Bayangkan betapa indahnya apabila anda dapat menghadiahkan diri anda bacaan yang baik dan hafalan surah Al-Mulk pada Ramadan tahun ini

Kini Anda Boleh Tingkatkan Kualiti Bacaan, Hafal & Fahamkan Surah Al-Mulk Dalam Masa 2 Bulan Dengan Tepat Serta Penuh Penghayatan Melalui Kelas Mastery My Al-Mulk 2023

Langkah efektif untuk yakin dengan bacaan Al-Fatihah ketika solat. Klik Play Video Di Bawah 👇🏻

Mainkan Video

Kami Faham.. Ini Antara Cabaran Anda Dalam Proses Untuk Menghafal & Menghayati Surah Al-Mulk..

Tidak Yakin Dengan Bacaan Sendiri

Tak pasti bacaan Al-Mulk selama ini betul atau tidak, panjang pendeknya, dengungnya dan lain-lain berkaitan tajwid.

Tidak Tahu Formula & Kaedah Menghafal Al-Mulk

Berkeinginan untuk menghafal surah Al-Mulk. Tetapi tidak tahu cara mulakannya dan susah untuk kekalkan hafalan.

Tiada Mentor Untuk Semak & Betulkan Bacaan/Hafazan

Bacaan dan hafazan anda tidak disemak dan dibetulkan oleh guru Al-Quran, kebarangkalian untuk salah sangat tinggi.

Tiada Guru dan Asas Bahasa Arab Untuk Tadabbur

Apabila hanya dengan membaca tafsir Al-Mulk sendirian, tanpa guru dan tanpa asas Bahasa Arab, dikhuatiri anda tersalah faham dengan maksud sebenar.

Tiada Sistem Untuk Mantapkan Bacaan, Hafal & Tadabbur

Bukan sahaja Al-Mulk, mana-mana surah Al-Quran pun memerlukan satu sistem untuk aplikasi ketiga-tiga disiplin ini. Jika tiada sistem, amat sukar untuk anda kuasainya.

Susah Keluar Rumah Untuk Pergi Belajar Mengaji

Kepenatan bekerja seharian, faktor usia atau kekangan untuk keluar rumah jadi penghalang anda mencari kelas Al-Quran dan tadabbur di luar.

Oleh Itu,

Kelas Mastery My Al-Mulk

Adalah Khas Untuk Anda..

Hafal, semak, fahami dan hayati makna disebalik Surah Al-Mulk secara menyeluruh dan terperinci agar amalan membaca surah ini dapat memberikan manfaat kepada kehidupan seharian anda, bukan hanya sekadar menjadi rutin semata-mata.

8 Sebab Kenapa Mastery My Al Mulk Menjadi Pilihan Pelajar Kami

Lebih dari 200 orang telah menyertai kelas Mastery My Al-Mulk ini dan sistem pembelajaran kelas kami telah terbukti berkesan membantu pelajar menghafal dan menghayati surah Al-Mulk.

Belajar Online, Tanpa Perlu Keluar Rumah

Sistem pembelajaran kami 100% online termasuklah bertalaqqi (baca di hadapan guru), anda tak perlu keluar dari keselesaan rumah anda.

Guru Al-Quran (Ustaz & Ustazah) Bertauliah

Guru-guru Al Quran kami memiliki pentauliahan untuk mengajar Al-Quran dan Semuanya adalah hafiz & hafizah.

Mudah, Sesuai Untuk Pelbagai Lapisan Usia

100% online malahan mudah diikuti oleh pelbagai lapisan usia. Pelajar kami dalam lingkungan umur 20-an hingga 60-an dan mereka dapat ikuti sistem pembelajaran ini dengan berkesan.

Kualiti Bacaan & Hafazan Pelajar Dijaga

Setiap bacaan pelajar disemak dan dibetulkan oleh ustaz/ustazah dalam sesi kelas ZOOM sebelum pelajar meneruskan dengan sesi hafazan.

