SPM 2023: Sekolah Tahfiz Ungguli Keputusan Terbaik Negara

SPM 2023: Sekolah tahfiz ungguli keputusan SPM terbaik negara

MENGEJUTKAN! Itulah yang terucap sebaik melihat laporan keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (2023) semalam apabila kedudukan pertama senarai Sekolah Terbaik SPM 2023 negara bukan sekolah beraliran sains mahupun berasrama penuh integrasi, sebaliknya diungguli oleh sekolah tahfiz!

Maahad Tahfiz Negeri Pahang atau singkatannya MTNP di Kuantan yang bernaung di bawah Yayasan Pahang menduduki tempat pertama dalam senarai Sekolah Terbaik SPM 2023 Malaysia dengan ‘berbekalkan’ Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.07.

Menariknya, MTNP mampu mengatasi empat pencabar terdekat di bawahnya yang masing-masing merupakan sekolah berprestasi tinggi iaitu Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dengan GPS 1.073; Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan (1.248); Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Negeri Sembilan (1.255); dan Kolej Yayasan Saad, Melaka (1.257).

Kredit: MTNP
Kredit: awam

Difahamkan, kesemua 56 orang calon adalah lulus 100 peratus dengan 23 daripadanya berjaya merangkul semua A dalam setiap subjek dan paling mengujakan, masing-masing yang mencipta sejarah ini adalah hafiz al-Quran!

Moto MTNP ‘Memartabatkan al-Quran’ meskipun ringkas, namun ia sudah cukup membuktikan bahawa pelajar tahfiz juga mampu mencipta kejayaan besar dalam dunia akademik, sekali gus boleh berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan pelajar aliran sains, teknologi, sukan dan seumpamanya.

Cemerlang akademik, cemerlang agama, cemerlang al-Quran.

Inilah baru dikatakan..pelajar tahfiz mendunia!

Tahniah buat penghafaz al-Quran.

Artikel oleh Quran Pro Academy

Suka Artikel Ini?

Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *