Satu Masjid Ada Dua Arah Kiblat?

Satu masjid ada dua arah kiblat?

MASJID al-Qiblatayn di Madinah ada dua arah kiblat di dalamnya dan lebih menarik, mihrab bagi kiblat masing-masing dibina saling berhadapan arahnya antara satu sama lain. Unik kan?

Kiblat pertama menghala ke arah utara iaitu kiblat asal umat Islam, Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis. Kiblat kedua pula menghala ke arah selatan, Kaabah (Baitullah) di Mekah iaitu kiblat umat Islam kini.

Imbas balik sirah, peralihan arah kiblat ini berlaku semasa peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat dari Mekah ke Madinah. Menariknya ketika itu, kaum Yahudi dan Nasrani di Madinah rasa suka bila tengok nabi solat menghadap Baitulmaqdis.

Pemandangan dari atas masjid | kredit: Islamic Landmarks
Pemandangan dari luar masjid | kredit: Islamic Landmarks

Yahudi & Nasrani suka, anggap nabi tiru mereka

Sebab apa? Ia sebab seolah-olah menganggap nabi macam meniru amalan beribadah kaum mereka yang turut sama menghadap Baitulmaqdis. Kononnya nabi pun ikut mereka. Sebenarnya, tak pun. Nabi lagi suka kalau kiblat menghala ke Baitullah (Kaabah).

Jadi apa nabi buat? Nabi berdoa kepada Allah sambil tadah tangan ke langit. Dengan harapan wahyu-Nya turun agar memerintahkan supaya kiblat solat diubah ke arah Baitullah.

Maka tepat 17 Rejab tahun kedua Hijrah iaitu 16 bulan kemudian, permintaan nabi akhirnya termakbul. Allah menjawab doa nabi supaya memindahkan arah kiblat dari Baitulmaqdis ke Baitullah melalui firmannya dalam surah al-Baqarah ayat 144 yang mafhumnya:

Mihrab kiblat asal yang menghala ke arah Baitulmaqdis | kredit: Islamic Landmarks
Mihrab kiblat kini yang menghala ke Kaabah | kredit: Islamic Landmarks

“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya.

“Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.”

Itulah kisahnya macam mana kiblat bertukar arah. Wallahua’lam.

Artikel sirah nabi oleh Quran Pro Academy.

Sumber rujukan & olahan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Islamic Landmarks

Suka Artikel Ini?

Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *