak teruskan utk combo sept sbb dah nak hampir bersalin, tp sy msih igt ajaran ustaz dan cuba baca AQ sebaik mgkin. ☺Join kelas ni xrugi dan akn dpt improve bacaan hari demi hari. Dan akn latih kita jd hamba yg istiqamah dgn AQ.Sy dh recommend kelas ni pd ramai kwan since sy msih dlm combo ogos. Sy cakap, masa bukanlah 1 kekangan utk join kelas. Guna fon saja dh blh mengaji dgn betul dan berguru tu yg penting. Masa ikot fleksibiliti jd blh pilih ikot keselesaan. Tiada paksaan. ☺Setakat ni okay ja service yg QuranPro Academy ketengahkan. From zero to hero, from nothing to something at least, giteww ☺🍓
Ain Intanpayung
Alhamdulillah happy dah hbis kelas combo julai.. Saya suka sesi tahsin juzuk dn hfzn .. Kesan nya sy dpt improve makhraj dn sifat huruf dgn lebih baik. Itu yg sy rsa sbb sblum ni bacaan sy biasa2 je.. Wpun bertajweed tpi x sepenuhnya.. Bila dh tahsin dgn ustaz bru sy rsa kena betul2 buat n x bleh main tngkp muat shja utk baca AQ..Manfaatnya buat msa bru sebulan sy join ni sy lbih berdisiplin utk menghafaz 😅Sy mmg sdng mncari guru utk bertalaqqi.. Byk je kat tmpt sy ni.. Tpi x bleh nk commit utk g kelas.. Bila terjumpa dlm fb group ni.. then sy wsp la ustaz..mmg bln july lpas utk trial shja😁Sy confident n nk smbung lgi sbb rasa xcited utk bljr lbih mndlm.. Dn klu ada rezeki(kewangn n kesihatan) akn smbung utk bln2 sterusnya smpi habis 30 juzuk..lgipun sy tgok rmai student ustaz yg dh bljr start sthun yg lpas.. jdi xde problem rasanya nk truskan pengajian.. Terima kasih ustaz ats tnjuk ajar..
Rozita Mohd Kamal
ALHAMDULILLAH... Mama happy dipertemukan dgn kelas online ustaz.. tanpa sedar ianya membantu mama improvekan lagi bacaan mama yg sebelum ni agak payah dan lambat..Syukur, sekarang ni mama lebih yakin utk terus mbaca, rasa mkin lancar dan semakin nmpk ada kemajuan.Personal Intensive class pling mama suke.. Sbb ustaz boleh bg tumpuan lebih pd bacaan mama..teguran yg lebih tepat pd tiap kesilapan bacaan dan ustaz akan beri peluang utk mama mengulang ayat tersebut sampai betul dan lancar..Secara tak langsung, mama jd lbih banyak masa & akrab dgn AlQuran..sbb mama akan pastikan bgun 4 pg tiap hari utk mengulang bacaan semalam dgn bantuan ulangtayang video rakaman semalamnya dan menambah bacaan baru..Syukur mama boleh hafal surah al-kahfi 10 ayat awal dan akhir dgn.kaedah online ustaz Sekarang ni dlm kereta.. mama asyik baca hafalan je..Bermula dr pelajar yg lemah mama berazam utk jadi pembaca yg berjaya khatam quran dgn kaedah ustaz.. Sbb cara ni boleh disiplinkan mama baca atleast 2 mukasurat yg baharu sehari..dgn pemantauan bersungguh dr seorg guru pakar..Kalau ada yg tanya kenapa ya mama suke kaedah ni..? 1.Masa fleksibel 2.Kelas depan mata 3.Bimbingan mesra & berkesan 4.Yuran istimewa 5. Gurunya mmg pakar & bsemangat 6.Bantuan Video, audio dan rakaman semula mmg sangat mbantu 7.memang tak rugi
Zareyn Zarina
Alhamdulillah, seronok berada dlm kelas combo jun lepas, masa yg fleksibel iaitu bole pilih masa yg sesuai... Satu sesi yg sy suka adalah sesi talaqqi samada sy sendiri @ turn sahabat lain, bacaan disemak oleh ustaz, kita sedar mana kesilapan bacaan dan bacaan sahabat dlm group...Alhamdulillah, sy jadi lebih peka dari segi tajwid dan makhraj ..., cth,bunyi desiran, qalqalah...Sy confident nk join lagi sbb sy yakin ustaz Afnan ni seorang yg ikhlas dlm membantu org2 spt sy utk 'pro' insya Allah dlm Al Quran..Insya Allah sy akan recommend kelas ni kat org lain sbb masa yg fleksibel, kalau kita kurang mahir membaca orang pun tak tahu sbb kelas di alam maya...masa yg fleksibel...dan sy yakin ustaz Nan akan membimbing kita semua...insya Allah....
