Huruf Hijaiyyah: Senarai & Cara Kenalinya

Apa itu huruf hijaiyyah?

Huruf hijaiyyah merupakan asas kepada bahasa Arab dan al-Quran, di mana kesemuanya menyusun perkataan, ayat dan surah yang membentuk isi kandungannya.

Sudah nama pun ASAS. Jadi ia sangat penting ya bagi kita yang nak memahami dan mendalami ilmu al-Quran serta bahasa Arab. Sebab apa?

Sebab ia adalah medium utama yang digunakan dalam bacaan al-Quran dan ibadah-ibadah seharian.

Oleh sebab itu, MEMAHAMI huruf-huruf hijaiyyah boleh dianggap sebagai langkah paling asas dalam pembelajaran al-Quran.

Soalannya, memahaminya daripada segi apa?

Makhraj dan sifatnya

Asas belajar tajwid al-Quran ialah memahami huruf hijaiyyah. Manakala asas bagi memahaminya pula adalah kita perlu mengenali tempat keluar huruf atau disebut sebagai makhraj dan sifatnya.

Bila sudah kenal makhraj dan sifat, barulah kita akan lebih tahu bagaimana, kenapa dan apakah cara setepatnya menyebut sebutan setiap huruf tersebut.

Jadi, ada berapakah sebenarnya jumlah huruf hijaiyyah? Adakah ia sama bilangannya dengan huruf jawi yang biasa kita baca?

Berapa jumlahnya ?

Terdapat tiga pandangan ulama’ berkenaan dengan jumlah sebenar huruf hijaiyyah.

Ada pendapat mengatakan jumlahnya ialah 28 huruf, ada yang kata 29 dan ada yang kata 31.

Namun pandangan yang biasa kita ambil dan amalkan ialah 28 huruf. Jadi di bawah ialah senarainya:

  1. Hamzah ء
  2. Ba ب
  3. Ta ت
  4. Tha ث
  5. Jim ج
  6. Ha pedas ح
  7. Kho خ
  8. Dal د
  9. Dzal ذ
  10. Ro ر
  11. Zai ز
  12. Sin س
  13. Syin ش
  14. Sod ص
  15. Dhod ض
  16. Tho ط
  17. Zho ظ
  18. Ain ع
  19. Ghain غ
  20. Fa ف
  21. Qof ق
  22. Kaf ک
  23. Lam ل
  24. Mim م
  25. Nun ن
  26. Ha bulat / simpul ه
  27. Wau و
  28. Ya ي
Senarai 28 huruf dalam al-Quran

Cara Memahami Huruf-huruf Ini

Selain itu, memahami huruf hijaiyyah memerlukan pendekatan yang teratur dan praktikal. Ia bukanlah sekadar mengenali itu huruf apa.

Tapi sebenarnya, ia jauh lebih mendalam berbanding itu.

Jadi dalam memahaminya, perkara paling asas yang perlu kita dalaminya terlebih dahulu ialah makhraj dan sifat huruf.

Kesimpulannya, mempelajari huruf hijaiyyah boleh dianggap sebagai langkah pertama dalam perjalanan pembelajaran ilmu tajwid al-Quran.

Justeru dengan memahami huruf-hurufnya, kita semestinya akan lebih fasih dalam pembacaan al-Quran dan penghayatannya, sekali gus dapat mempertingkatkan kualiti amalan ibadah seharian, Insya-Allah.

Nak fahami asas 28 huruf ini dengan lebih mudah, kita boleh bacanya dalam Nota Lengkap Makhraj dan Sifat Huruf.

Nak pro mengaji? Jom..Quran Pro Academy!

Suka Artikel Ini?

Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *