Nak Solat Di R&R Tapi Ada Dua Imam, Nak Ikut Yang Mana?

KETIKA singgah di surau Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) untuk solat, mungkin kita pernah ternampak situasi ada dua kumpulan jemaah solat oleh dua imam, kan?

Dipercayai jemaah-jemaah itu mungkin tak perasan, yang mana sebelum mereka mula solat, rupanya dah ada kumpulan lain yang sudah pun mendahului.

Tak pasti jemaah A ni solat penuh (tamam) ke, jemaah B ni solat jamak/qasar ke, jadi kita pun tak tahu nak ikut jemaah yang mana. Betul tak?

Macam mana solat dua imam / dua jemaah sebegini boleh berlaku? Lebih-lebih lagi kat tempat terbuka macam surau R&R ni?

Merujuk tulisan Mufti Wilayah Persekutuan, situasi tersebut boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya adalah kekeliruan berkenaan hukum-hakam jamak dan qasar.

Contohnya, mereka yang bermusafir memilih untuk mendirikan solat jemaah baharu sedangkan ketika tu dah ada pun ada jemaah lain.

Dalam masa sama, mereka menyangka jemaah tersebut melakukan solat penuh (tamam) sedangkan mereka pula nak solat jamak dan qasar.

Kata mufti, isu ini tak sepatutnya timbul. Kenapa?

Sebab jika seseorang yang bermusafir itu masuk ke surau R&R dan perasan ada solat jemaah sedang didirikan, maka dia perlu ikut sahaja jemaah tersebut – walaupun dalam status musafir.

Kalau nak tahu penerangan lebih jelas, jom perhatikan tiga situasi kat bawah ni:

Makmum musafir muwafiq ikut imam tamam

Jika anda dalam keadaan muwafiq (ikut jemaah dari awal solat), imam pula solat secara tamam (penuh empat rakaat), maka anda perlu ikut saja imam hingga selesai seperti yang Rasulullah SAW sabdakan:

إِنَّمَا جُعِلَ الإِمَامُ ـ لِيُؤْتَمَّ بِهِ، فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا، وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا، وَإِذَا رَفَعَ فَارْفَعُوا

Terjemahannya: “Sesungguhnya dijadikan imam itu untuk diikuti. Apabila imam bertakbir, hendaklah kamu bertakbir. Apabila imam ruku’, hendaklah kamu ruku’ dan apabila imam bangun, hendaklah kamu bangun” (Riwayat Al-Bukhari, 733)

Makmum musafir masbuq & imam dah selesai solat

Manakala jika anda dalam keadaan masbuq (ketinggalan rakaat) dan imam pula dah selesai beri salam, maka anda kena terus bangun untuk selesaikan solat secara tamam.

Kata Prof. Dr. Muhammad Al-Zuhaili, “Sekiranya seseorang yang bermusafir itu mengikut imam yang mukim maka menjadi kelaziman buatnya untuk solat secara tamam. Ini kerana ia merupakan solat yang wajib untuk disempurnakan (solat penuh).”

Makmum musafir ikut imam musafir

Jelas Prof. Dr. Muhammad Al-Zuhaili lagi, kalau anda yang bermusafir ikut imam yang bermusafir juga, tapi anda tak tahu pun niat imam tu sama ada solat tamam ataupun qasar, maka anda boleh menta’liqkan niat (mengikat niat).

Macam mana ta’liq niat tu? Caranya, “Sekiranya dia (imam) qasar maka aku pun qasar, dan sekiranya dia solat tamam, maka aku pun tamam”.

Menurut mufti, pendapat paling sahih mengatakan ta’liqan tersebut adalah sah.

Kalau imam tu solat tamam, maka anda pun kena solat tamam. Kalau imam solat qasar, maka anda pun kena solat qasar. Ini sebab kerana zahir dari keadaan musafir adalah qasar.

Makmum mukim ikut imam musafir

Lain pula keadaannya kalau anda memang bermukim kat situ, kemudian anda ikut solat jemaah yang didirikan dan mendapati imam solat secara qasar. Nak solat macam mana?

Apabila imam dah selesai solat dan beri salam, anda kena bangun dan selesaikan bilangan rakaat secara penuh. Sebab apa?

Sebab anda tak memiliki syarat-syarat untuk qasarkan solat. Anda kan bermukim kat situ dan bukannya bermusafir. Jadi kenalah habiskan solat.

Dapat sesuatu? Jom amalkan.

Jom lengkapkan ilmu al-Quran anda dengan kami

Barisan guru & warga kerja Quran Pro Academy

Justeru, kami di Quran Pro Academy (QPA) berbesar hati nak ajak anda semua untuk sertai kelas-kelas al-Quran kami yang dijalankan secara online dari semasa ke semasa.

Apa yang menariknya tentang kami kat QPA?

Guru-guru yang ditampilkan adalah terdiri daripada mereka yang Hafiz & Hafizah 30 juzuk, selain lulusan bidang pengajian al-Quran dari pelbagai institusi sama ada dalam dan luar negara.

Ilmu yang disampaikan pun cukup berkualiti, bersilibus dan bermodul, malah sistem pengurusan dan pembelajaran yang profesional juga pasti akan membuatkan diri anda terasa sangat-sangat dibimbing.

Jadi jangan lepaskan peluang, jom ikuti kami melalui Facebook, Instagram, TikTok, Youtube dan Telegram bagi mengetahui informasi dan kelas-kelas terkini SEKARANG!

Nak pro mengaji? Jom..Quran Pro Academy!

Sumber rujukan & petikan: Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-283: Solat Dua Imam Di Surau Rehat & Rawat (R&R), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Baca juga: Israk Mikraj: Adakah Solat Sudah Diwajibkan Sebelum Itu?

Suka Artikel Ini?

Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *