5 Cabaran Mula Belajar Al-Quran

Setiap perkara ada cabarannya yang tersendiri.

Orang nak mula belajar Al-Quran pun ada cabarannya, kan?

Journey belajar Al-Quran ini bukanlah jalan yang singkat dan mudah.

Ini 5 cabaran yang biasa orang hadapi bila nak mula belajar Al-Quran, sekali dengan cara-cara senang untuk atasi cabaran-cabaran tersebut.

Jom kita tengok!

 

1. Cabaran “kurang pengetahuan”

Ramai orang yang baru nak explore ilmu Al-Quran mesti akan hadapinya.

Mula-mula tu mungkin akan rasa confused pening-pening lalat sikit.

Tak reti bezakan bunyi huruf yang hampir sama,
Tak tahu mana tempat keluar setiap huruf,
Susah nak faham tajwid dan makna ayat-ayat.

Semua tu kadang-kadang boleh jadi satu ‘beban’ jika kita masih tak dapat-dapat dalam tempoh yang panjang.

Jangan risau! Cuba cari sumber pembelajaran yang mudah faham, macam buku, kursus online, atau join kelas dengan guru yang berpengalaman dan memang ahlinya.

Slow-slow, percaya pada proses, insya-Allah nanti rasa excited pulak bila dah makin faham dan boleh baca Al-Quran dengan lancar.

 

2. Cabaran disiplin dan konsistensi

Belajar Al-Quran ni memerlukan komitmen dan konsisten. Ada yang susah nak jaga jadual belajar yang tetap.

Jadi, buatlah jadual harian atau mingguan yang teratur, dan pastikan ada waktu khas untuk belajar Al-Quran.

Setia dengan jadual tu, tolak rasa malas jauh-jauh, walaupun memang kadang-kadang ‘dia’ datang juga, tapi pastikan ia tak dapat menguasai diri kita.

Fokus, tekad dan komited untuk ikut jadual. Usaha yang konsisten pasti akan membawa kepada banyaknya kejayaan.

 

3. Cabaran hafalan

Kalau nak hafal Al-Quran, memang tak senang kalau first time. Banyak ayat dan bacaan yang nak dihafal.

Jadi, cuba guna teknik hafalan yang efektif macam ulang bacaan berkali-kali, pecah hafalan kepada bahagian-bahagian kecil, dan ulang dengan konsisten.

Sabar dan istiqomah dalam proses hafalan adalah kuncinya. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, kan?

 

4. Cabaran motivasi

Confirm! Ada masa-masa kita akan rasa down dan hilang semangat nak belajar Al-Quran. Takpe, itu normal.

Cuba cari inspirasi yang kuat, macam dengar ceramah yang boleh membangkitkan semangat, baca kisah-kisah menarik tentang kehebatan Al-Quran, atau join komuniti yang sama minat.

Sokongan dan inspirasi dari orang sekeliling memang boleh bantu tingkatkan semangat kita. Yang penting, selalu rasa syukur dan bertuah Allah izin dan pilih kita untuk belajar ilmu kitab suci Al-Quran.

 

5. Cabaran keadaan/orang sekeliling

Ini pun boleh jadi cabaran dalam belajar Al-Quran. Gangguan orang sekeliling yang tidak supportive, kurang sokongan keluarga, atau susah nak jumpa kawan untuk belajar sama-sama.

Nak atasi ni, cari tempat yang tenang untuk belajar, join group belajar Al-Quran yang boleh support satu sama lain, atau ajak keluarga dan kawan-kawan sokong perjalanan belajar kita. Lebih baik lagi, ajak mereka belajar sama-sama dengan kita.

 

Ibu-ibu ayah-ayah,

Cabaran itu mesti ada, tak dapat lari. Setiap cabaran ada cara untuk diatasi dan akan diakhiri dengan banyaknya hikmah.

Teruskan usaha, insya-Allah, kita akan meraih kemajuan dalam journey pembelajaran Al-Quran masing-masing.

Kalau ada cabaran-cabaran lain lagi, drop di komen ya. Kita sama-sama share okeh.

Begitulah.

Afnan Nasaruddin,
Doakan Saya, Maafkan Saya

Suka Artikel Ini?

Facebook
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *