Khusus Untuk Anda Yang Baru Bermula Belajar Membaca Al-Quran..

Fahami & Kukuhkan Ilmu Asas Al-Quran Dengan Lebih Tersusun, Mudah & Cepat Melalui Kelas Asas Celik Al-Quran

Anda Ingin Membaca Al-Quran, Juga Mahu Belajar Cara Membaca Al-Quran

Tetapi Menghadapai Cabaran Ini..

Tidak Pasti Sebutan Huruf Serta Baris

Terlupa & tidak pasti dengan cara sebutan huruf Al-Quran dan bacaan baris pada huruf dengan betul.

Keliru Sambungan Huruf Serta Panjang Pendek

Kadangkala anda tidak faham apabila lihat sambungan huruf dan tidak mahir mengenal tanda bacaan panjang pendek di dalam Al-Quran.

Malu Berjumpa Guru Atas Faktor Usia

Perasaan malu untuk berjumpa berdepan dengan guru kerana anda baru belajar membaca Al-Quran walaupun sudah berusia.

Susah Keluar Rumah Untuk Pergi Belajar Mengaji

Tidak dapat untuk keluar rumah atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan jadi penghalang anda mencari kelas Al-Quran di luar.

Jadual Kerja Yang Padat & Tidak Menentu

Anda bekerja secara syif, jadual sentiasa berubah buatkan anda tidak dapat menghadiri kelas mengaji yang diadakan.

Tiada Mentor Untuk Ajar, Semak & Betulkan Bacaan

Jika ada pun, sangat sukar untuk mencari mentor atau guru yang mengajar bermula daripada asas Al-Quran untuk orang dewasa.

Dan Mungkin Anda Juga Ingin Menghadiahkan Pahala Bacaan Al-Quran Kepada Arwah Ibu Bapa Atau Keluarga Tersayang..

Tetapi Tidak Mampu Melakukannya.

Beri Peluang Kepada Diri Anda Untuk Belajar Melalui..

Kelas Asas Celik Al-Quran Siri 1 Sesi Oktober 2020 (KACAQ)

Belajar Online, Tanpa Perlu Keluar Rumah

Sistem pembelajaran kami 100% online termasuklah bertalaqqi (baca di hadapan guru), anda tak perlu keluar dari keselesaan rumah anda.

Guru Al-Quran (Ustaz & Ustazah) Bertauliah

Guru-guru Al Quran kami memiliki pentauliahan untuk mengajar Al-Quran dan Semuanya adalah hafiz & hafizah.

Mudah, Sesuai Untuk Pelbagai Lapisan Usia

100% online malahan mudah diikuti oleh pelbagai lapisan usia. Pelajar kami dalam lingkungan umur 20-an hingga 60-an dan mereka dapat ikuti sistem pembelajaran ini dengan berkesan.

20% Teori + 80% Praktikal

Kaedah terbukti berkesan seperti yang kami terapkan dalam kelas-kelas kami yang lain. Modul KACAQ dilengkapi dengan banyak latihan untuk meningkatkan kefahaman pelajar.

Kelas Yang Sangat Fleksibel

Setiap Isnin, Rabu & Jumaat ada 2 sesi ZOOM - sesi pagi atau malam. Anda bebas pilih salah satu kelas untuk belajar dan baca di hadapan guru, dan bebas masuk lagi satu kelas untuk mendengar dan belajar dari bacaan pelajar lain.

Buku Modul Pembelajaran Disediakan

Kami menghasilkan modul khusus ilmu asas Al-Quran untuk kelas ini. Pelajar akan dibekalkan dengan buku modul pembelajaran (format pdf) yang boleh dicetak untuk memudahkan sepanjang proses pembelajaran ini berlangsung.

Bagaimana Sesi Pembelajaran Kelas Asas Celik Al-Quran Siri 1 Ini Berjalan?

1

Mentor Anda

Untuk memastikan pembelajaran lebih berkesan, anda akan dimasukkan ke dalam kumpulan kecil di bawah seorang mentor (guru Al-Quran bertauliah) sepanjang sebulan kelas ini berlangsung.

2

Tahsin Bacaan LIVE

Setiap kali memulakan kelas ZOOM. Guru akan mengajar / tahsin terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan sesi tasmi' (guru akan semak bacaan pelajar)

3

Sesi Kelas ZOOM

Anda hadiri kelas online melalui aplikasi ZOOM setiap Isnin, Rabu & Jumaat untuk belajar ilmu asas Al-Quran mengikut modul yang ditetapkan. Masa fleksibel jadi anda bebas memilih antara sesi pagi atau malam.

4

Latihan Pemantapan

Seterusnya, anda akan diberi latihan bertujuan untuk memantapkan pemahaman anda. Anda perlu menyiapkan dan menghantar tugasan kepada mentor anda untuk semakan.

6

Ulang & Ujian

Kelas bersambung dengan video tahsin yang berikutnya (langkah 2) dan turutan diteruskan hingga pada hujung bulan diakhiri dengan ujian bagi menguji tahap penguasaan anda terhadap modul yang telah dipelajari.

Modul Pembelajaran Kelas Asas Celik Al-Quran Siri 1 (Sesi Oktober 2020)

1

Mengenal Huruf Hija'iyah

2

Sebutan Huruf 1 Baris

3

Sebutan Huruf Bersambung

4

Sebutan Mad (Panjang)

5

Sebutan Huruf 2 Baris (Tanwin)

1

Nun Sukun atau Tanwin

2

Huruf Muqotto'ah

3

Bacaan Idgham

4

Latihan Bacaan Surah Pilihan

1

Nun Sukun atau Tanwin

2

Huruf Muqotto'ah

3

Bacaan Idgham

4

Latihan Bacaan Surah Pilihan

1

Nun Sukun atau Tanwin

2

Huruf Muqotto'ah

3

Bacaan Idgham

4

Latihan Bacaan Surah Pilihan

Detail Kelas Asas Celik Al-Quran Siri 1 (Oktober 2020)