Kelas Yang Sangat Fleksibel

Dalam seminggu ada 3 kali sesi tasmik (perdengarkan hafalan) di hadapan guru. Dan setiap sesi ada beberapa waktu pilihan. Sesi pagi, tengahari, petang dan malam. Anda bebas pilih salah satu waktu kelas untuk baca di hadapan guru, dan bebas masuk kelas-kelas lain untuk mendengar dan belajar dari bacaan pelajar lain.

Sistem Pembelajaran 3 in 1 Yang Efektif & Terbukti Berkesan

Sistem pembelajaran 3 in 1 khusus untuk kelas MMA - perbaiki bacaan (tahsin), menghafal (tahfiz) dan memahami (tadabbur). Anda akan didedahkan dengan sistem & kaedah yang terbukti berkesan yang kami telah amalkan dan diuji berkali kali untuk mendapatkan impak terbaik dalam bacaan, hafalan dan pemahaman Al-Quran.

20% Teori + 80% Praktikal

Kaedah terbukti berkesan seperti yang kami terapkan dalam kelas-kelas kami yang lain. Modul MMA 2023 mementingkan praktikal (80%) supaya pelajar lebih mudah faham.

Sijil Khatam Hafazan Surah Al-Mulk

Bagi meraikan komitmen dan pencapaian anda menghafal surah Al-Mulk, sijil khatam hafazan surah Al-Mulk akan diberikan setelah tamat dua bulan belajar nanti.

Siapa Kami Untuk Membimbing Anda Di Dalam Mastery My Al-Mulk

QURANIC PRO ACADEMY atau dikenali sebagai QURAN PRO ACADEMY (QPA) telah ditubuhkan pada 2018. Penubuhannya secara rasmi pada 26 ogos 2019 juga membuktikan bahawa pembelajaran Al-Quran secara online dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian bagi membangunkan kecemerlangan ilmu Al-Quran.

Objektif kami ialah untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional dan golongan celik Al-Quran yang mampu memimpin masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu Al-Quran dengan lebih mendalam dengan menekankan kualiti bacaan Al-Quran yang sampai sanadnya sehingga Rasulullah S.A.W.

Kesemua guru Al-Quran di Quran Pro Academy dipilih melalui tapisan yang ketat serta melalui sesi latihan dalaman. Guru-guru kami adalah merupakan mereka yang menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Mereka juga aktif menuntut dan memperbaharui ilmu Al-Quran supaya kualiti bacaan dan pengajaran mereka sentiasa di tahap yang terbaik dan optimum.

Sehingga kini, QPA telah berjaya menyebarkan ilmu Al-Quran kepada hampir 2000 orang yang mampu membaca Al-Quran dan menghafal Al Quran dengan baik.

Hampir

0
Orang Pelajar

Tenaga Pengajar

0
Orang Ustaz Al-Hafiz

Tenaga Pengajar

0
Orang Ustazah Al-Hafizah

Sejak Dari

0
Mengajarkan Ilmu Al-Quran

Guru-guru yang bakal membimbing anda nanti…

Ustazah Has

Ustazah Has melanjutkan pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Mualamat di Darul Quran JAKIM pada tahun 2012-2015. Beliau merupakan seorang guru yang terkenal dengan semangatnya ketika mengajar. Pengalaman mengajar beliau bermula dari latihan praktikal di Maahad Tahfiz Al-Aqsa, Selangor. Setelah habis praktikal beliau meneruskan kerjaya seorang guru di Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin, Kedah pada Januari 2015 hingga September 2019.

Beliau kemudiannya berpindah sebentar selama 3 bulan ke Terengganu dan mengajar di Madrasah Tarbiyyah Al-Islamiyyah Darul Hijrah. Pada tahun seterusnya, beliau mencurahkan ilmu dalam bidang tahfiz seperti sebelumnya di Maahad Tahfiz Al-Quran An-Najihah, Negeri Sembilan. Pada Ogos 2021, beliau telah memulakan khidmat sebagai tenaga pengajar di Quran Pro Academy sehingga hari ini dengan anggaran pelajar seramai lebih 150 orang dari pelbagai kelas anjuran QPA.

Ustazah Diya

Ustazah Diya melanjutkan pengajian di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra dalam bidang Diploma Tahfiz Al-Quran pada 2012-2015. Lepas habis diploma ustazah Diya mula mengajar di Maahad Tahfiz Wal Qiraat Shah Alam selama setahun. Pengalaman ustazah sebagai guru diteruskan dengan mengajar di Pra Tahfiz An Nahdhoh, Pulau Pinang.

Dengan minat dan kesungguhannya, Ustazah Diya juga pernah membuat ‘part-time’ home tuition dengan mengajar mengaji ke rumah-rumah. Beliau juga mengajar mengaji untuk golongan dewasa di pusat tuisyen Al-Quran. Pada Ogos 2019, beliau telah mula berkhidmat sebagai tenaga pengajar Quran Pro Academy yang sangat disenangi dengan anggaran seramai lebih 150 orang pelajar dari kalangan orang dewasa yang mengikuti kelas anjuran QPA.

Ustaz Ikram

Sejak dibangku sekolah lagi Ustaz Ikram telah mendapatkan pendidikan dalam bidang Al-Quran dan Tahfiz di sekolah maahad sekitar Terengganu dan Kelantan. Beliau juga berkelulusan dalam bidang Shahadah & Alim dari Madrasah Riyadhissolihin Narathiwat, Thailand dari 2013 hingga 2016. Pada 2018, beliau telah menamatkan pengajian pada peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Sebagai seorang yang telah mendapatkan pendidikan dalam bidang Al-Quran sewaktu usia masih muda, beliau telah mula menjadi imam sejak dari 2010 lagi di masjid-masjid sekitar Pahang, Kelantan dan Selangor. Dalam masa yang sama, beliau juga pernah menjadi guru tasmik di beberapa Maahad Tahfiz.

Selain itu, beliau juga pernah menyertai Pertandingan Hafazan Peringkat Negeri Kelantan pada tahun 2010, 2017 & 2020. Kini beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar Quran Pro Academy. Beliau mempunyai peribadi yang mudah mesra serta suka berkongsi cerita motivasi dengan pelajar. Dianggarkan telah mengajar seramai lebih 150 orang pelajar dari kalangan orang dewasa yang mengikuti kelas anjuran QPA.

Ini apa yang bakal berlaku dalam diri anda jika sertai Mastery My Al-Mulk 2023

Insya-Allah selepas ini anda akan rasakan perubahan dalam diri

Ini apa yang anda akan dapat bila join kelas nanti :

Rasa macam tak percaya?

Jom tengok sendiri kata-kata pelajar Kami Yang Telah Menyertai Mastery My Al-Mulk

Mainkan Video
Mainkan Video
Mainkan Video
Mainkan Video

5 Bonus Eksklusif bernilai RM390

Kami nak anda berjaya hafal surah Al-Mulk dengan lebih tersusun & sistematik.

Jadi kami berikan 5 bonus eksklusif ini secara PERCUMA untuk bantu mudahkan lagi proses pembelajaran anda!

BONUS 1

Audio Bantuan Menghafal Al-Mulk bernilai RM199

Audio bacaan dari guru akan diberikan kepada anda untuk setiap ayat, jadi anda boleh gunakan audio ini untuk mendengar dan membuat latihan sebutan berulang-ulang kali.

BONUS 2

Ebook Modul Eksklusif Mudah Menghafal Al-Mulk bernilai RM99

Buku modul ini telah disusun khusus untuk anda mengikut kelas Mastery My Al-Mulk dengan lebih efisien dan sistematik. Buku ini akan membantu anda menghafal surah Al-Mulk dengan lebih mudah dan berkesan.

(Ebook ini adalah buku digital iaitu dalam bentuk PDF)

BONUS 3

Ebook 8 Teknik Menghafal Untuk Anda Praktikkan bernilai RM40

Himpunan teknik menghafal dalam buku ini boleh anda terapkan apabila menghadapi masalah untuk menghafal. Teknik yang dikongsikan terbukti berkesan kerana didedahkan oleh guru yang telah berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran.

(Ebook ini adalah buku digital iaitu dalam bentuk PDF)

BONUS 4

Ebook Rahsia Kuat Ingatan Dari Nabi SAW bernilai RM27

Selain teknik-teknik ‘memorisation’ yang kita tahu melalui kaedah saintifik, kali ini jom kita ambil tahu apakah rahsia kuat ingatan dari Nabi SAW yang kita boleh praktikkan pula.

(Ebook ini adalah buku digital iaitu dalam bentuk PDF)

BONUS 5

Ebook 3 Cara Simple Menjaga Hafalan bernilai RM25

Setelah anda memiliki hafalan Al-Quran, ketahui bagaimana untuk anda tidak mudah lupa atau keliru dengan hafalan.Ebook ini akan mengupas 3 cara simple anda boleh lakukan untuk menjaga hafalan nanti.

(Ebook ini adalah buku digital iaitu dalam bentuk PDF)

Berapa yuran pendaftaran Mastery My Al-Mulk 2023 Ini?

Kami cuba sedaya upaya meminimakan yuran untuk anda, dalam masa yang sama memastikan kualiti Kelas Mastery Al-Mulk 2023 ini terjaga dan dapat disampaikan kepada anda dengan cara yang terbaik serta berkesan.

Kelas ini akan berjalan selama 2 bulan, anda boleh pilih pakej yang bersesuaian dengan anda.

PAKEJ SUPER

RM300
RM 220
  •  

Untuk 1 Bulan

Jimat RM80

PAKEJ ULTIMATE

RM600
RM 400
  •  

Untuk 2 Bulan

Jimat RM200

Jaminan pulangan wang.
risiko pada kami bukan anda

JAMINAN PULANGAN WANG 100% SELAMA 30 HARI

Kami sentiasa memastikan 100% penyampaian yang disampaikan dalam program kami adalah dengan kaedah yang terbaik pada harga 100% mampu milik.

Ilmu yang kami sampaikan adalah ilmu Al-Quran. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan nilai dan manfaat yang kami berikan melalui program ini, anda tetap boleh buat sumbangan ikhlas kepada misi kami untuk luaskan lagi ilmu Allah pada orang ramai.

Tetapi sekiranya dalam tempoh 30 hari selepas anda lakukan pembayaran, dan anda masih tidak dapat sesuatu anda mahukan pulangan wang dari Daurah Tadabbur Al-Mulk ini, hanya maklum pada kami dan kami akan pulangkan semula wang anda penuh 100%.

4 Langkah Mudah Mendaftar Daurah Tadabbur Surah Al-Mulk

Video Cara Mudah Buat Pendaftaran 👇

Anda boleh sahaja berlalu pergi dan teruskan kehidupan seperti biasa.

Sebulan dari sekarang pun, anda mungkin akan menjalankan kehidupan anda macam selalu dan tiada perubahan yang ketara. Banyak perkara yang anda dah menyesal tidak buat dari dulu sebelum-sebelum ni.

Ataupun anda boleh bertindak sekarang untuk tingkatkan nilai diri anda dengan mengamalkan surah Al-Mulk dengan bacaan dan hafalan yang betul serta menghayati tadabbur surah ini jadi anda bukan hanya sekadar membacanya sahaja selepas ini.

Psst..Jika bukan hari ini, bila lagi nak belajar kan?

Soalan yang Sering Ditanya

Kelas Mastery My Al-Mulk ini akan bermula pada 6 Februari 2023.

Pelajar kami dari peringkat umur dalam lingkungan 20-an hingga 60-an dapat ikuti sistem pembelajaran kelas ini dengan berkesan.

InsyaAllah rakaman kelas kuliah akan disediakan untuk pelajar.

Tuan/Puan boleh buat pendaftaran dengan menekan butang “DAFTAR SEKARANG’’.

Kelas akan berjalan secara berkumpulan kecil iaitu 5 orang sahaja. Tetapi bacaan seorang demi seorang dan disemak dengan teliti oleh guru.

Kebiasaannya memang kami letak pelajar perempuan di bawah ustazah manakala pelajar lelaki dibawah ustaz.