Bayangkan, usia sudah masuk ke sekitar 60 tahun, baru perasan yang bacaan surah Al-Ikhlas yang diamalkan seumur hidup selama ini rupanya salah!
MENGEJUTKAN! Itulah frasa paling tepat boleh dititipkan buat situasi seorang pelajar di Quran Pro Academy (QPA) yang mengikuti kelas seorang ustazah baru-baru ini.
Ketika mengikuti kelas ustazah berkenaan, pelajar itu yang dinamakan dengan gelaran ‘makcik’ membuat pengakuan ringkas, “Dah terbiasa buat salah” yang merujuk kepada amalan bacaan surah Al-Ikhlas dibacanya selama ini.
Walaupun pengakuan itu kecil, tapi kesannya agak ‘besar’. Namun ustazah berkenaan dengan rasa hati yang lapang membalas tenang kepadanya, “Tak mengapa, kita biasakan yang betul”.
Surah Al-Ikhlas, surah yang pernah dianggap ‘mudah’
Berbalik kepada situasi, dalam kelas itu, pelajar tersebut mempelajari ilmu tajwid asas bacaan surah Al-Ikhlas yang sudah cukup ‘familiar’ dengan amalan ibadah serta kehidupan seharian kita.
Hanya mempunyai empat ayat, ringkas, mudah dibaca dan difahami maknanya, malah sangat senang dihafaz untuk dijadikan sebagai bacaan surah lazim dalam solat serta amalan harian.
Tapi siapa sangka, walaupun dianggap ringkas dan mudah, pelajar tadi akhirnya terpaksa ‘buka mulut’ mengakui bahawa surah ‘sekecil’ Al-Ikhlas itu pun beliau membaca dengan tajwid yang salah selama ini.
Difahamkan, umurnya kini dipercayai dalam lingkungan 60 tahun. Katakanlah, sebagai contoh analogi, beliau sudah menghafaz surah Al-Ikhlas sejak berusia seawal lima tahun.
Bermula usia lima tahun, beliau membacanya dalam solat, mengamalkan dalam kehidupan seharian namun tanpa mengenali dan memahami konteks tajwidnya secara terperinci dengan betul sampailah ke hari ini.
Ini bermakna, beliau selama ini membaca surah Al-Ikhlas dengan tajwid yang salah selama 55 tahun lamanya! Hampir separuh usianya ‘dihabiskan’ dengan membiasakan kesilapan tajwid yang beliau sendiri tidak sedar!
Itu baru kes pelajar tersebut. Kita? Ibu ayah kita? Adik-beradik kita? Anak-anak kita? Saudara-mara, kawan-kawan, jiran-jiran kita semua? Ada tak kita cakna tentang tajwid bacaan surah Al-Ikhlas yang dibaca selama ini?
Buat pengetahuan semua, setiap ayat al-Quran yang dibaca wajiblah mengikuti tajwidnya dengan betul. Asasnya adalah pada sebutan huruf. Jika sebutan huruf tidak tepat, ayat itu akan terubah bunyi dan maknanya.
Ambillah pengajaran daripada kisah ‘makcik’ tadi
Walaupun sudah separuh usia baru tahu tajwid yang betul, sebaiknya setinggi-tinggi pujian harus diberikan buat pelajar tadi kerana beliau masih lagi berusaha untuk memperbaiki bacaannya. Ini satu usaha yang sangat hebat!
Jadi, bersandarkan kes pelajar berpangkat ‘makcik’ tadi, kami di QPA menganjurkan Seminar Mantap Asas Sebutan Huruf (SMASH) yang bakal berlangsung pada 13 Januari (Sabtu) ini.
Seminar ini akan disampaikan oleh salah seorang tenaga pengajar QPA, iaitu Ustaz Wan yang berkongsi ilmu memantapkan sebutan huruf-huruf dalam al-Quran dengan cara yang mudah dan santai.
Ia berlangsung di mana? Bukan di masjid, bukan di dewan seminar mahupun pejabat QPA tetapi di rumah anda sendiri melalui aplikasi ZOOM Online dan Youtube Live bermula 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.
Menariknya, seminar ini dijalankan secara PERCUMA sahaja! Tiada bayaran dikenakan. Ilmu yang mahal disampaikan tanpa perlu keluar sesen pun. Nilainya jauh lebih mahal daripada duit itu sendiri.
Walau bagaimanapun, pendaftaran SMASH sudah pun ditutup tepat pukul 11 malam tadi. Namun jangan risau, ada banyak lagi kelas dan seminar lain yang akan QPA bawakan untuk anda pada masa akan datang!
Penting untuk anda tahu, antara keunikan di QPA adalah suasana belajarnya yang santai, tenaga pengajarnya yang mesra, ilmu-ilmu tajwid yang dibahaskan begitu terperinci dan pelbagai lagi.
Jadi untuk berkenalan dan terus berukhwah bersama QPA sambil menimba ilmu-ilmu baharu tentang al-Quran, jemputlah menyertai siaran Telegram QPA di sini bagi mengikuti segala info terkini.
Quran Pro Academy, ketenangan bermula di sini!
11 thoughts on “Sudah 60 Tahun Hidup, Baru Tahu Bacaan Surah Al-Ikhlas Selama Ini Salah”
Alhamdulillah…moga QPA terus maju jaya
Alhamdulillah. Boleh klik link ‘PAUTAN INI’ tu ya.
nak join
Alhamdulillah. Boleh klik link ‘PAUTAN INI’ tu ya.
Saya berminat mahu belajar
Alhamdulillah. Boleh klik link ‘PAUTAN INI’ tu ya.
Alhamdulillah di adakan seminar surah Al Ikhlas.
Alhamdulillah. Boleh klik link ‘PAUTAN INI’ tu ya.
saya berminat seminar ini
Alhamdulillah. Boleh klik link di ‘PAUTAN INI’ tu ya.
In Syaa ALLAH akan terus belajar