Testimoni Dari Pelajar Kami

Ikhlas dari hati saya rasa sangat bersyukur dan mendapat manfaat dalam kelas combo ogos yg bru habis baru2 ni. Allah buka jalan untuk cari keredhaanNya. Moga saya terus istiqomah.Selepas saya khatam Quran 1995, ini first time saya berguru semula. Sebelum ni saya baca sendiri dan ikut tadarus Quran bila kelapangan😍Dalam kelas ini ada 3 guru, ustaz nan, ustaz man dan ustazah diya.Sesi Ustazah Diya saya paling suka dan selesa sebab saya x berapa rasa malu. Hihi.Manfaat terbesar yg dpt dari kelas ni, jiwa saya tenang dengan Al Quran n cita2 saya nak jadi penghafal AlQuran biarpun saya rasa saya sudah semakin tua. in syaAllah belum terlambat kan.InsyaAllah sy akan sambung lagi kelas bulan september ini., sbb sy dapat mengikuti bacaan yang betul dari segi tajuid n sebagainya. Dan paling pnting ada guru memandu sayaSaya akan cuba cari rakan n sahabat dan komen saya kelas ini adalah bekalan untuk kita meningkatan kualiti bacaan Al Quran❤
Zaharah Mat Jusoh
Alhamdulillah happy dan rsa enjoy ja bljr mengaji. Tak rasa terpaksa. Mmg sronok dan xsabar stiap kali kelas.Sesi tasmi' live. Dlm xsedar, blh mnghafal byk ayat. Rsa bgga dgn diri sndiri. Sebelum live, kna bt preparation yg rapi n kita akn buat dlm xsdar. Mksudnya, sy akn baca dlm solat, baca msa masak, baca masa nak tido. Jd benda tu bg sy 1 benda yg sgt best dan melatih diri utk jd yg terbaik.Kesan n mnfaat sy dpt ialah kesedaran baca AQ dgn tajwid dan tartil adlh lbh smpurna dan lbh seronok bbnding sekadar baca tanpa bljar tajwid. Wlopon sy tak teruskan utk combo sept sbb dah nak hampir bersalin, tp sy msih igt ajaran ustaz dan cuba baca AQ sebaik mgkin. ☺Join kelas ni xrugi dan akn dpt improve bacaan hari demi hari. Dan akn latih kita jd hamba yg istiqamah dgn AQ.Sy dh recommend kelas ni pd ramai kwan since sy msih dlm combo ogos. Sy cakap, masa bukanlah 1 kekangan utk join kelas. Guna fon saja dh blh mengaji dgn betul dan berguru tu yg penting. Masa ikot fleksibiliti jd blh pilih ikot keselesaan. Tiada paksaan. ☺Setakat ni okay ja service yg QuranPro Academy ketengahkan. From zero to hero, from nothing to something at least, giteww ☺🍓
Ain Intanpayung
Alhamdulillah happy dah hbis kelas combo julai.. Saya suka sesi tahsin juzuk dn hfzn .. Kesan nya sy dpt improve makhraj dn sifat huruf dgn lebih baik. Itu yg sy rsa sbb sblum ni bacaan sy biasa2 je.. Wpun bertajweed tpi x sepenuhnya.. Bila dh tahsin dgn ustaz bru sy rsa kena betul2 buat n x bleh main tngkp muat shja utk baca AQ..Manfaatnya buat msa bru sebulan sy join ni sy lbih berdisiplin utk menghafaz 😅Sy mmg sdng mncari guru utk bertalaqqi.. Byk je kat tmpt sy ni.. Tpi x bleh nk commit utk g kelas.. Bila terjumpa dlm fb group ni.. then sy wsp la ustaz..mmg bln july lpas utk trial shja😁Sy confident n nk smbung lgi sbb rasa xcited utk bljr lbih mndlm.. Dn klu ada rezeki(kewangn n kesihatan) akn smbung utk bln2 sterusnya smpi habis 30 juzuk..lgipun sy tgok rmai student ustaz yg dh bljr start sthun yg lpas.. jdi xde problem rasanya nk truskan pengajian.. Terima kasih ustaz ats tnjuk ajar..
Rozita Mohd Kamal
ALHAMDULILLAH... Mama happy dipertemukan dgn kelas online ustaz.. tanpa sedar ianya membantu mama improvekan lagi bacaan mama yg sebelum ni agak payah dan lambat..Syukur, sekarang ni mama lebih yakin utk terus mbaca, rasa mkin lancar dan semakin nmpk ada kemajuan.Personal Intensive class pling mama suke.. Sbb ustaz boleh bg tumpuan lebih pd bacaan mama..teguran yg lebih tepat pd tiap kesilapan bacaan dan ustaz akan beri peluang utk mama mengulang ayat tersebut sampai betul dan lancar..Secara tak langsung, mama jd lbih banyak masa & akrab dgn AlQuran..sbb mama akan pastikan bgun 4 pg tiap hari utk mengulang bacaan semalam dgn bantuan ulangtayang video rakaman semalamnya dan menambah bacaan baru..Syukur mama boleh hafal surah al-kahfi 10 ayat awal dan akhir dgn.kaedah online ustaz Sekarang ni dlm kereta.. mama asyik baca hafalan je..Bermula dr pelajar yg lemah mama berazam utk jadi pembaca yg berjaya khatam quran dgn kaedah ustaz.. Sbb cara ni boleh disiplinkan mama baca atleast 2 mukasurat yg baharu sehari..dgn pemantauan bersungguh dr seorg guru pakar..Kalau ada yg tanya kenapa ya mama suke kaedah ni..? 1.Masa fleksibel 2.Kelas depan mata 3.Bimbingan mesra & berkesan 4.Yuran istimewa 5. Gurunya mmg pakar & bsemangat 6.Bantuan Video, audio dan rakaman semula mmg sangat mbantu 7.memang tak rugi
Zareyn Zarina
Alhamdulillah, seronok berada dlm kelas combo jun lepas, masa yg fleksibel iaitu bole pilih masa yg sesuai... Satu sesi yg sy suka adalah sesi talaqqi samada sy sendiri @ turn sahabat lain, bacaan disemak oleh ustaz, kita sedar mana kesilapan bacaan dan bacaan sahabat dlm group...Alhamdulillah, sy jadi lebih peka dari segi tajwid dan makhraj ..., cth,bunyi desiran, qalqalah...Sy confident nk join lagi sbb sy yakin ustaz Afnan ni seorang yg ikhlas dlm membantu org2 spt sy utk 'pro' insya Allah dlm Al Quran..Insya Allah sy akan recommend kelas ni kat org lain sbb masa yg fleksibel, kalau kita kurang mahir membaca orang pun tak tahu sbb kelas di alam maya...masa yg fleksibel...dan sy yakin ustaz Nan akan membimbing kita semua...insya Allah....
Maslita Mamad
Bersyukur pada Allah temukan saya dengan kelas online ustaz Afnan. Kelas yang saya seronok sekali ialah kelas combo.Kita dapat menghafal surah pilihan dan tahsin live dengan ustaz. Sebelum sesi tahsin,ustaz sudah share audio hafazan dan video cara bacaan bertajwid dan makhraj yang betul.Sebelum waktu tahsin dengan ustaz, saya duduk pulun meroja'ah. Waktu ini yang saya suka,kerana saya tiada masa hendak buang masa buat perkara yang lara. Mata dan telinga pon dijaga dari segala maksiat, takut tidak boleh menghafal.Sejak join kelas ustaz,cinta saya pada al quran mendalam dan sekarang saya dapat istiqomah membaca al quran selepas solat dan masa2 terluang saya. Quran is my new toy...sahabat di dunia dan akhirat saya..in shaa Allah saya akan terus mengikuti kelas ustaz seterusnya kerana banyak lagi ilmu yang saya kena ceduk hingga menjadi ahllullah. Bila orang tanya ..ok ke belajar guna online..? ustaz tak nampak bibir kita semasa membaca..? Alhamdulillah guru saya mahir Al Quran, dengan dengar bacaan kita,dia tau di mana letak lidah kamu dan kamu tidak akan menjadi pembaca yang syuk sendiri..In shaa Allah saya berani rekemen pada siapa2 pon kelas ini. Cuma perlu ada internet sahaja. Alhamdulillah.
Siti Jamilah
Secara overall saya sangat happy dan seronok belajar dgn Ustaz Nan. Ustaz Nan sangat bersantun, lemah lembut dan menghormati kami yg kebanyakannya jauh lebih tua dari Ustaz. Tak pernah sekalipun Ustaz keluarkan perkataan yg tidak sopan atau berunsur sindiran.Dalam banyak2 sesi, saya suka talaqi, dapat perbaiki bacaan. Ustaz Nan sharp, cepat jea tangkap bila salah baca 😅Rasa seronok dapat baca Qur'an hari2. Modul pengajaran Ustaz pun sangat berkesan. Pelajar dibekalkan dgn video tahsin terlebih dahulu sebelum sesi talaqi dan hafazan. Boleh catat dalam mushaf masing2 dan berlatih dahulu sebelum masuk kelas.Tahsin buat kami lebih bersedia dan ia sangat membantu memperelokkan dan memperbaiki bacaan. Alhamdulillah, secara keseluruhannya, kelas bimbingan Ustaz sangat memuaskan. Memang Awesome!!! 👍👍👍♥😍 Aiwah !!!Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kpd Ustaz...Teruskan usaha Ustaz . Semoga Allah memberkati Ustaz n family. Misi Kita biarlah baca Qur'an ini menjadi budaya kita. Semoga Ustaz n team dapat melahirkan generasi Al Quran yg cemerlang. Tak kira apapun kerjaya mereka, mereka menjadi penghafaz Qur'an... In syaa Allah.
Sally Lea Morris
Alhamdulilah saya merasa lebih yakin dengan bacaan saya. Terus berlatih untuk perbaiki bacaan in InsyAllah dan dapat lebih menghayati dan mendekati Al-Quran. Memang rasa sangat bersyukur dan puas hati, gembira dapat belajar bersama2 Ustaz Nan dan rakan2 yang sama2 belajar dalam group wasap yang dipimpin oleh Ustaz Nan
Puan Zaidah
Jasa Ustaz priceless tak dinilai dengan wang ringgit. Saya bersyukur Allah pertemukan saya dengan Ustaz. Cita-cita saya nak hafal Surah Almulk berjaya dengan bimbingan ustaz.
Saliah
Sgt2 bersyukur dipertemukan dgn kelas combo ini. Cuti bbrpa hari sebelem start kelas september ni buat saya terasa rindu pd klasSemuanya sesi dalam kelas saya suka.. Yg pling suka wpun mendebarkan adalah hafalan.Dapat baiki sebutan n bacaan yg sebelum ni mkcik perasan dah betul 😂Kaedah pengajaran ustaz... Tunjukkan dahulu cara sebutan dan bacaan yg tepat.. Beri peluang mkcik baca secara 'bertalaqqi musyafahah' dan Teguran yg lembut berhimah sgt disenangi.Mkcik yakin cara yg begini dapt mndorong mkcik n sahabat2 utk terus bersama dn dpt khatam al quran.Untuk yg nak betulkan bacaan. Jom join kelas ini.. Boleh berinteraksi di mana2 😊😊.Terima ustaz Nan, ustaz Man n Utzh Diya... Semoga Allah beri kekuatan utk terus membantu masyarakat muslim utk dekati,, dampingi, cintai ayat2 suci Allah... Semoga Allah berkati hidup mu nak...
Maimun Aziz
Alhamdulillah dah habis kelas combo Julai ni. Rasa puas hati walaupun saya sendiri yang darah gemuruh dan dalam keadaan tertekan.Saya suka dengar bacaan ustaz, jelas. Tahsin pun seronok sebab boleh tahu silap kita. Lagi pun santai je dan tak push.Dulu teringin nak hafal surah al mulk ni bila kawan2 cakap mereka dah hafal. Macam rasa susah. Tapi bila dah join kelas ni, rupanya ada kaedah mudah untuk hafal. Cuma perlu kesungguhan. Bak kata ustaz, dah boleh ganti bacaan dalam solat. Itu yang saya cuba praktikkan. Selain itu