Hukum Letak Barang Di Atas Mashaf Al-Quran

“USTAZ, boleh ke kita letak barang kat atas mashaf al-Quran? Apa hukum dia? Bukan ke macam tak beradab je begitu?”

Tak dinafikan kadang-kadang kita memang dah terbiasa letak apa-apa barang kat atas buku, betul? Telefon ke, kunci kereta ke, tisu ke, apa-apa sajalah.

Nak-nak kalau atas meja tu dah takda tempat nak letak, jadi cara  paling senang yang ada adalah ‘bubuh’ je barang tu kat atas buku yang tersusun.

Itu buku. Tapi macam mana pulak kalau mashaf al-Quran?

Boleh ke kita suka-suka je letak kunci kereta kat atas kitab suci tu? Dan kalau macam tu, bukan ke seolah-olah dah buat kunci kereta seakan lebih ‘mulia’ berbanding al-Quran?

Tenang..mufti dah jelaskan kekeliruan ni.

Untuk pengetahuan semua, meletakkan sesuatu kat atas mashaf al-Quran taklah sampai haram hukumnya kalau perbuatan tu tak diniatkan untuk menghina keagungan kitab suci berkenaan.

Namun! Hukumnya akan jadi makruh kerana telah bercanggah dengan nilai adab terhadap al-Quran seperti yang pernah dijelaskan oleh para ulama’.

Ulama’ jelaskan adab dengan al-Quran

Kata Imam Nawawi dalam kitab Al-Tibyan fi Adab Hamalah Al-Quran:

 أجمع المسلمون على وجوب صيانة المصحف واحترامه

Maknanya: “Para ulama’ telah bersepakat bahawa wajib memelihara dan menghormati mashaf al-Quran”.

Selain itu, Imam al-Baihaqi pun ada jelaskan perkara tentang meletak barang kat atas mashaf al-Quran dalam kitabnya Syu’ab al-Iman:

وَمِنْهَا أَنْ لَا يُحْمَلَ عَلَى الْمُصْحَفِ كِتَابٌ آخَرُ ‌وَلَا ‌ثَوْبٌ ‌وَلَا ‌شَيْءٌ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مُصْحَفَانِ فَيُوضَعَ أَحَدُهُمَا فَوْقَ الْآخَرِ فَيَجُوزُ

Maknanya: “Antara adab dengan al-Quran adalah dengan tidak meletakkan kitab, kain atau apa jua barang sama ada barang berharga atau barang yang yang rendah nilainya. Namun jika meletakkan suatu mashaf di atas mashaf yang lain, maka ia diharuskan”.

Dalam pada tu, Al-Hakim al-Tirmizi pun ada bahaskan mengenai adab dengan al-Quran dalam kitabnya Nawadir al-Usul fi Ahadith al-Rasul:

وَمن حرمته إِذا وضع الصَّحِيفَة أَن لَا ‌يتْركهُ ‌منشورا وَأَن لَا يضع فَوْقه شَيْئا من الْكتب حَتَّى يكون أبدا عَالِيا على سَائِر الْكتب

Maknanya: “Antara kehormatan mashaf yang perlu dijaga adalah dengan tidak meletakkan kitab di atasnya, supaya dengan itu ia selamanya berada lebih tinggi daripada seluruh kitab-kitab lain”.

Justeru dalam hal ni, para ulama’ dalam mazhab Syafie dah pun menfatwakan bahawa perbuatan meletakkan sesuatu kat atas mashaf al-Quran adalah tidak haram selagi mana takda unsur-unsur penghinaan.

Ada sebab kenapa bukan haram hukumnya

Kenapa tak sampai hukum haram? Kata Imam Syihabuddin al-Ramli:

بِأَنَّهُ لَا يَحْرُمُ إذْ لَا امْتِهَانَ فِيهِ

Maknanya: “Ia tidak haram, kerana ia tidak mengandungi maksud penghinaan terhadap al-Quran”.

Cuma walaupun tak sampai hukum haram, Imam Ibn Hajar sebaliknya ada menegaskan melalui fatwanya dalam Al-Fatawa al-Hadithiyyah:

وَالْأولَى أَن لَا يَجْعَل فَوق الْمُصحف غير مثله من نَحْو كتاب أَو ثوب

Maknanya: “Sebaiknya tidak diletakkan di atas mashaf itu barangan lain seperti buku atau kain selain daripada mashaf al-Quran”.

Jadi kesimpulannya, perbuatan meletakkan sesuatu barang kat atas mashaf al-Quran adalah tidak haram jika ia tak diniatkan langsung untuk menghina keagungannya.

Namun, sebagai muslim yang bertaqwa, seboleh-bolehnya kita kalau boleh elakkanlah daripada meletakkan apa-apa barang kat atas mashaf sebagai adab terhadap al-Quran, sebagaimana yang dah pun dijelaskan oleh para ulama’ macam disebut kat atas tadi.

Dapat sesuatu? Jom amalkan!

Jom lengkapkan ilmu al-Quran anda dengan kami

 

Justeru, kami di Quran Pro Academy (QPA) berbesar hati nak ajak anda semua untuk sertai kelas-kelas al-Quran kami yang dijalankan secara online dari semasa ke semasa.

Apa yang menariknya tentang kami kat QPA?

Guru-guru yang ditampilkan adalah terdiri daripada mereka yang Hafiz & Hafizah 30 juzuk, selain lulusan bidang pengajian al-Quran dari pelbagai institusi sama ada dalam dan luar negara!

Ilmu yang disampaikan pun cukup berkualiti, bersilibus dan bermodul, malah sistem pengurusan dan pembelajaran yang profesional juga pasti akan membuatkan diri anda terasa sangat-sangat dibimbing!

Jadi jangan lepaskan peluang, jom ikuti kami melalui Facebook, Instagram, TikTok, Youtube dan Telegram bagi mengetahui informasi dan kelas-kelas terkini SEKARANG!

Nak pro mengaji? Jom..Quran Pro Academy!

Sumber rujukan: Al-Kafi 1944: Hukum Meletakkan Barang Di Atas Mashaf Quran, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Suka Artikel Ini?

Facebook
WhatsApp
Telegram

5 thoughts on “Hukum Letak Barang Di Atas Mashaf Al-Quran”

  1. Di dalam penjelasan di atas sya ingin tahu knp Tuan gunakan perkataan *Mashaf* dan bukan perkataan *Mushaf*. Dulu sya pernah ditegur oleh seorang pensyarah di UIAM apabila saya sebut *Mas-haf* dan diminta sebut *Mus-haf*. Skrng sya keliru semula mana satu yg betul. TQ Wassalam

    1. Terima kasih bertanya. Merujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa & Pustaka, istilah terpakai bagi Bahasa Melayu ialah mashaf, bukan mushaf. Mushaf ialah istilah Bahasa Arab. Harap membantu :)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *