Maaf, Pendaftaran Telah Pun Ditutup

masa pendaftaran hanya tinggal:

Hari
Jam
Minit
Saat

Rasa Segan dan 'Kerdil Diri Ini' bila tak dapat Mengaji Al-Quran Dengan Lancar? Teringin Nak Mengaji Lancar Macam Orang lain..

Umur dah meningkat, tapi masih struggle untuk mengaji dengan Baik

Tak pasti tajwid yang betul

Tak tahu sebutan huruf yang tepat

Takut masih membuat kesalahan dalam bacaan Al-Quran

4 Sebab Kenapa Anda Sukar Untuk Mengaji Al-Quran Dengan Baik & Lancar

Khas Untuk Mereka Yang Nak Belajar Ilmu Bacaan Al-Quran Daripada Asas, Nak Mahir Sebutan Huruf Dalam Masa 6 Bulan!

Tonton Video Ini Bagaimana Kami Boleh Bantu. Klik Play👇🏻

Pengambilan Pelajar Untuk
Sesi julai - ogos 2023

KINI DIBUKA

Lebih

Orang Pelajar
0

Tenaga Pengajar

Orang Ustaz Al-Hafiz
0

Tenaga Pengajar

Orang Ustazah Al-Hafizah
0

Sejak Dari

Mengajarkan Ilmu Al-Quran
0

Tak Perlu Malu Untuk Berguru Atau Jangan Risau Jika Anda Sibuk Bekerja..

baca Al-Quran dengan lancar dengan tajwid yang betul dalam masa 6 bulan melalui Kelas Celik Al-Quran!

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Mendaftar Ke Kelas Celik Al-Quran (KACAQ)

Guru Al-Quran (Ustaz & Ustazah) Bertauliah

Guru-guru Al Quran kami memiliki pentauliahan untuk mengajar Al-Quran dan Semuanya adalah penghafal Al-Quran 30 Juzuk.

Mudah, Sesuai Untuk Pelbagai Lapisan Usia

100% online malahan mudah diikuti oleh pelbagai lapisan usia. Pelajar kami dalam lingkungan umur 20-an hingga 60-an dan mereka dapat ikuti sistem pembelajaran ini dengan berkesan.

Teori & Praktikal

Kaedah terbukti berkesan seperti yang kami terapkan dalam kelas-kelas kami yang lain. Modul KACAQ dilengkapi dengan banyak latihan untuk meningkatkan kefahaman pelajar.

Rakaman Disediakan

Anda tak perlu risau ketinggalan kerana setiap sesi mempunyai rakaman dan akan diberikan kepada pelajar.

Modul Pembelajaran Yang Proven & Eksklusif

Pelajar akan dibekalkan dengan modul pembelajaran (format pdf) & audio bantuan sebutan huruf Al-Quran untuk membantu dan memudahkan sepanjang proses pembelajaran berlangsung nanti. Dah lebih 500 orang berpuas hati dan berjaya baca Al-Quran dengan lebih sempurna selepas menggunakan modul ini.

Sijil Graduasi Kelas Asas Celik Al-Quran

Anda akan dianugerahkan Sijil Graduasi Kelas Asas Celik Al-Quran selepas tamat sesi 6 bulan lengkap program ini. Menunjukkan yang anda sudah pun mempunyai ilmu asas tajwid dan bacaan Al-Quran yang kukuh dan mantap.

Bagaimana Sesi Pembelajaran Kelas Asas Celik Al-Quran Ini Berjalan?

Info kelas ASAS CELIK AL-QURAN

julai - ogos 2023

(Mulai 19 julai)

Kelas TEORI & Praktikal

Modul kelas asas celik al-quran

Bulan Pertama & Kedua

  • Mengenal tulisan huruf Hija’iyah
  • Mengetahui cara sebutan setiap huruf mengikut makhraj dengan tepat
  • Mengenal tanda baris Al-Quran
  • Mengetahui cara membacanya dengan betul
  • Perbezaan sebutan pada baris atas, bawah dan depan
  • Perbezaan pada huruf yang bunyinya hampir sama

Bulan Ketiga & Keempat

  • Mengenal tulisan huruf bersambung
  • Mengetahui cara bacaannya dengan betul
  • Mengenal tanda mad
  • Mengetahui cara bacaan mad dengan betul
  • Mengenal tanda tanwin
  • Mengetahui cara bacaan tanwin dengan betul

Bulan Kelima & Keenam

  • Cara menghentikan bacaan dengan tepat
  • Mengenal hukum bacaan nun sukun atau tanwin
  • Mengetahui pembahagian hukum nun sukun / tanwin
  • Menyebut sebutan bacaan dengan cara yang tepat
  • Mengenal huruf Muqotto’ah
  • Mengetahui cara membacanya dengan betul
  • Mengenal hukum & pembahagian bacaan Idgham
  • Mengetahui cara bacaan Idgham dengan betul

Siapa Kami Untuk Mengajar Anda Kelas Asas Celik Al-Quran Ini?

