ProTAR ini akan bermula pada 23 Mac 2023 (1 Ramadan) hingga 19 April 2023 (28 Ramadan) & Sesi Khatam Perdana pada 20 April 2023 (29 Ramadan).
ProTAR ini sesuai untuk orang dewasa peringkat umur dari 18 tahun hingga 60 tahun ke atas yang ingin khatam tadarus Al-Quran dalam bulan Ramadan bersama dengan staff, team dan rakan sekerja. Sangat sesuai bagi mereka yang mahukan penyusunan jadual ibadah yang sistematik untuk khatam dalam bulan Ramadan ini.
Satu kumpulan kami cadangkan 10 hingga 30 orang sahaja supaya semua peserta dapat membaca sehari 1-3 mukasurat dan dapat fokus kepada bimbingan guru Al-Quran.
Ya, boleh. ProTAR berlangsung pada setiap hari Isnin – Jumaat. Setiap hari hanya 2-3 jam sahaja secara online ZOOM. Anda beserta staff / team anda boleh berbincang dengan guru Al-Quran untuk menetapkan masa yang sesuai.