ProTAR ini akan bermula pada 2 Mac 2025 (Ahad) hingga 27 Mac 2025 (Khamis), setiap Isnin hingga Jumaat. Sesi Khatam Perdana pada 28 Mac 2025 (Jumaat).
ProTAR diadakan secara online menggunakan ZOOM, jadi anda boleh sertai di mana-mana sahaja samada di rumah atau tempat kerja, selagi mana ada sambungan internet.
ProTAR ini sesuai untuk orang dewasa peringkat umur dari 18 tahun hingga 60 tahun ke atas yang ingin khatam tadarus Al-Quran dalam bulan Ramadan di bawah bimbingan guru Al-Quran berpengalaman. Sangat sesuai bagi mereka yang mahukan penyusunan jadual ibadah yang sistematik untuk khatam dalam bulan Ramadan ini.
Satu kumpulan maksimum 10 orang sahaja. Ini untuk memastikan guru Al-Quran dapat berikan perhatian secukupnya kepada semua peserta dan setiap peserta mendapat peluang membaca sehari 3 mukasurat.
Ya, boleh. Sila pilih pakej individu. Kami akan masukkan anda ke dalam kumpulan bersama peserta lain yang juga pakej individu, dan jadikan 1 kumpulan maksimum seramai 10 orang peserta.
Jika 10 orang (termasuk anda) dari kalangan ahli kumpulan tadarus masjid/surau anda bersetuju untuk sertai ProTAR bersama dengan anda, ya, anda dan kumpulan boleh sertai dengan pilih pakej kumpulan.
Tetapi jika hanya anda seorang sahaja dari kalangan ahli kumpulan yang ingin sertai ProTAR, anda masih boleh sertai dengan pilih pakej individu.