Bimbingan Al-Quran Bermodul & Sistematik Secara Online

Untuk Dewasa & Kanak-kanak

Tingkatkan Keyakinan Bacaan Al-Quran Anda Tanpa Mengira Usia

Assalamualaikum. Saya Muhammad Afnan bin Mohammad Nasaruddin atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Nan dikalangan pelajar saya.

Dari pemerhatian saya, ramai yang ingin belajar Al Quran, tetapi majoritinya menghadapi beberapa kekangan, antaranya:

Misi kami adalah membimbing anda supaya dapat memperbaiki bacaan dan meningkatkan keyakinan dalam bacaan Al-Quran.Jom sertai kelas kami dari keselesaan di rumah atau di mana-mana sahaja secara online.

Ikhlas,

Ustaz Nan
Pengetua
Quran Pro Academy

Akademi Al-Quran Pilihan Anda

Gabungan pengalaman guru-guru Al-Quran kami yang bertauliah, menghafal 30 Juzuk Al-Quran & ilmu bersanad sehingga Rasulullah S.A.W, Insya Allah dapat membantu anda secara terperinci untuk mempelajari, memperbaiki dan menaiktaraf bacaan Al-Quran anda untuk pelbagai peringkat usia.

0
Orang Pelajar
0
Guru Al-Quran Bertauliah
0
Jam Sesi ZOOM / Sebulan

Apa Kata Pelajar Kami

Ikhlas dari hati saya rasa sangat bersyukur dan mendapat manfaat dalam kelas combo ogos yg bru habis baru2 ni. Allah buka jalan untuk cari keredhaanNya. Moga saya terus istiqomah.Selepas saya khatam Quran 1995, ini first time saya berguru semula. Sebelum ni saya baca sendiri dan ikut tadarus Quran bila kelapangan😍Dalam kelas ini ada 3 guru, ustaz nan, ustaz man dan ustazah diya.Sesi Ustazah Diya saya paling suka dan selesa sebab saya x berapa rasa malu. Hihi.Manfaat terbesar yg dpt dari kelas ni, jiwa saya tenang dengan Al Quran n cita2 saya nak jadi penghafal AlQuran biarpun saya rasa saya sudah semakin tua. in syaAllah belum terlambat kan.InsyaAllah sy akan sambung lagi kelas bulan september ini., sbb sy dapat mengikuti bacaan yang betul dari segi tajuid n sebagainya. Dan paling pnting ada guru memandu sayaSaya akan cuba cari rakan n sahabat dan komen saya kelas ini adalah bekalan untuk kita meningkatan kualiti bacaan Al Quran❤
Zaharah Mat Jusoh
Alhamdulillah happy dan rsa enjoy ja bljr mengaji. Tak rasa terpaksa. Mmg sronok dan xsabar stiap kali kelas.Sesi tasmi' live. Dlm xsedar, blh mnghafal byk ayat. Rsa bgga dgn diri sndiri. Sebelum live, kna bt preparation yg rapi n kita akn buat dlm xsdar. Mksudnya, sy akn baca dlm solat, baca msa masak, baca masa nak tido. Jd benda tu bg sy 1 benda yg sgt best dan melatih diri utk jd yg terbaik.Kesan n mnfaat sy dpt ialah kesedaran baca AQ dgn tajwid dan tartil adlh lbh smpurna dan lbh seronok bbnding sekadar baca tanpa bljar tajwid. Wlopon sy tak teruskan utk combo sept sbb dah nak hampir bersalin, tp sy msih igt ajaran ustaz dan cuba baca AQ sebaik mgkin. ☺Join kelas ni xrugi dan akn dpt improve bacaan hari demi hari. Dan akn latih kita jd hamba yg istiqamah dgn AQ.Sy dh recommend kelas ni pd ramai kwan since sy msih dlm combo ogos. Sy cakap, masa bukanlah 1 kekangan utk join kelas. Guna fon saja dh blh mengaji dgn betul dan berguru tu yg penting. Masa ikot fleksibiliti jd blh pilih ikot keselesaan. Tiada paksaan. ☺Setakat ni okay ja service yg QuranPro Academy ketengahkan. From zero to hero, from nothing to something at least, giteww ☺🍓
Ain
Sgt2 bersyukur dipertemukan dgn kelas combo ini. Cuti bbrpa hari sebelem start kelas september ni buat saya terasa rindu pd klasSemuanya sesi dalam kelas saya suka.. Yg pling suka wpun mendebarkan adalah hafalan.Dapat baiki sebutan n bacaan yg sebelum ni mkcik perasan dah betul 😂Kaedah pengajaran ustaz... Tunjukkan dahulu cara sebutan dan bacaan yg tepat.. Beri peluang mkcik baca secara 'bertalaqqi musyafahah' dan Teguran yg lembut berhimah sgt disenangi.Mkcik yakin cara yg begini dapt mndorong mkcik n sahabat2 utk terus bersama dn dpt khatam al quran.Untuk yg nak betulkan bacaan. Jom join kelas ini.. Boleh berinteraksi di mana2 😊😊.Terima ustaz Nan, ustaz Man n Utzh Diya... Semoga Allah beri kekuatan utk terus membantu masyarakat muslim utk dekati,, dampingi, cintai ayat2 suci Allah... Semoga Allah berkati hidup mu nak...
Maimun Aziz
Alhamdulillah dah habis kelas combo Julai ni. Rasa puas hati walaupun saya sendiri yang darah gemuruh dan dalam keadaan tertekan.Saya suka dengar bacaan ustaz, jelas. Tahsin pun seronok sebab boleh tahu silap kita. Lagi pun santai je dan tak push.Dulu teringin nak hafal surah al mulk ni bila kawan2 cakap mereka dah hafal. Macam rasa susah. Tapi bila dah join kelas ni, rupanya ada kaedah mudah untuk hafal. Cuma perlu kesungguhan. Bak kata ustaz, dah boleh ganti bacaan dalam solat. Itu yang saya cuba praktikkan. Selain itu dapat kenal ahli2 grup dan saling memberi semangat.Mula2 memang tak yakin, malu pun ada. Tapi, kalau tak cuba tak tahu. Bak kata omputeh, there's always a beginning to everything and no pain, no gain. Kadang2 saya pulak yg rasa bersalah sebab mungkin tak sempurna. Tapi, Ustaz pun tak jemu2 membimbing kami, kan.Insya allah, saya recommend kelas santai ni pada yg lain. Ini yg termampu saya buat. Lagi pun kelas ni flexible dan tak stress, cuma sendiri yang stress😁😁😁. Tq ustaz and all the best. Teruskan usaha murni ini. Mama sentiasa menyokong.🌹🌹🌹
Fauzi Hanim

Dan banyak lagi testimoni pelbagai kelas dari pelajar-pelajar kami..

Download Video Tajwid Lengkap Cara Bacaan Surah Al-Fatihah Secara PERCUMA