Kesemua guru Al-Quran di Quran Pro Academy dipilih melalui tapisan yang ketat serta melalui sesi latihan dalaman. Mereka juga aktif menuntut dan memperbaharui ilmu Al-Quran supaya kualiti bacaan dan pengajaran mereka sentiasa di tahap yang terbaik dan optimum.

Ustazah Yana

Ustazah Nurliyana Nazihah atau lebih mesra dengan panggilan Ustazah Yana merupakan seorang pelajar yang cemerlang sejak mendapatkan pendidikan awal di SAMT Kuala Kubu Bharu dengan pencapaian 7A dalam SPM dan Jayyid Jiddan dalam STAM. Kesungguhan dalam belajar diteruskan lagi dengan memperoleh Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat di Darul Quran JAKIM. Beliau kemudiannya menyambung pengajian pada peringkat Ijazah dalam bidang Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian di USIM-DQ.

Beliau mula mengajar Al-Quran di Pusat Islam Darul Quran untuk golongan kanak-kanak. Disebabkan minat yang mendalam dalam mengajar, beliau melangkah lebih yakin dengan menjadi tenaga pengajar di Quran Pro Academy dari 2019 hingga sekarang. Sehingga kini, seramai lebih 350 orang telah menjadi anak didik beliau yang kebanyakannya dari Kelas Asas Celik Al-Quran dan kelas secara one-to-one yang terdiri daripada golongan dewasa lelaki & wanita serta kanak-kanak.

Ustaz Asyraf

Ustaz Asyraf merupakan seorang guru berkelulusan Diploma Qiraat & Tarannum di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Ustaz Asyraf telah mula menceburkan diri dalam bidang mengajar sejak 2016 dengan mengadakan kelas ilmu Al-Quran kepada pelbagai peringkat umur di masjid, pusat pengajian persendirian dan rumah ke rumah.

Dengan kesungguhan dan pengalaman beliau mengajar golongan yang pelbagai peringkat, beliau telah menjadi tenaga pengajar yang sangat disenangi di Quran Pro Academy bermula pada Mei 2020. Beliau telah mengajar lebih dari 100 orang pelajar dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang kerjaya.

Ustazah Siti

Ustazah Siti Rahmah atau lebih mesra dengan panggilan Ustazah Siti telah melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Qiraat dan Tarannum di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra pada 2017. Selepas itu, beliau mendapatkan kelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Al-Quran & As-Sunnah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pengalaman mengajar beliau bermula pada tahun 2018-2021 sebagai guru kafa di Kafa Sra Sg Kantan. Beliau juga pernah mengajar di MRSM Tumpat Kelantan sebagai guru Al-Quran selama 5 tahun.

Ustazah Siti berkebolehan untuk bertarannum dan mengajar subjek bahasa Arab. Kini beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di Quran Pro Academy sejak 2021 dan telah mengajar lebih dari 100 orang pelajar.

Ustaz Fiq

Ustaz Fiq merupakan guru yang berkelulusan Diploma Tahfiz Al-Quran di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Ustaz Fiq telah menceburi bidang mengajar Al-Quran sejak 2018 ketika sedang dalam pengajian lagi.

Selepas tamat pengajian pada tahun 2020, beliau telah mula mengajar Al-Quran secara sambilan, rumah ke rumah di bawah syarikat Al-Baghdadi. Beliau sangat berpengalaman dan mahir dalam mengajar pelbagai peringkat umur seawal kanak-kanak 4 tahun hingga dewasa.

Kini beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di Quran Pro Academy dan beliau telah mencurahkan ilmu kepada lebih dari 150 orang pelajar sepanjang kariernya sebagai guru Al-Quran.

Ustazah Mira

Ustazah Mira merupakan guru yang berkelulusan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Takhassus Dakwah dan Ijazah Sarjana Muda Quran dan Sunnah.

Beliau berpengalaman mengajar program-program Al-Quran melalui konsultan sebagai tutor atau fasilitator program sejak 2013 - 2016. Beliau pernah mengajar di Little Caliph dan Pusat Tuisyen Iman Mukmin sebagai Guru Al-Quran dan juga Bahasa Arab.

Selepas tamat pengajian ijazah pada 2019, beliau terus mengajar di Maahad Muar sebagai guru tahfiz sehingga kini. Sekarang juga sedang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Quran Pro Academy bermula Ogos 2022 dan telah mengajar seramai kira-kira 100 orang pelajar.

antara Testimoni Pelajar Kami

Tak Perlu Bazirkan Masa Anda Belajar Al-Quran Tanpa Berguru Atau Bertangguh Lagi Untuk Dapatkan Bacaan Yang Lancar!

Lebih dari 500 orang telah menyertai kelas KACAQ. Di bawah ialah apa yang anda akan perolehi selepas sertai kelas ini.

2 Bonus Eksklusif Bernilai RM168

Kami nak anda lancar dalam bacaan Al-Quran dengan lebih cepat. Sebab tulah kami berikan 2 bonus eksklusif ni untuk bantu mudahkan lagi proses pembelajaran anda!

BONUS 1

Video Tajwid Al-Fatihah bernilai RM99

Terdiri daripada 7 video setiap ayat di dalam Surah Al-Fatihah yang kami akan bedah tajwid huruf ke huruf secara terperinci. Anda boleh jadikan video ini sebagai rujukan dan dapat kemaskan lagi bacaan Al-Fatihah anda.

BONUS 2

Nota Lengkap Makhraj & Sifat Huruf bernilai RM69

(Ebook ini adalah buku digital iaitu dalam bentuk pdf)

Nota lengkap yang boleh anda gunakan sebagai rujukan untuk sifat & makhraj huruf ketika membaca Al-Quran agar bacaan lebih baik.

Semua BONUS Video + Ebook ini bernilai RM227

Tetapi kami berikan 100% PERCUMA

Tidak Dapat Nilai Yang Sepadan Dengan Bayaran? Tidak Berpuas Hati? Jangan Risau.

JAMINAN PULANGAN WANG 100% SELAMA 30 HARI

Kami sentiasa memastikan 100% pembelajaran yang disampaikan oleh kesemua guru-guru kami adalah dengan kaedah yang terbaik pada harga 100% mampu milik.

Ilmu yang kami sampaikan adalah ilmu Al-Quran. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan nilai dan manfaat yang kami berikan melalui kelas ini, anda tetap boleh buat sumbangan ikhlas kepada misi kami untuk luaskan lagi ilmu Allah pada orang ramai.

Tetapi sekiranya dalam tempoh 30 hari selepas anda lakukan pembayaran, dan anda masih tidak dapat sesuatu anda mahukan pulangan wang dari Kelas Asas Celik Al-Quran ini, hanya maklum pada kami dan kami akan pulangkan semula wang anda penuh 100%.

Fahami Hukum Tajwid & Betulkan Bacaan Yang Sebelum Ini Kurang Sempurna Dalam Masa 6 Bulan!

Kukuhkan asas untuk membaca Al-Quran dengan cara yang sistematik dan berkesan supaya anda lebih yakin apabila mengaji nanti!

PAKEJ NORMAL

RM160
RM 80
  •  

2 Bulan

Jimat RM80

Pendaftaran akan dibuka pada Sabtu, 28 Januari 2023, 2 petang - 6 petang

Pendaftaran akan ditutup tepat 11 malam, Sabtu, 15 Julai 2023

Maaf, pendaftaran telah pun ditutup

PAKEJ BRILLIANT

RM380
RM 180
  •  

2 Bulan

Jimat RM200

Pendaftaran akan dibuka pada Sabtu, 28 Januari 2023, 2 petang - 6 petang

Pendaftaran akan ditutup tepat 11 malam, Sabtu, 15 Julai 2023

Maaf, pendaftaran telah pun ditutup

Kami Hanya Buka Pendaftaran Program Ini Sehingga 15 jULAI 2023

Tepat 11 MALAM, SABTU, 15 JULAI 2023 Pendaftaran Akan DITUTUP

masa pendaftaran hanya tinggal:

Hari
Jam
Minit
Saat

Soalan yang Sering Ditanya

Kelas ini akan bermula pada 19 Julai 2023, Rabu.

  1. Mereka yang ingin memperkemaskan asas bacaan Al-Quran
  2. Mereka yang baru mula belajar bacaan Al-Quran
  3. Mereka yang sudah pandai mengaji, tetapi ingin mengukuhkan asas bacaan Al-Quran
  4. Mereka yang perlukan penjelasan terperinci dalam asas bacaan Al-Quran untuk mengajar kembali kepada orang lain

Ya, boleh. Kelas ini sesuai untuk semua peringkat umur dari seawal umur 7 tahun hingga 60 tahun ke atas

Klik pada butang “DAFTAR SEKARANG” dan anda akan dibawa ke halaman berikutnya untuk lakukan pendaftaran & pembayaran melalui perbankan online.

Kelas akan berjalan secara berkumpulan kecil. Tetapi bacaan seorang demi seorang dan disemak dengan teliti oleh guru.

Kebiasaannya memang kami letakkan pelajar perempuan di bawah ustazah manakala pelajar lelaki dibawah ustaz.