Maslita Mamad
Bersyukur pada Allah temukan saya dengan kelas online ustaz Afnan. Kelas yang saya seronok sekali ialah kelas combo.Kita dapat menghafal surah pilihan dan tahsin live dengan ustaz. Sebelum sesi tahsin,ustaz sudah share audio hafazan dan video cara bacaan bertajwid dan makhraj yang betul.Sebelum waktu tahsin dengan ustaz, saya duduk pulun meroja'ah. Waktu ini yang saya suka,kerana saya tiada masa hendak buang masa buat perkara yang lara. Mata dan telinga pon dijaga dari segala maksiat, takut tidak boleh menghafal.Sejak join kelas ustaz,cinta saya pada al quran mendalam dan sekarang saya dapat istiqomah membaca al quran selepas solat dan masa2 terluang saya. Quran is my new toy...sahabat di dunia dan akhirat saya..in shaa Allah saya akan terus mengikuti kelas ustaz seterusnya kerana banyak lagi ilmu yang saya kena ceduk hingga menjadi ahllullah. Bila orang tanya ..ok ke belajar guna online..? ustaz tak nampak bibir kita semasa membaca..? Alhamdulillah guru saya mahir Al Quran, dengan dengar bacaan kita,dia tau di mana letak lidah kamu dan kamu tidak akan menjadi pembaca yang syuk sendiri..In shaa Allah saya berani rekemen pada siapa2 pon kelas ini. Cuma perlu ada internet sahaja. Alhamdulillah.
Siti Jamilah
Secara overall saya sangat happy dan seronok belajar dgn Ustaz Nan. Ustaz Nan sangat bersantun, lemah lembut dan menghormati kami yg kebanyakannya jauh lebih tua dari Ustaz. Tak pernah sekalipun Ustaz keluarkan perkataan yg tidak sopan atau berunsur sindiran.Dalam banyak2 sesi, saya suka talaqi, dapat perbaiki bacaan. Ustaz Nan sharp, cepat jea tangkap bila salah baca 😅Rasa seronok dapat baca Qur'an hari2. Modul pengajaran Ustaz pun sangat berkesan. Pelajar dibekalkan dgn video tahsin terlebih dahulu sebelum sesi talaqi dan hafazan. Boleh catat dalam mushaf masing2 dan berlatih dahulu sebelum masuk kelas.Tahsin buat kami lebih bersedia dan ia sangat membantu memperelokkan dan memperbaiki bacaan. Alhamdulillah, secara keseluruhannya, kelas bimbingan Ustaz sangat memuaskan. Memang Awesome!!! 👍👍👍♥😍 Aiwah !!!Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kpd Ustaz...Teruskan usaha Ustaz . Semoga Allah memberkati Ustaz n family. Misi Kita biarlah baca Qur'an ini menjadi budaya kita. Semoga Ustaz n team dapat melahirkan generasi Al Quran yg cemerlang. Tak kira apapun kerjaya mereka, mereka menjadi penghafaz Qur'an... In syaa Allah.
Sally Lea Morris
Alhamdulilah saya merasa lebih yakin dengan bacaan saya. Terus berlatih untuk perbaiki bacaan in InsyAllah dan dapat lebih menghayati dan mendekati Al-Quran. Memang rasa sangat bersyukur dan puas hati, gembira dapat belajar bersama2 Ustaz Nan dan rakan2 yang sama2 belajar dalam group wasap yang dipimpin oleh Ustaz Nan
Puan Zaidah
Jasa Ustaz priceless tak dinilai dengan wang ringgit. Saya bersyukur Allah pertemukan saya dengan Ustaz. Cita-cita saya nak hafal Surah Almulk berjaya dengan bimbingan ustaz.
Saliah
Sgt2 bersyukur dipertemukan dgn kelas combo ini. Cuti bbrpa hari sebelem start kelas september ni buat saya terasa rindu pd klasSemuanya sesi dalam kelas saya suka.. Yg pling suka wpun mendebarkan adalah hafalan.Dapat baiki sebutan n bacaan yg sebelum ni mkcik perasan dah betul 😂Kaedah pengajaran ustaz... Tunjukkan dahulu cara sebutan dan bacaan yg tepat.. Beri peluang mkcik baca secara 'bertalaqqi musyafahah' dan Teguran yg lembut berhimah sgt disenangi.Mkcik yakin cara yg begini dapt mndorong mkcik n sahabat2 utk terus bersama dn dpt khatam al quran.Untuk yg nak betulkan bacaan. Jom join kelas ini.. Boleh berinteraksi di mana2 😊😊.Terima ustaz Nan, ustaz Man n Utzh Diya... Semoga Allah beri kekuatan utk terus membantu masyarakat muslim utk dekati,, dampingi, cintai ayat2 suci Allah... Semoga Allah berkati hidup mu nak...
Maimun Aziz
Alhamdulillah dah habis kelas combo Julai ni. Rasa puas hati walaupun saya sendiri yang darah gemuruh dan dalam keadaan tertekan.Saya suka dengar bacaan ustaz, jelas. Tahsin pun seronok sebab boleh tahu silap kita. Lagi pun santai je dan tak push.Dulu teringin nak hafal surah al mulk ni bila kawan2 cakap mereka dah hafal. Macam rasa susah. Tapi bila dah join kelas ni, rupanya ada kaedah mudah untuk hafal. Cuma perlu kesungguhan. Bak kata ustaz, dah boleh ganti bacaan dalam solat. Itu yang saya cuba praktikkan. Selain itu dapat kenal ahli2 grup dan saling memberi semangat.Mula2 memang tak yakin, malu pun ada. Tapi, kalau tak cuba tak tahu. Bak kata omputeh, there's always a beginning to everything and no pain, no gain. Kadang2 saya pulak yg rasa bersalah sebab mungkin tak sempurna. Tapi, Ustaz pun tak jemu2 membimbing kami, kan.Insya allah, saya recommend kelas santai ni pada yg lain. Ini yg termampu saya buat. Lagi pun kelas ni flexible dan tak stress, cuma sendiri yang stress😁😁😁. Tq ustaz and all the best. Teruskan usaha murni ini. Mama sentiasa menyokong.🌹🌹🌹
Fauzi Hanim
Secara jujurnya saya happy join class combo julai, ustaz ajar melalui video tahsin memberi kesan untuk saya mempraktik dlm bacaan saya..Sblm ni saya rasa dah hebat tentang tajwid... Sebaliknya banyak lagi yg prlu saya pelajari... Saya suka dua2 klas tahsin dan hafazan rasa bersemangat untuk membaca dan menghafal...Saya dah recommend pada menantu saya.. Buat masa sekarang saya ini kelas yg terbaik.. Saya mencari pembaharuan dlm mempelajari ilmu tajwid.. Sbb tu ibu cuba memasuki kelas ni.. Dan ianya sangat berkesan.. Alhamdulillah.. In shaa Allah saya akn terus kan hingga saya berjaya membaca tanpa ada kesalahan.. Terima kasih ustaz nan yg banyak membantu.. 🤗
Rahimah Md Ali
Alhamdulillah.. Syukur sangat Allah jemput utk menjadi ahli keluarga kelas Ustaz Nan... tak kisah kelas combo, tajwid, tadarus.. semua pun bagus... Happy sangat 🥰...Sesi yg paling suka.. bila dapat join zoom bersama2 ustaz dan sahabat2 yg lain. Kalau tengah sedih ke.. penat ke.. join. Kalau tak baca pun.. blh dengar. Yg penting nak bersama2 orang2 yang istiqamah dan berjuang seharian dalam membaca quran dan hafal quran...Baca sendirian.. kurang disiplin dan kurang motivasi. Makcik rasa.. ustaz mainkan peranan besar supaya kami terus istiqamah dan bersemangat nak belajar dan hafal quran.. Kawan2 pun turut beri aura dan kesan yang sangat positif sebab kita tak rasa bersendirian .. mcm ada sahabat sentiasa yg ada halatuju yang sama...Teguran live dari ustaz.. dapat baiki bacaan saya dari hari ke hari. Bila baca hari ke hari.. sentiasa cuba untuk perbaiki bacaan. Dan boleh juga perbaiki bacaan dengan mendengar bacaan kawan2 yang lain. Seronok dgr suara dan lagu, lenggok alunan ayat quran yang pelbagai...Walaupun ada kelas2 mengaji yang lain, makcik kerja dan berniaga.. dan tak dpt hadir semua kelas di masjid dan kelas mengaji kat sini. Jadi, masih perlu mengaji online utk topup balik kelas2 yg tertinggal...Sy memang recommend kelas ni pada semua untuk sentiasa berdamping rapat dengan Al-Quran. Ustaz Nan memang sangat fokus dan tak buat kerja separuh jalan serta sentiasa follow up perkembangan kami. Moga kita juga sambut dengan semangat yang sama In syaa Allah...Semoga Ustaz dan team terus maju jaya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa ustaz mengajar kami...
