DALAM al-Quran, hanya ada dua huruf je yang apabila ia bertanda sabdu, kita wajib baca dengan keadaan dengung iaitu nun dan mim (نّ & مّ ).
Selain daripada dua huruf disebut tadi, maaf. Tak boleh dengung ye.
Jangan keliru pulak ye dengan huruf ro dan lam bersabdu. Dua keadaan huruf ni lagilah langsung tak boleh dibaca dengung dan lama.
Dalam pada tu mungkin ada yang masih belum jelas, sebenarnya dengung ni ‘kira’ macam mana, kan? Nak kena panjang ke, pendek ke.
Untuk yang belum tahu, dengung ni kita mesti ‘naikkan’ suara ke hidung. Kalau sebut huruf tu tapi tak rasa pada hidung, cuma keluar kat mulut je, haa bukan dengung la tu.
“Habis tu nak baca dengan dengung berapa lama, ustaz?”
Satu benda yang wajib kita ingat sampai bila-bila, bila baca dengan keadaan dengung, ia mesti sepanjang dua (2) harakat je. Tak boleh lebih, tak boleh kurang.
Cuma kena perhatikan kat sini, adakah dua harakat dengung ni sama panjangnya dengan dua harakat mad? Jawapannya, tidak sama sekali.
Dua harakat dengung perlulah disahkan kadar panjangnya dengan bertalaqqi dengan guru. Kalau dua harakat mad pulak nak panjang macam mana?
Mari sini ustaz ajar panjang sebenar mad
Kalau rasa masih keliru nak baca mad dengan panjang berapa harakat, maka jomlah ikuti Seminar Cara Mudah Kuasai Panjang Pendek di Quran Pro Academy (QPA) yang akan disampaikan oleh Ustaz Izran Saaban.
Kalau anda nak tahu, Ustaz Izran akan kupaskan beberapa isu panjang pendek bacaan al-Quran yang selama ni kita mungkin tak sedar pun:-
- Berapa ye kumpulan harakat mad yang ada dalam al-Quran?
- Kenapa ada huruf mad yang tak dibaca, walaupun ia ditulis?
- Apa yang ada di sebalik tanda mad tu?
- Harakat mad yang mana satu terima tanda mad?
- Adakah setiap mad mesti akan diletakkan tanda mad?
- Macam mana pulak keadaan huruf mad yang tak terima tanda mad?
- Boleh ke tanda mad ni ada kat atas huruf bukan mad?
Seminar ini akan berlangsung secara online pada 27 Januari ini (Sabtu) dari 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari menerusi aplikasi ZOOM Online & Youtube Live dan menariknya, penyertaan PERCUMA je!
Oh ye, walaupun percuma, pendaftaran seminar ni akan ditutup pada 24 Januari (Rabu) ni jam 11 malam tau. Kena cepat-cepat sebelum terlepas.
Jadi jangan lepaskan peluang, jomlah semua sama-sama belajar dan tambah baik kualiti bacaan ayat al-Quran kita dengan mendaftar seminar DI PAUTAN INI sekarang!
Jangan lupa juga untuk ikuti kami melalui Facebook, Instagram, TikTok, Youtube dan Telegram bagi mengetahui segala informasi dan kelas-kelas terkini yang lain.
Quran Pro Academy, ketenangan bermula di sini!
11 thoughts on ““Nak Baca Huruf Dengung Ni Berapa Lama Ustaz?””
Saya nak kuasai panjang ,pendek dalam Al Quran.
alhamdulillah, boleh tekan link pada ayat ‘DI PAUTAN INI’ tu ye
saya harab ada apa saja
pelajaran yg baik saya ingin mengikuti boleh
alhamdulillah, boleh tekan link pada ayat ‘DI PAUTAN INI’ tu ye
ok. saya suka majlis Ilmu Alquran, UTK bekalan di Akhirat. terima kaseh
liza [email protected]
[email protected]
Saya berminat intuk menyertai program ini.
Belajar tajwid
Saya ingin mengetahui cara mudah Bacaan Panjang pendek dlm Alquran dan informasi lain dari QPA
Majlis ilmu yang sungguh bermanfaat.