Semak arah kiblat rumah anda petang ini
.
PADA 27 Mei hari ini, tepat pukul 5.18 petang (waktu Malaysia), Matahari akan berada pada kedudukan tegak di atas Kaabah di Mekah.
.
Ketika waktu itu, bayang-bayang sinaran Matahari bagi semua objek tegak yang berada di permukaan Bumi akan menghala ke arah Kaabah.
.
Justeru lakaran bayang-bayang objek tegak pada waktu itu (5.18 petang ini) boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan arah kiblat secara semulajadi.
.
Difahamkan, fenomena ini akan berlaku lagi pada 15 Julai depan (Isnin), tepat pukul 5.27 petang waktu Malaysia.
.
.
Cara nak ukur arah kiblat guna bayang Matahari:
.
1. Pastikan merujuk kepada waktu yang tepat berdasarkan waktu Malaysia.
.
2. Gunakan objek yang diyakini tegak (90 darjah) dan lurus seperti tingkap, pintu dan lain-lain.
.
3. Bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan arah kiblat. Insya-Allah.
.
4. Tandakan garis bayang yang terhasil.
.
Jangan lepaskan peluang. Jom sama sama nantikan petang ini!
.
Perkongsian info semasa oleh Quran Pro Academy
.
Sumber rujukan & olahan: Planetarium Negara, MOSTI, Bahagian Falak & Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Sembilan