Zaidah Mohamad
Jujur umi ckp...sgt happy n bersyukur dpt join class ni.. bertemu dgn ustaz yg baik, peramah n prihatin dgn ank muridUmmi paling seronok sesi tahsin zoom... dpt membaca, mghafal bersama ustaz secara live.. Dri x thu apa2 tntg tajwid, huruf n makhraj, cara baca pnjg pendek, dengung x dengung.. alhamdulillah wlupun masih merangkak rangkak mmbacanya.. trime ksih byk2 ustaz .Umi sgt comfident dn akan truskn kelas lg sbb umi yakin.. in syaa Allah dgn izinNya serta bimbingan ustaz n team nanti, umi akn berusaha utk menjadi hafizah wlupun usia nenek2... Insyaa Allah..Ustaz menggunakan teknik2 pengajaran n penghafalan yg sesuai dgn semua peringkat umur.. Semoga Allah bg kekuatan utk ummi meneruskan class bersama team ustaz nanti...
Reyna ZM
Assalamualaikun semua. Saya nak share sikit pengalaman saya ikuti kelas ustaz nan.Alhamdulillah.. Kalau dulu, masalah saya bila nak menghafal ni, saya hafal sorg2 je. X de guru yg nak pantau.Tp bila ada guru ni, ust nan boleh pantau bacaan kita, boleh betulkan bacaan kita, dan yg plg best, boleh dengar dlu cara bacaan guru dn boleh tgk tanda2 tajwid dalam video tahsin.Sy join kelas ni pun mmg niat nk ada guru, bayaran yuran pun mampu bayar dn rasa sgt berbaloi.Alhamdulillah skrg sy dah dpt hafal sural al-mulk, rasa seronok sgt, dan berazam nak hafal surah2 lain pula. Doakan saya ye.Dlm kelas ni nanti, ust nan akan tegur kita yg mana silap, dari situ kita tahu dan ingat ayat mana yg silap dan mcm mana cara baca yg betulnya.Kelas ni juga sgt jimatkan masa sy, boleh baca masa memasak ataupun dalam kereta jer.Saya nak ajak kawan2 yg belum join untuk cuba join dan beri peluang pd diri, bayaran yuran nya sgt berpatutan, kita dpt menghafal dgn guru yg bertauliah dan cara ust nan ajar memang sgt senang di fahami.Cuba try dulu 😉
Ruhani Mahmod
Alhamdulillah...sykur kpd Allah swt kerana makbulkan doa kak nk ulangkaji al quran. Happy sgt sbb rasa confident ngaji dengan tajwid yg betul walaupun kekadang terbabas...Allah luangkan juga masa utk ngaji dan disiplin walaupun ada kekangan dgn tugas seharian.Sesi ngaji mlm paling best sbb dh free..n teguran ustaz smasa live byk manfaat buat kak utk improve bacaan al quran.Manfaat dan nikmat rasa confident ngaji dgn tajwid yg betul. 1 hari tak ngaji rasa ada sesuatu yg tak kena dlm diri kak. Sgt bermotivasi...on laptop je mesti youtube ngaji...niat pahala buat ibu ayah...ank2...Rasa ngaji semakin mantap...Kak suka klas online ni sbb memudahkan...duk di rmh je atau mana2...asalkan ada hfon or laptop.Tq ustaz. Teruskan usaha demi memartabatkan al quran kepada semua generasi. Al quran peneman di alam sana...semoga usaha murni ustaz membawa pahala buat keluarga menuju jannah😊 aamiin
Ida Huwaida
Program ini sangat baik untuk orang seperti saya yang agak sibuk dalam kerjaya sebagai seorang pendidik. Kesungguhan ustaz mengajar memberi semangat kepada kami untuk belajar
Jamilah Dolah
Kelas talaqi dibawah pimpinan Ustaz Afnan ini dapat tunjuk ajar secara live tahsinnya dan sangat jelas penerangan yang diberi
Mohd Nasri Saad
Kelas menghafal quran online juga lbh 'convenient' sbb bh menghafal & merujuk bahan-bahan hafazan pada masa kita sendiri. Tiada alasan masa atau kesukaran untuk pergi ke kelas
Mazlina
Jujur umi cakap sangat happy dan bersyukur dapat join class ni. Bertemu dengan ustaz yang baik, peramah and prihatin dengan anak murid. Ummi paling seronok sessi tahsin zoom dapat membaca, menghafal bersama ustaz secara live.
Ummi Zarina