Hayati dan fahami makna disebalik surah 3 Qul agar amalan membaca tiga surah ini dapat berikan manfaat dalam kehidupan dan bukan sekadar menjadi rutin semata-mata. InsyaAllah dengan video tadabbur surah 3 Qul oleh Ustaz Afif ini kita akan lebih seronok untuk memahami makna tersirat dan tersurat surah Al-Falaq, Al-Ikhlas dan An-Nas yang telah kita amalkan sejak sekian lama.
PANDUAN 2 - MASTERY QOLQOLAH: FAHAMI KONSEP QOLQOLAH YANG SEBENAR
Dalam bacaan 3 Qul, kita akan banyak jumpa Qolqolah. Qolqolah ini memang sekali dengar macam mudah nak buat. Tapi hakikatnya ada something missing yang ramai masyarakat terlepas pandang. Sebenarnya ramai belum betul-betul hadam dan kuasai bab ini. Dalam video ini akan dikupas secara details hakikat dan konsep sebenar Qolqolah, seperti contoh maksud, syarat, praktikal, do & dont's dan banyak lagi.
PANDUAN 3 - VIDEO MASTERY HURUF ISTI'LA': PANDUAN LENGKAP KUASAI BACAAN HURUF TEBAL DALAM AL-QURAN
Kebanyakan dari kita hanya tahu ada huruf tebal dan huruf nipis dalam sebutan huruf hijaiyah, kan? Sebenarnya dalam huruf tebal ada lagi terbahagi kepada beberapa peringkat ketebalan, iaitu tebal terbuka dan tebal tertutup. Apa yang terbuka dan tertutup tu? macam mana cara nak membacanya? Macam mana kita nak tebalkan huruf? Samada muncungkan bibir atau macam mana?
Jadi dalam video ni Ustazah Aiya akan huraikan satu persatu tentang huruf-huruf tebal ini.
PANDUAN 4 - PENGENALAN DAN TUTORIAL CARA MENYEBUT HURUF MUQOTTOAH
Huruf muqottoah ni salah satu contohnya ialah Alif Lam Mim. Ustazah Aisyah akan hurai details, bedah satu-satu huruf dan explain, apa yang perlu jaga masa baca, apa hukum yang ada dan macam-macam lagi complete berkaitan huruf Muqottoah dalam Al-Quran. Bab ini pun ramai baca ikut-ikut je, tak faham pun hakikat dan bagaimana cara bacaan yang sebenar.
PANDUAN 5 - Video RAKAMAN SEMINAR MANTAP TAJWID 3 QUL
Istimewa buat yang mendaftar Mastery My 3 Qul, kami berikan video rakaman Seminar Mantap Tajwid 3 Qul yang baru sahaja berlangsung. Dengan video rakaman ini, anda dapat tonton dan ulangkaji semula tentang cara bacaan 3 Qul secara tepat mengikut hukum tajwid yang disampaikan oleh Ustazah Aisyah supaya mendapat lebih kefahaman.