Tadabbur Surah An-Nisa
RM20
Disampaikan secara santai dan menarik oleh Al-Fadhil Ustaz Raffil Haziq A Rahman, imam Masjid Manjalara Kuala Lumpur.
Kuliah tadabbur Surah An-Nisa’ ini adalah kupasan kepada Surah An-Nisa , satu surah yang istimewa dengan penumpuan kepada kaum wanita . Islam memberi perhatian yang besar kepada kaum Hawa dengan mengangkatnya kepada kedudukan yang terhormat dalam masyarakat.
Walaupun namanya Surah An-Nisa, ia adalah antara surah yang sangat penting yang perlu difahami oleh orang Islam secara keseluruhannya. Ia mengandungi banyak perintah dan hukum-hukum juga ajaran bagaimana hidup bermasyarakat dengan memberi hak-hak sewajarnya kepada wanita dan anak-anak yatim terutama dalam soal pewarisan harta. Terdapat juga hukum fekah berkaitan perang dan sebagainya.
Ustaz mengupas secara details dari satu ayat ke satu ayat.
Hari: Sabtu
Waktu: Pagi – selepas Subuh (Ikut waktu yang ditetapkan oleh guru)
Guru: Ustaz Raffil Haziq A Rahman, Imam Masjid Manjalara Kuala Lumpur