LAMAN akses 3 panduan
berkaitan al-fatihah

Video Tadabbur Al-Fatihah (P.U Yusof)

Secara eksklusif di dalam video ini, kami tampilkan P.U Yusof bagi menghuraikan maksud tersurat dan tersirat ayat demi ayat di dalam surah Al-Fatihah. Selepas tonton video ini, In sya Allah anda dapat menghayati dengan mendalam makna disebalik setiap ayat apabila setiap kali membaca surah Al-Fatihah di dalam ibadah khususnya ketika solat.

VIDEO Kuliah Fiqh Fatihah (Masalah Muafiq & Masbuq)

Masyarakat kita masih ramai yang keliru tentang permasalahan ini. Di dalam sesi kuliah fiqh Fatihah ini, Ustaz Afif akan menjelaskan maksud muafiq & masbuq, dan kaitannya dengan hukum bacaan Al-Fatihah ketika solat berjemaah. Disertakan dengan contoh situasi yang sering berlaku ketika solat berjemaah berkaitan permasalahan ini supaya lebih jelas.

Qiraat 10 Mutawatirah: Variasi Bacaan Dalam Surah Al-Fatihah

Ada banyak variasi bacaan Al-Fatihah yang juga diiktiraf dan diajar oleh nabi kepada para sahabat berdasarkan 'loghat-2' mereka. Dalam video ini Ustaz Ikram akan memperkenalkan kepelbagaian bentuk bacaan dalam bacaan surah Al Fatihah secara teori dan praktikalnya berdasarkan imam-imam yang meriwayatkan bacaan tersebut. Seterusnya kita akan mengetahui cara bacaan imam-imam Qiraat selain dari Hafs an Asim.