“Payah nak sebut perfect kot. Daripada dok pesoh pebetui lidah, baik baca makna ayat Quran tu dah tentu maknanya difahami. Sebut betul 100 peratus pun kalau tak tahu makna buat apa?”
TERKEDU sekejap apabila terbaca salah satu komen yang menyinggah di laman Facebook baru-baru ini daripada seorang individu tidak dikenali.
Dakwa individu terbabit, dipercayai katanya agak susah sebenarnya kalau kita mahu mengamalkan bacaan bertajwid yang benar-benar tepat dan lengkap.

Pada pandangannya, daripada kita bersusah payah ‘membelit lidah bersimpul anak tekak’ menyebut sebutan huruf-huruf al-Quran dengan betul, lebih baik gunakan kudrat itu untuk membaca terjemahannya sahaja.
Kerana apa? Kerana setiap butir kalimah ayat al-Quran yang diterjemahkan itu sudah tentu kita dapat fahami makna dan konteksnya – tanpa perlu ‘gigih’ perbetulkan lidah.
Namun kemuncak dakwaannya adalah apabila individu terbabit menyimpulkan teori yang dipercayai membawa maksud ‘Tidak ada gunanya membaca al-Quran dengan tajwid yang betul selagi terjemahannya tidak difahami’.
Soalannya, apakah benar dakwaan itu?
‘Jangan tolak satu, ambil satu’
Setiap perkara yang wujud di dunia ada asasnya. Justeru dalam mempelajari ilmu al-Quran, perkara paling asas adalah bacaan.
Dalam konteks kita sebagai muslim, sejak kecil lagi kita sudah mula belajar mengaji, kenal huruf al-Quran melalui kitab Iqra’, menyebut huruf dengan betul dan sebagainya, bukan?
Sebab apa? Sebab ia adalah asas. Seasas-asas perkara yang perlu difahami sejak awal lagi sebelum ke peringkat seterusnya seperti tadabbur, hafazan dan seumpamanya.
Cukupkah kalau mahir baca sahaja tanpa tadabbur? Maaf, tidak cukup. Cukupkah kalau rajin tadabbur sahaja tanpa mahir membaca? Maaf, juga tidak cukup.
Jadi langkah terbaik perlu dibuat adalah MEMILIH KEDUA-DUANYA! Bacaan bertajwid penting, mentadabbur al-Quran pun penting. Barulah seimbang!
Apa kesannya kalau kita tidak berusaha untuk menyebut huruf al-Quran dengan sesempurna yang boleh? BESAR impaknya, boleh jadi tertukar makna ayat. Bukankah itu bahaya?
Sebab itulah kita perlu berusaha sehabis baik membaca al-Quran dengan tajwid yang betul sebagaimana bacaan Nabi Muhammad SAW.
Bacaan Baginda SAW sudah tentu paling sempurna. Tapi kita sebagai umatnya? Usahalah sehampir Baginda yang boleh. Tidak mampu 100 peratus, 90 peratus pun Alhamdulillah!
BACA JUGA: Sudah 60 Tahun Hidup, Baru Tahu Bacaan Surah Al-Ikhlas Selama Ini Salah
Kita manusia tidak sempurna, tapi perlu cuba jadi sempurna
Di sinilah kita kena sedar hakikat kita: Kita manusia, kita tidak akan mampu sempurna. Namun, kita tetap perlu usaha ke arah penyempurnaan.
Istilah ‘penyempurnaan’ itu sendiri boleh merujuk kepada konteks: tidak boleh menolak perkara asas iaitu mahir bacaan al-Quran, juga tidak boleh meninggalkan usaha mentadabbur al-Quran.
Jangan hanya ambil salah satu, jangan pula tolak salah satu. Ambil kedua-duanya, barulah boleh dianggap sempurna!
Kalau perkara asas bacaan bertajwid pun kita tolak, maka apalah bezanya kita membaca kitab suci al-Quran dengan membaca akhbar atau artikel isu viral di media sosial?
Baca al-Quran ada tatacaranya tersendiri. Wajib dipatuhi, diikuti dengan teliti. Baca akhbar, artikel isu viral di laman-laman sosial pula, ikut kitalah mahu membacanya dengan cara apa.
Akhir kata, tergamakkah kita meletakkan bacaan al-Quran setaraf dengan akhbar dan kandungan (content) media sosial?
Sempurnakan ilmu al-Quran anda di Quran Pro Academy

Justeru, kami di Quran Pro Academy (QPA) berbesar hati ingin mengajak anda semua untuk menyertai kelas-kelas al-Quran kami yang dijalankan secara online dari semasa ke semasa.
Apa yang menariknya tentang kami di QPA, barisan tenaga pengajar yang ditampilkan adalah terdiri daripada mereka yang berkelulusan dalam bidang al-Quran dari pelbagai institusi sama ada dalam mahupun luar negara!
Selain itu, sesi pengajiannya pula adalah berkonsepkan mesra pelajar dan santai. Jangan risau, guru-guru kami tidak akan mengangkat rotan jika anda tersalah baca!
Jadi jangan lepaskan peluang, ikuti kami melalui Facebook, Instagram, TikTok, Youtube dan Telegram bagi mengetahui informasi dan kelas-kelas terkini SEKARANG!
Quran Pro Academy, ketenangan bermula di sini.
BACA JUGA: Ramai Keliru, Ini Rupanya Beza Makhraj Huruf Qof & Kaf
2 thoughts on “Baca Quran Ikut Tajwid, Tapi Tak Tahu Makna Buat Apa?”
suka.. sebagai penambah baikkan dan pengetahuan seharian.. . atau era kini.
Alhamdulillah, sama sama kita berusaha menjadi lebih baik =)