LAMAN akses 4 panduan
berkaitan al-fatihah

Video Tadabbur Al-Fatihah (P.U Yusof)

Secara eksklusif di dalam video ini, kami tampilkan P.U Yusof bagi menghuraikan maksud tersurat dan tersirat ayat demi ayat di dalam surah Al-Fatihah. Selepas tonton video ini, In sya Allah anda dapat menghayati dengan mendalam makna disebalik setiap ayat apabila setiap kali membaca surah Al-Fatihah di dalam ibadah khususnya ketika solat.

Kuliah Fiqh Fatihah (Masalah Muafiq & Masbuq) - 6/11/23, 9 Malam

Masyarakat kita masih ramai yang keliru tentang permasalahan ini. Di dalam sesi kuliah fiqh Fatihah LIVE ini, Ustaz Afif akan menjelaskan maksud muafiq & masbuq, dan kaitannya dengan hukum bacaan Al-Fatihah ketika solat berjemaah. Disertakan dengan contoh situasi yang sering berlaku ketika solat berjemaah berkaitan permasalahan ini supaya lebih jelas.

Qiraat 10 Mutawatirah: Variasi Bacaan Dalam Surah Al-Fatihah

Ada banyak variasi bacaan Al-Fatihah yang juga diiktiraf dan diajar oleh nabi kepada para sahabat berdasarkan 'loghat-2' mereka. Dalam video ini Ustaz Ikram akan memperkenalkan kepelbagaian bentuk bacaan dalam bacaan surah Al Fatihah secara teori dan praktikalnya berdasarkan imam-imam yang meriwayatkan bacaan tersebut. Seterusnya kita akan mengetahui cara bacaan imam-imam Qiraat selain dari Hafs an Asim.

Video Rakaman Seminar Mantap Tajwid Fatihah

Istimewa buat yang mendaftar Mastery My Fatihah, kami berikan video rakaman Seminar Mantap Tajwid Fatihah yang baru sahaja berlangsung. Dengan video rakaman ini, anda dapat tonton dan ulangkaji semula tentang cara bacaan Al-Fatihah secara tepat mengikut hukum tajwid yang disampaikan oleh Ustaz Aliff supaya mendapat lebih kefahaman.

VIDEO MENGIKUT PECAHAN AYAT