Hayati dan fahami makna disebalik surah Al-Mulk melalui video rakaman kuliah tadabbur surah Al-Mulk oleh Ustaz Afif agar amalan membaca surah ini dapat berikan manfaat dalam kehidupan dan bukan sekadar menjadi rutin semata-mata. InsyaAllah semoga selepas ini kita akan lebih seronok untuk memahami makna tersirat dan tersurat surah Al-Mulk yang telah kita amalkan sejak sekian lama.
Sebagai tambahan, kami berikan video tajwid lengkap Surah As-Sajdah ini untuk membantu anda mendapatkan bacaan yang lebih tepat serta boleh diaplikasikan dalam amalan harian. Ustaz Nan akan bedah satu per satu tajwid As-Sajdah dari awal hingga akhir.