Mungkin ramai masih terkeliru mengenai beza makhraj dan sifat antara huruf qof dan huruf kaf dalam mempelajari ilmu tajwid.
DALAM mempelajari bacaan al-Quran, mungkin ada kalanya kita terkeliru tentang macam mana mahu membunyikan sesuatu huruf mengikut makhrajnya, betul?
Jika melihat kepada abjad Roman misalnya, ada beberapa huruf yang bunyinya lebih kurang sama seperti huruf ‘P’ dan ‘B’, huruf ‘J’ dan ‘G’ serta beberapa yang lain.
Begitu juga dengan huruf hijaiyah yang digunakan dalam al-Quran. Ada antaranya memiliki bunyi yang hampir sama, sebagai contohnya huruf ‘Qof’ dan ‘Kaf’ namun hakikatnya ia jauh berbeza sama sekali.
Beza makhraj huruf Qof & Kaf
Untuk pengetahuan semua, walaupun bunyinya seakan sama, namun kedua-dua huruf ini sebenarnya memiliki makhraj dan sifat masing-masing yang berbeza.
Bagi huruf Kaf, makhrajnya adalah pangkal lidah ditekan ke permulaan lelangit keras atau bahasa mudahnya, ada tekanan dibuat oleh pangkal lidah di antara lelangit lembut dan lelangit keras.
Manakala bagi huruf Qof pula, makhrajnya adalah pangkal lidah ditekan ke lelangit lembut iaitu kawasan berhampiran dengan anak tekak.
Hal ini bermakna daripada sudut kedudukan di dalam mulut, makhraj huruf Qof agak lebih ‘ke dalam’ berbanding makhraj huruf Kaf yang ‘tidak seberapa dalam’.
Keliru? Boleh juga tanamkan dalam minda teknik lain memahami perbezaannya iaitu makhraj huruf Qof mestilah berasa ‘dalam sedikit’ berbanding ‘Kaf’ yang ‘depan sedikit’.
Beza sifat huruf Qof & Kaf
Selain makhraj, elemen tajwid lain yang wajib kita fahami bagi kedua-dua huruf ini adalah perbezaan sifatnya.
Untuk makluman semua, huruf Qof memiliki sifat isti’la’ yang bermaksud meninggi atau tebal. Kita akan dapat ‘merasa’ keadaan isti’la‘ ini pada keadaan pangkal lidah yang terangkat semasa menyebutnya. Sebab itulah bunyinya ‘tebal’.
Namun berbeza pula dengan Kaf, huruf ini sebaliknya tidak memiliki sifat isti’la’. Ini bermakna lidah kita hanya berada dalam keadaan biasa, statik dan tidak diangkat semasa menyebutnya. Maka sebab itulah bunyinya kedengaran ‘nipis’.
Bezakan makhraj & sifat huruf: lidah atau bibir?
Satu perkara yang anda kena ingat sampai bila-bila dalam ilmu tajwid, anggota utama yang berperanan untuk menebal atau menipiskan sesuatu bunyi atau keadaan huruf itu ialah lidah, bukannya bibir.
Sebab itu apabila kita sebut huruf Qof baris atas yang membawa bunyi ‘Qoo’, tidak ada keperluan pun untuk memuncungkan bibir. Sebaliknya pangkal lidah sahaja yang digerakkan menyentuh lelangit lembut sambil bukaan bibir yang sederhana.
Dapat sesuatu? Nampak macam ringkas tapi sekecil-kecil perkara inilah yang perlu kita teliti.
Seronok tak bila dapat tahu bezakan sifat serta makhraj huruf Qof dan Kaf? Walaupun ringkas, tapi barulah kita dapat tahu bahawa bacaan al-Quran kita selama ini masih belum mencapai tahap sempurna.
Nak belajar lagi banyak tentang asas sebutan huruf?
Alang-alang sudah belajar beza makhraj dan sifat huruf Qof dan Kaf, apa kata jika anda cuba untuk eksplorasi ilmu asas sebutan huruf dengan lebih mendalam?
Mungkin anda ada beberapa masalah yang sering kali timbul setiap kali membaca al-Quran seperti tidak kenal huruf, tiada asas tajwid, keliru sebutan huruf, tidak sedar kesalahan sebutan, tertukar bunyi huruf yang lebih kurang sama dan seumpamanya.
Jangan risau. Quran Pro Academy kali ini menganjurkan untuk anda Seminar Mantap Asas Sebutan Huruf (SMASH) minggu ini bagi membantu menyelesaikan masalah-masalah yang disebut tadi.
Menariknya, seminar ini dijalankan secara 100 peratus percuma! Jadi kalau nak tahu dengan lebih lanjut & mendaftar, bolehlah layari PAUTAN INI sekarang!
4 thoughts on “Ramai Keliru, Ini Rupanya Beza Makhraj Huruf Qof & Kaf”
Perkongsian yang sangat bagus untuk umum. Kadang-kadang bila baca al-quran sendirian rasa dah betul baca, tetapi bila disemak oleh guru, Allah salah rupanya. Itu pentingnya mengaji bab makhraj serta sifat-sifat huruf ni supaya tahu bagaimana setiap huruf tu terhasil. Bukan kita sebut asal ada bunyi ja. tq admin
Mantapkan sebutan huruf & tahu makhraj yg betul bagi setiap huruf hijaiyah..insyaAllah
Ada pun lebih nak bagi nampak jelas dan menarik, admin boleh sertakan sekali gambar rajah kedudukan huruf dalam mulut. Sekadar cadangan ☺️
InsyaAllah boleh, cadangan yang bagus!