Aisyah Binti Abdul Rauf atau dikenali sebagai Ustazah Aisyah telah menceburkan diri dalam bidang Al-Quran sejak di bangku sekolah lagi.
Beliau mendapatkan pendidikan awal di Pondok Tarbiyatul Quran Melaka dan berjaya menyempurnakan Hafazan Al Quran pada tahun 2010 di Maahad Tahfiz Al Quran Al Karim Muhajirin, Narathiwat Thailand serta mendapat Syahadah 30 Juz pada tahun 2011 di tempat yang sama.
Pada tahun 2015, Beliau meneruskan lagi pengajiannya di peringkat Ijazah dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat di Kolej Universiti Islam Selangor (UIS).
Pengalaman beliau dalam menyampaikan ilmu Al- Quran juga bermula ketika masih bersekolah lagi. Beliau giat menjadi konsultan dan guru Al-Quran di syarikat swasta dengan mengendalikan program pengajian Al-Quran anjuran syarikat. Beliau juga berpengalaman berkhidmat sebagai guru tajwid dan tahsin Al-Quran di pusat pengajian Al-Quran terkemuka di Malaysia.
Beliau sangat berkemahiran mengajar pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa dalam tahsin Al-Quran. Di samping itu, beliau juga pernah menjadi Guru Tasmik Jemputan bagi mentahsin dan mentasmik pelajar-pelajar tahfiz yang bakal menerima Syahadah di Madrasah Terbaik Melaka Darul Ulum Al-Islamiyyah, Negeri Melaka.
Dengan minat yang mendalam dalam bidang Al- Quran, beliau juga pernah terlibat dalam mengendalikan pelbagai program mengumpul dan melupuskan Al-Quran. Pencapaian terkini beliau adalah beliau telah dinobatkan sebagai Huffaz Cemerlang Peringkat Negeri Melaka tahun 2023.
Kini, selain menjadi tenaga pengajar bagi kelas-kelas Al-Quran di Quran Pro Academy (2020 kini), beliau juga adalah salah seorang guru Al-Quran yang mengajar di Kelas Tahfiz & Fardhu Ain Masjid Negeri Al Azim, Melaka.
Inilah masanya untuk sertai bersama dengan kelompok yang mencintai dan mengamalkan Al-Quran yang dibimbing oleh guru Al-Quran berpengalaman serta meghafal 30 juzuk Al-Quran.