SEBAGAI Muslim, salah satu rutin harian yang patut kita semua buat hari-hari mestilah baca surah al-Mulk setiap malam kan, betul tak?
Umumnya kita dah tahu yang amalan membaca surah al-Mulk pada setiap malam ni ada kebaikan dan manfaatnya yang tersendiri.
Benda ni junjungan kita Nabi Muhammad SAW sendiri dah ‘sahkan’ lama dah. Kita imbas balik apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
إِنَّ سُورَةً فِي الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِصَاحِبِهَا حَتَّى غُفِرَ لَهُ : تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ
Maksud hadis nabi ini ialah ‘Sesungguhnya surah dalam al-Quran padanya 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga diampunkan. Ia adalah surah al-Mulk’.
Jadi bila dah dengar Baginda SAW sendiri sebut tentang kebaikannya iaitu memberi syafaat, dah tentulah kita mesti nak bacanya setiap malam tanpa gagal ye tak?
Tapi macam mana pulak kalau dikatakan, bacaan surah al-Mulk kita tiap-tiap malam selama ni rupanya tersalah tajwid? Ah sudah. Salah tajwid yang macam mana tu?
Boleh jadi ada yang sepatutnya dengung, kita tak dengung; kita berhenti (waqaf) ikut suka hati; kadar panjang pendek harakat main ‘taram’ je; sebutan makhraj huruf tak betul; tak tahu cara nak matikan huruf kat hujung kalimah dan banyak lagi!
Niat, usaha kita mungkin dah cun. Kita pun nak dapatkan syafaat daripada surah al-Mulk ni. Cuma rasanya kan lagi molek kalau tajwidnya pun kita boleh amalkan dengan elok, betul tak?
Jom betulkan panjang pendek harakat anda dalam surah al-Mulk
Jadi nak buat apa sekarang? Jomlah bersama kami di Quran Pro Academy (QPA) dan sertai Seminar Cara Mudah Kuasai Panjang Pendek yang akan disampaikan oleh salah seorang tenaga pengajar kami, Ustaz Izran Saaban.
Kalau anda nak tahu, Ustaz Izran akan kupaskan beberapa isu panjang pendek bacaan al-Quran yang selama ni kita mungkin tak sedar pun:-
- Berapa ye kumpulan harakat mad yang ada dalam al-Quran?
- Kenapa ada huruf mad yang tak dibaca, walaupun ia ditulis?
- Apa yang ada di sebalik tanda mad tu?
- Harakat mad yang mana satu terima tanda mad?
- Adakah setiap mad mesti akan diletakkan tanda mad?
- Macam mana pulak keadaan huruf mad yang tak terima tanda mad?
- Boleh ke tanda mad ni ada kat atas huruf bukan mad?
Seminar ini akan berlangsung secara online pada 27 Januari ini (Sabtu) dari 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari menerusi aplikasi ZOOM Online & Youtube Live dan menariknya, penyertaan PERCUMA je!
Oh ye, walaupun percuma, pendaftaran seminar ni akan ditutup pada 24 Januari (Rabu) ni jam 11 malam tau. Kena cepat-cepat sebelum terlepas.
Jadi jangan lepaskan peluang, jomlah semua sama-sama belajar dan tambah baik kualiti bacaan ayat al-Quran kita dengan mendaftar seminar DI PAUTAN INI sekarang!
Jangan lupa juga untuk ikuti kami melalui Facebook, Instagram, TikTok, Youtube dan Telegram bagi mengetahui segala informasi dan kelas-kelas terkini yang lain.
Quran Pro Academy, ketenangan bermula di sini!
11 thoughts on “Baca Al-Mulk Tiap Malam, Tak Sedar Rupanya Banyak Kekurangan Dalam Bacaan”
[email protected]
Berminat menghadiri kursus do atas.. Mohon send jika ada bahan kursus untuk rujukan sendiri.
Alhamdulillah. Boleh klik pada perkataan ‘Di pautan ini’ tu ya, itu link untuk pendaftaran.
Saya sentiasa mengikut perkembangan dalam QPA, terutama dlm Pengajian Al Quran dan program-program yg dijalankan. Terima kasih Ustaz Nan dan semua Tenaga Pengajar serta pihak pengurusan QPA.
Alhamdulillah, terima kasih. Moga ada kebaikan untuk kita semua.
Sesi kuliah yang bermanfaat.
Alhamdulillah. Teruskan bersama QPA. Boleh klik link penyertaan di ‘Pautan Ini’ tu ya.
Tahniah Quran Pro Academy semoga program ini memberi manafaat kepada muslimat dan muslimin di luar sana.
Saya ingin mengikuti seminar ini demi memperbsiki bacasn surah Al Mulk yg dibaca setiap mlm.
alhamdulillah, boleh tekan link pada ayat ‘DI PAUTAN INI’ tu ye
Zool