dapat kenal ahli2 grup dan saling memberi semangat.Mula2 memang tak yakin, malu pun ada. Tapi, kalau tak cuba tak tahu. Bak kata omputeh, there's always a beginning to everything and no pain, no gain. Kadang2 saya pulak yg rasa bersalah sebab mungkin tak sempurna. Tapi, Ustaz pun tak jemu2 membimbing kami, kan.Insya allah, saya recommend kelas santai ni pada yg lain. Ini yg termampu saya buat. Lagi pun kelas ni flexible dan tak stress, cuma sendiri yang stress😁😁😁. Tq ustaz and all the best. Teruskan usaha murni ini. Mama sentiasa menyokong.🌹🌹🌹
Fauzi Hanim
Secara jujurnya saya happy join class combo julai, ustaz ajar melalui video tahsin memberi kesan untuk saya mempraktik dlm bacaan saya..Sblm ni saya rasa dah hebat tentang tajwid... Sebaliknya banyak lagi yg prlu saya pelajari... Saya suka dua2 klas tahsin dan hafazan rasa bersemangat untuk membaca dan menghafal...Saya dah recommend pada menantu saya.. Buat masa sekarang saya ini kelas yg terbaik.. Saya mencari pembaharuan dlm mempelajari ilmu tajwid.. Sbb tu ibu cuba memasuki kelas ni.. Dan ianya sangat berkesan.. Alhamdulillah.. In shaa Allah saya akn terus kan hingga saya berjaya membaca tanpa ada kesalahan.. Terima kasih ustaz nan yg banyak membantu.. 🤗
Rahimah Md Ali
Alhamdulillah.. Syukur sangat Allah jemput utk menjadi ahli keluarga kelas Ustaz Nan... tak kisah kelas combo, tajwid, tadarus.. semua pun bagus... Happy sangat 🥰...Sesi yg paling suka.. bila dapat join zoom bersama2 ustaz dan sahabat2 yg lain. Kalau tengah sedih ke.. penat ke.. join. Kalau tak baca pun.. blh dengar. Yg penting nak bersama2 orang2 yang istiqamah dan berjuang seharian dalam membaca quran dan hafal quran...Baca sendirian.. kurang disiplin dan kurang motivasi. Makcik rasa.. ustaz mainkan peranan besar supaya kami terus istiqamah dan bersemangat nak belajar dan hafal quran.. Kawan2 pun turut beri aura dan kesan yang sangat positif sebab kita tak rasa bersendirian .. mcm ada sahabat sentiasa yg ada halatuju yang sama...Teguran live dari ustaz.. dapat baiki bacaan saya dari hari ke hari. Bila baca hari ke hari.. sentiasa cuba untuk perbaiki bacaan. Dan boleh juga perbaiki bacaan dengan mendengar bacaan kawan2 yang lain. Seronok dgr suara dan lagu, lenggok alunan ayat quran yang pelbagai...Walaupun ada kelas2 mengaji yang lain, makcik kerja dan berniaga.. dan tak dpt hadir semua kelas di masjid dan kelas mengaji kat sini. Jadi, masih perlu mengaji online utk topup balik kelas2 yg tertinggal...Sy memang recommend kelas ni pada semua untuk sentiasa berdamping rapat dengan Al-Quran. Ustaz Nan memang sangat fokus dan tak buat kerja separuh jalan serta sentiasa follow up perkembangan kami. Moga kita juga sambut dengan semangat yang sama In syaa Allah...Semoga Ustaz dan team terus maju jaya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa ustaz mengajar kami...
Zaidah Mohamad
Jujur umi ckp...sgt happy n bersyukur dpt join class ni.. bertemu dgn ustaz yg baik, peramah n prihatin dgn ank muridUmmi paling seronok sesi tahsin zoom... dpt membaca, mghafal bersama ustaz secara live.. Dri x thu apa2 tntg tajwid, huruf n makhraj, cara baca pnjg pendek, dengung x dengung.. alhamdulillah wlupun masih merangkak rangkak mmbacanya.. trime ksih byk2 ustaz .Umi sgt comfident dn akan truskn kelas lg sbb umi yakin.. in syaa Allah dgn izinNya serta bimbingan ustaz n team nanti, umi akn berusaha utk menjadi hafizah wlupun usia nenek2... Insyaa Allah..Ustaz menggunakan teknik2 pengajaran n penghafalan yg sesuai dgn semua peringkat umur.. Semoga Allah bg kekuatan utk ummi meneruskan class bersama team ustaz nanti...
Reyna ZM
Assalamualaikun semua. Saya nak share sikit pengalaman saya ikuti kelas ustaz nan.Alhamdulillah.. Kalau dulu, masalah saya bila nak menghafal ni, saya hafal sorg2 je. X de guru yg nak pantau.Tp bila ada guru ni, ust nan boleh pantau bacaan kita, boleh betulkan bacaan kita, dan yg plg best, boleh dengar dlu cara bacaan guru dn boleh tgk tanda2 tajwid dalam video tahsin.Sy join kelas ni pun mmg niat nk ada guru, bayaran yuran pun mampu bayar dn rasa sgt berbaloi.Alhamdulillah skrg sy dah dpt hafal sural al-mulk, rasa seronok sgt, dan berazam nak hafal surah2 lain pula. Doakan saya ye.Dlm kelas ni nanti, ust nan akan tegur kita yg mana silap, dari situ kita tahu dan ingat ayat mana yg silap dan mcm mana cara baca yg betulnya.Kelas ni juga sgt jimatkan masa sy, boleh baca masa memasak ataupun dalam kereta jer.Saya nak ajak kawan2 yg belum join untuk cuba join dan beri peluang pd diri, bayaran yuran nya sgt berpatutan, kita dpt menghafal dgn guru yg bertauliah dan cara ust nan ajar memang sgt senang di fahami.Cuba try dulu 😉
Ruhani Mahmod
Alhandulillah...sykur kpd Allah swt kerana makbulkan doa kak nk ulangkaji al quran. Happy sgt sbb rasa confident ngaji dengan tajwid yg betul walaupun kekadang terbabas...Allah luangkan juga masa utk ngaji dan disiplin walaupun ada kekangan dgn tugas seharian.Sesi ngaji mlm paling best sbb dh free..n teguran ustaz smasa live byk manfaat buat kak utk improve bacaan al quran.Manfaat dan nikmat rasa confident ngaji dgn tajwid yg betul. 1 hari tak ngaji rasa ada sesuatu yg tak kena dlm diri kak. Sgt bermotivasi...on laptop je mesti youtube ngaji...niat pahala buat ibu ayah...ank2...Rasa ngaji semakin mantap...Kak suka klas online ni sbb memudahkan...duk di rmh je atau mana2...asalkan ada hfon or laptop.Tq ustaz. Teruskan usaha demi memartabatkan al quran kepada semua generasi. Al quran peneman di alam sana...semoga usaha murni ustaz membawa pahala buat keluarga menuju jannah😊 aamiin
Ida Huwaida
Program ini sangat baik untuk orang seperti saya yang agak sibuk dalam kerjaya sebagai seorang pendidik. Kesungguhan ustaz mengajar memberi semangat kepada kami untuk belajar
Jamilah Dolah
Kelas talaqi dibawah pimpinan Ustaz Afnan ini dapat tunjuk ajar secara live tahsinnya dan sangat jelas penerangan yang diberi
Mohd Nasri Saad
Kelas menghafal quran online juga lbh 'convenient' sbb bh menghafal & merujuk bahan-bahan hafazan pada masa kita sendiri. Tiada alasan masa atau kesukaran untuk pergi ke kelas
Mazlina
Jujur umi cakap sangat happy dan bersyukur dapat join class ni. Bertemu dengan ustaz yang baik, peramah and prihatin dengan anak murid. Ummi paling seronok sessi tahsin zoom dapat membaca, menghafal bersama ustaz secara live.
Ummi Zarina

Berapakah Yuran Kelas Asas Celik Al-Quran Siri 1 Ini?

Kami cuba sedaya upaya meminimakan yuran untuk anda. Ianya bertujuan bagi menampung kos-kos seperti pengurusan website, sistem serta beberapa kos berkaitan.

Dalam masa yang sama memastikan sesi kualiti Kelas KACAQ ini terjaga dan dapat disampaikan kepada anda dengan cara yang terbaik serta berkesan.

RM 200
  • Kelas dari 2 Oktober hingga 28 Oktober 2020
  • Akses video & audio tahsin dari guru
  • Bebas masuk mana-mana sesi ZOOM untuk belajar dari guru dan bacaan pelajar lain
  • Unlimited access untuk bertanya sebarang soalan berkenaan tajwid
  • Terlibat dengan tugasan/latihan dan disemak oleh guru
  • Terlibat dengan ujian akhir
  • Pelajar dipantau perkembangan oleh guru

Kesemua pakej layak menerima 3 Bonus Istimewa:

3 Bonus Istimewa Untuk Anda

Ebook 8 Teknik Menghafal Untuk Anda Praktikkan

Ebook Rahsia Kuat Ingatan Dari Nabi S.A.W

Ebook 3 Cara Simple Menjaga Hafalan

Ebook 10 Adab Baca Al-Quran Dengan Telefon Bimbit

Ebook 27 Kesalahan Lazim Surah Al-Fatihah

Ebook Nota Mini Tajwid

Kesemua pakej layak menerima 3 Bonus Istimewa:

3 Bonus Istimewa Untuk Anda

Ebook 8 Teknik Menghafal Untuk Anda Praktikkan

Ebook Rahsia Kuat Ingatan Dari Nabi S.A.W

Ebook 3 Cara Simple Menjaga Hafalan

Ebook 10 Adab Baca Al-Quran Dengan Telefon Bimbit

Ebook 27 Kesalahan Lazim Surah Al-Fatihah

Ebook Nota Mini Tajwid

Kelas Ini Dipimpin Oleh 2 Orang Guru Al-Quran Bertauliah

Ustaz Asyraf

Ustazah Yana

FAQ
Soalan Lazim Yang Sering Ditanya

Seperti namanya, kelas ini bertujuan membimbing mereka yang tidak tahu membaca Al-Quran, tetapi ada keinginan untuk belajar Al-Quran. Pelajar diajar dari paling asas bermula mengenal huruf.

Pembelajaran melalui kelas ini adalah lebih cepat disebabkan modul yang disusun dengan sangat tersusun & sistematik.

Pelajar juga dibimbing oleh guru Al-Quran yang bertauliah, dipantau perkembangan dan menduduki ujian akhir untuk melihat prestasi & menguji tahap penguasaan terhadap modul yang dipelajari.

Jika pelajar mengikuti kelas ini selama 3 bulan berturut turut, In Sha Allah pada bulan keempat pelajar sudah boleh membaca Al-Quran dengan tahap sederhana dan bersedia untuk ke kelas peringkat seterusnya, iaitu Kelas TEM (Tahsin Exclusive Mentoring)

Anda boleh menghubungi Syafiqah di nombor 011-59428083 untuk dapatkan khidmat nasihat dan rekomendasi.

Ya, masa sangat fleksibel. Ada 2 slot setiap kali hari kelas – pagi dan malam. Anda boleh pilih salah satu slot yang sesuai dengan kelapangan anda.

Ya sesuai. Modul dan sistem pembelajaran yang kami bentuk untuk kelas ini sememangnya dibangunkan untuk orang yang sibuk.

Kelas ini akan berlangsung selama satu bulan, iaitu dari 2 Oktober hingga 28 Oktober 2020

Setiap sesi kelas online ZOOM adalah selama 1 jam 30 minit.

Ya, anda akan diajar tajwid. 20% teori dan 80% praktikal.

Ya boleh. Jika anda hanya mempunyai smartphone yang ada internet, ini sudah memadai.

ZOOM ini adalah seperti anda buat video call atau skype.

Di dalam sesi ini, guru akan mengajar modul yang telah ditetapkan dan pembelajaran berlaku secara dua hala. 

Jadi anda boleh berinteraksi di dalam sesi ni seperti bertanya soalan dan guru akan membimbing anda.

Sebaik baiknya perlukan talian internet yang laju/kuat. Tetapi jika sederhana pun sudah memadai.

Kedua duanya. Tenaga pengajar kami terdiri dari seorang ustaz dan seorang ustazah.

Sila klik di sini, dan tekan butang ‘Daftar Sekarang’ pada pakej pilihan anda. Selepas itu, anda akan dibawa ke borang pendaftaran. Pilih kuantiti pakej, masukkan butiran anda, dan lakukan pembayaran ke nombor akaun bank Quranic Pro Academy yang diberikan.